Followers

Friday, May 04, 2012

KAH..KAH...KAH...KAH...Najib cabar weh...kalau ANAK JANTAN!!!


Najib dah mula panic! Najib kata rakyat yang Duduk dan Bantah berhampiran Dataran Merdeka adalah nak guling kerajaan! Kelakar juga dengan kepanikan Najib itu. Duduk di tengah panas boleh guling kerajaan? Betapa lemahnya kerajaan Umno, hanya dengan duduk sahaja boleh gulingkan mereka! Kalau macam tu kita perkerapkan lagi Duduk selepas ini!

Begitulah kenyataan seorang pemimpin Umno yang sentiasa mahu memperbodohkan terutama yang dah sedia bodoh. Apa ke jadahnya nak guling kerajaan bersibuk berpanas dan kena belasah dek polis demi mahukan pilihanraya bersih dan telus! Kalau dah nak guling sangat, apa guna berpilihanraya lagi?

Nampaknya panic dan kecelaruan fikiran Najib itu semakin ketara sehingga gagal berfikir dengan logic dan munasabah. Atau Najib sebenarnya agak tertekan sekarang kerana merasakan orang sebelahnya iaitu timbalannya sedang mencari peluang untuk 'menggulingkan' dia?

Sekali lagi, Najib Razak buat kelakar yang kurang menjadi apabila mencabar parti-parti Pakatan Rakyat kalau bersikap anak jantan bersainglah di peti undi! Kah..kah..kah...kah..kah!! Anak jantan sangatkah Najib sehingga mencabar orang lain bersikap anak jantan?

Kalau kita ikut kaedah cabaran Najib, kita cabar Najib juga, kalau anak jantan:

1. Tunaikan 8 tuntutan Bersih 3.0.

2. Lantik Suruhanjaya Diraja menyiasat peranan task force memberi kad pengenalan kepada warga asing.

3. Pergi berjumpa ayah Althantuya untuk memohon maaf kerana Althantuya mati kerana dibunuh kejam dalam Malaysia.

4. Pergilah ke Perancis menjadi saksi kes komisyen kapal selam!

5. Ambil balik cincin RM24juta dari jari manis bininya untuk dilaburkan dalam ekonomi negara demi membantu rakyat.

6. Ambil balik pulau Batu Putih dan tanah KTM Tanjung Pagar.

Kalau tidak, tak payahlah Najib cabar orang anak jantan ke tidak, kerana Najib mungkin lebih teruk, terus tak ada batu kot!



Thursday, May 03, 2012

IGP pencen kata Himpunan Bersih 3.0 diresapi pengaruh komunis!

Baru-baru ini seorang bekas IGP  mendakwa konon Himpunan Aman Bersih 3.0 didalangi oleh anasir komunis! 

Sekali fikir macam tak munsabah tetapi bila diperhalusi macam betul jugak dakwaan bekas IGP itu! Sebab semasa penulis kecil-kecil dahulu, mak dan ayah penulis sering menceritakan bahawa komunis ini jahat! Mereka melihat dengan mata kepala sendiri akan kejahatan, kezaliman dan kedajalan komunis dalam mendera rakyat! 

Pada waktu itu rakyat sering dilanyak, didera, dimaki-hamun, diugut, ditempeleng, disepak, ditendang, diteranjang, disekeh, dikurung, dicuri harta benda, cuma tak disembur air gas sahaja.

Maka kalau dihayati cerita zaman komunis dahulu maka macam lebih kurang je sewaktu himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Semua dunia nampak dan melihat pelbagai rakaman perbuatan dajal yang macam komunis buat dahulu! Begitu ramai rakyat yang dilanyak, didera, dimaki-hamun, diugut, ditempeleng, disepak, ditendang, diteranjang, disekeh, dikurung, dicuri duit malah lebih dahsyat disembur dan ditembak gas pemedih mata! Lebih satu daripada deraan zaman komunis dahulu!

Cumanya kalau dahulu komunis pakai seragam hijau tapi hari himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, yang buat kerja dajal macam komunis itu pakai seragam biru gelap! 

