Followers

Saturday, April 21, 2012

Lulus RUU hingga pukul 3 pagi, perbuatan paling mengarut!

Malaysia negara ku tercinta semakin teruk jadinya dibuat oleh United Malay National Organisation. Betapa kartunnya puak-puak pemimpin United Malay National Organisation itu apabila semalam Parlimen bersidang sampai pukul 3.30 pagi. maka dsemalam itu diberitakan bahawa 9 rang undang-undang telah diluluskan. 

Soalnya apa ke jadahnya dalam satu hari sampai 9 rang undang-undang diluluskan? Apakah sudah tidak ada esok bagi puak-puak pemimpin bangsa United Malay National Organisation ini? Atau hakikat sebenarnya mempunyai agenda jahat puak-puak ini di sebalik perkara yang tidak pernah berlaku pun dalam sejarah negara? Nampaknya para pemimpin United Malay ini begitu mengambil mudah dalam banyak hal ketika mereka memimpin negara. Tak payah bahas dan bincang dengan mendalam dan panjang lebar apa sahaja rang undang-undang demi kepentingan nafsu serakah bangsa United Malay ini maka perlu di luluskan segera. Ini jelas kerja jahat!

Patutlah rupanya Singapura dan Pulau Batu Putih begitu mudah terlepas ke tangan kuasa asing! Tanah rezab Melayu begitu banyak terlepas ke tangan para cukong, begitu juga dengan nasib tanah-tanah orang Melayu di kampung telah banyak terpaksa dijual kerana kemiskinan Melayu yang dicipta berterusan oleh puak-puak bangsa United Malay! Dan kini nasib Felda pula bakal digadaikan oleh puak-puak 'kepala biul' ini. Memang kerja biul! Dan kalau peneroka terus menyokong penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia, memang peneroka yang menyokong itu pun bodoh sebagaimana bodohnya ada dalam kalangan para pelajar Universiti yang tak mahu PTPTN dimansuhkan! Bodohh!!

Nampak jelas para pemimpin United Malay yang sedang memerintah negara ini telah memerintah negara macam negara