Penulis taklah kata yang pakai seragam biru gelap itu komunis, tapi bila IGP  pencen yang juga tokeh judi itu sebut Himpunan Aman Bersih 3.0 itu mungkin diresapi pengaruh komunis, maka penulis tertanya-tanya pula pihak  manalah agaknya yang diresapi pengaruh komunis itu kalau bukan yang pakai seragam biru tua? Sebab, yang macam perangai komunis seperti yang mak dan ayah penulis cerita, yang itu lah!

Mantap juga  andaian IGP pencen tu yek! Macam kena je!

Tuesday, May 01, 2012

Semoga Najib Razak tak ingin jadi macam Beruk Mak Yeh!



Walaupun Himpunan Aman Bersih 3.0 rakyat Malaysia, telah berlangsung dengan hebat dan jayanya di seluruh dunia khususnya di ibu negara Kuala Lumpur, parti pemerintah UBN kelihatan masih belum mahu belajar dari apa yang telah berlaku.

Parti pemerintah UBN sama ada begitu benak atau sengaja tidak mahu memahami tututan majority rakyat untuk pelaksanaan adil dan telus pilihanraya di negara ini. Setakat hari ini parti pemerintah UBN yang dipimpin Najib Razak di bawah pengaruh seorang yang bernama Rosmah Mansur terlalu banyak menceceh dengan menyalahkan parti pembangkang dan para demonstran bukan sebaliknya mahu memikirkan apa yang dituntut oleh rakyat melalui Bersih 3.0.

Bagi parti UBN melanggar sekatan larangan masuk ke Dataran Merdeka merupakan kesalahan maha besar yang tidak boleh diberikan tolak ansur langsung. Sedangkan orang yang melakukan dosa besar yang bertaubat kepada Allah, masih diampunkan oleh Allah, namun bagi UBN mereka yang melolos masuk ke Dataran Merdeka tetap tiada maaf bagi mu. Siapa dan apa benda pemerintahan UBN ni?

Pengajaran yang sewajibnya diambil oleh UBN bukan soal melolos masuk ke Dataran Merdeka tetapi sepatutnya memberi respon positif yang segera, mengkaji dan menunaikan 8 tuntutan Bersih 3.0 termasuk tuntutan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan. Namun terhadap semua tuntutan itu, UBN masih bertelinga kuali untuk terus bersikap pekak badak.  Tak apa!!!

Nampaknya daripada ahli hinggalah kepada para pemimpin Umno, mereka membuktikan bahawa mereka hakikat tidak sayangkan parti mereka. Jika mereka sayangkan parti, mereka bukan bersikap bebal, bodoh sombong, pekak badak dan angkuh, sebaliknya menjadikan tuntutan Bersih 3.0 sebagai mekanisma membaiki diri, berubah sikap serta merta menjadi parti yang telus, berani, ikhlas dan sanggup memuhasabah diri dengan cara yang betul dan ikhlas.

Jika takdirnya dengan sikap begitu katakanlah Umno boleh kalah dalam PRU ke 13 nanti, maka itu adalah lebih baik demi proses pemulihan untuk jangka hayat yang lebih panjang dengan bangkit semula di masa hadapan, daripada Umno terus mampos kerana dibenci rakyat untuk menjadi peninggalan sejarah yang hina yang hanya bakal terpahat di dinding Arkib dan Muzium Negara untuk selama-lamanya!

Apa yang berlaku hari ini adalah para pemimpin UBN terutamanya UMNO lebih rela memilih memampuskan parti itu daripada memuhasabah dan memulihkannya untuk diletak kembali ditempat yang dihormati rakyat. Inilah sebenarnya BALA besar yang menimpa Umno!!

Demi memuhasabah diri mereka, UBN terutama Umno perlu membuat keputusan segera dan berani untuk bersikap anak jantan dengan menunaikan 8 tuntutan Bersih 3.0 dan mengarahkan Pengerusi serta Timbalan Pengerusi SPR yang merupakan ahli Umno itu letak jawatan dalam SPR!

Apa Najib nak malu? Lebih baik Najib dikenang sebagai Presiden Umno yang membaiki parti secara telus, daripada beliau dikenang dan dikutuk sebagai Presiden parti yang memampus dan menguburkan partinya sendiri.! 

Kalau Najib Razak pilih menjadi Presiden parti yang peka dan cerdik, Umno mungkin panjang umur untuk terus bersaing di persada politik tanah air. Sebaliknya kalau Najib Razak pilih menjadi Presiden parti yang bodoh, bebal, pekak badak serta tidak sensitive terhadap tuntutan rakyat, Umno akan dikuburkan oleh rakyat untuk dilupakan buat selama-lamanya! 

Namun segala-galanya adalah hak Najib Razak untuk memilih sama ada  menjadi Presiden Umno yang cerdik lagi baik, atau bodoh lagi sombong macam beruk mak yeh! Terserah....namun Bersih 4.0 sedang memerhati!

Monday, April 30, 2012

Kerajaan Rosmah-Najib tak payah cakap banyak, yang penting ini....

Kami tak mahu bercakap lagi soal provokasi BERSIH 3.0. Biarkan pihak berwajib buat siasatan yang adil,panggil saksi-saksi dalam kalangan rakyat yang ramai,  kalau ada yang didapati bersalah dakwa di mahkamah. Kami dah dapat agak siapa yang buat provakasi tu!

Cakap banyak tak mahu, fokus kami sekarang, Rosmah Najib jangan buat pilihanraya selagi tuntutan 8 perkara tidak dilaksanakan kerana kalau tidak dilaksanakan secara serius dan bertanggungjawab, BERSIH 4.0 boleh muncul bila-bila masa.

Kami rakyat Malaysia tuntut 8 perkara tambah 1:


Tuntutan terakhir dan terkini: 

DUA 'EKOR' PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI SPR LETAK JAWATAN SEGERA KERANA KEDUA-DUANYA AHLI UMNO!!!!

Sunday, April 29, 2012

Betapa tingginya tahap Profesionalisma polis Malaysia!

Sungguh, Polis Malaysia menyuraikan Himpunan Aman Bersih 3.0 secara profesional. Benar sekali ulasan Menteri mulut lembik yang menjaga Kementerian Dalam Negeri itu.

Berikut adalah bukti-bukti kukuh betapa profesionalnya polis Malaysia di bawah pemerintahan Rosmah-Najib dalam menyuraikan himpunan Bersih 3.0 tersebut:

1. Menyembur air gas kepada para peserta yang tidak bersenjata tanpa memberi masa yang cukup untuk bersurai.

2. Menyamar sebagai demonstran untuk membuat provokasi dan keonaran agar esoknya dan bila-bila UBN boleh tuduh demontran tulin sebagai ganas. Tak percaya tanya Zaharin!

3. Polis trafik 'boleh' membelasah seorang demonstran sampai lembik dan lebam-lebam secara beramai-ramai di tengah jalan.

4. Polis pakaian biru BN, membelasah anggota unit amal secara beramai-ramai dengan menggunakan rotan di tengah jalan. 

5. Beramai-ramai membelasah wartawan sehingga patah tulang rusuk!

Demikian ciri-ciri profesional Polis Diraja (DIRAJAA!!) Malaysia!

Maka itu di atas tahap 'profesional' yang begitu mengujakan semua pihak maka adalah dituntut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang lembik mulut Hishamuddin Husin dan dan Perdana Menteri kerajaan Rosmah-Najib LETAK JAWATAN SEGERA kerana Himpunan Aman BERSIH 3.0 yang disertai lebih 250,000 orang telah membuktikan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang tulin dan sah sudah tidak inginkan kamu!


Polis rosakkan perhimpunan aman rakyat!


Sebaik penulis sampai di LRT Masjid Jamek lebih kurang pukul 12.30 petang, keadaan cukup meriah dan aman. Semua yang berada di situ melaungkan "Bersih...Bersih...Bersih....Bersih!!". 

Cukup menarik dan bersemangat sekali. Kami terpaksa 'Duduk dan Bantah' di atas jalan Tengku Abdul Rahman. Nak bergerak ke Dataran Merdeka tak boleh kerana pihak kerajaan Umno/BN melalui DBKL dan PDRM terlalu berkeras tidak mahu membenarkan rakyat berhimpun di situ.

Maka terpaksalah kami Duduk dan Bantah di atas jalan raya yang sesak dengan rakyat pelbagai kaum yang duduk sambil bersembang dan melaungkan kata-kata semangat. Setiap selesai laungan kami akan bertepuk tangan. Begitulah seterusnya.

Lebih kurang pukul 3.00 petang waktu yang mana belum tamat lagi kebenaran berhimpun iaitu 2 hingga 4 petang, kami di bahagian tengah himpunan duduk itu terdengar bunyi letupan berserta dengan asap yang berkepul. 

Ramai rakyat yang komplen,  "apa ni, baru pukul berapa dah bagi gas?". 'kalau nak suruh orang bersurai pun slow-slow-lah, ramai ini!" Itu beberapa rungutan rakyat, yang penulis dengar di persekitaran penulis.

Serentak dengan itu, penulis lihat rakyat dipersekitaran penulis seolah-olah tak mahu lari sebaliknya mahu terus menuju ke arah kepulan asap. Tetapi penulis memberi tahu beberapa orang kawan-kawan elok kita berundur! Penulis menjerit, "kita berundur...berundur!'.
Waktu itu telah mula terasa pedih mata kerana tiupan angin yang kuat. Ada yang basuh muka dan yang tutup mulut dan hidung sambil berlari-lari anak ke arah belakang! Kami tak tahu apa yang berlaku di hadapan sana. Yang kami tahu kami telah mula berundur ke arah SOGO.

Pada waktu perasaan cemas dan bersemangat bercampur-baur apabila melihat orang berlari dari asap yang berkepul dan melihat masya Allah ramainya manusia di serata jalan, simpang dan lorong dalam bandaraya dipersekiratan perhimpunan. Pelbagai bangsa saling tolong menolong, sapa menyapa, dan saling bertukar-tukar cerita dan maklumat!

Di hadapan SOGO kami mula mendengar cerita yang tidak seronok, iaitu polis belasah pendemo dan katanya ada kereta polis melanggar rakyat. Macam-macam cerita yang belum sahih yang penulis dengar. Yang heboh katanya ada yang mati!?

Dalam perjalanan mahu kembali ke stesen LRT Masjid Jamek, penulis sempat berjumpa dengan seorang anak muda yang termuntah-muntah dan terkulai di tepi jalan sambil dibantu Unit Amal. Menurut kata anggota Unit Amal, anak muda dari Pahang itu baru sahaja dipukul oleh polis tapi berjaya diselamatkan. Penulis sempat memberi air dan membasuhkan muka anak muda yang terkulai itu.

Penulis terpaksa meneruskan perjalanan ke Masjid Jamek, tapi malangnya dalam perjalanan mahu pulang, penulis diberitahu bahawa, stesen LRT ditutup kerana polis menunggu di situ untuk menangkap demontran yang mahu pulang. Terfikir juga kepada penulis dan rakan-rakan, kalau dah mahu kami bersurai kenapa ditutup stresen-stesen LRT dan PUtra dan sebagainya. Kami seolah-olah dikepung tanpa mengetahui apa tujuan pengepongan terhadap rakyat yang sedang bergerak untuk pulang?

Dari seberang sungai penulis dan rakan-rakan dapat melihat beberapa orang demontran disepak dan ditangkap di stesen LRT Masjid Jamek. Kerana senario itu, penulis dan rakan-rakan akhirnya tersangkut di Masjid India bersama ramai yang lain. Bayangkan lebih kurang pukul enam baru kami dapat mengambil LRT untuk pulang.

Kenyataan Hishamuddin yang mungkin sedang berada dibilik berhawa dingin pada waktu itu, yang mengatakan pihak polis menguruskan himpunan Bersih 3.0 dengan profesional adalah dakwaan biasa seorang menteri Umno yang taik minyak! Profesional tak kucing apa kalau dari awal hari itu muka setiap anggota polis langsung tak menunjukkan kemesraan malah semuanya berwajah serius dan macam nak telan orang! Dari wajah polis yang penulis lihat pada hari itu, penulis telah mula menjangkakan 'sesuatu yang buruk' mungkin akan berlaku! (gambar: demonstran mula berundur untuk pulang tapi disekat)

Kesimpulan penulis, apa pun yang negatif yang dikatakan atau yang diulas terhadap Himpunan Aman Bersih 3.0 sehari dua ini oleh pihak UBN dan pencacai mereka adalah tidak benar dan bohong! Keadaan tidak akan menjadi sekecoh itu jika pihak polis bersikap profesional yang sebenar-benarnya bukan profesional mengikut rekaan Hishamuddin Husin!


Gambar-gambar yang disiarkan adalah yang sempat dirakam oleh penulis (accudo-garamlada)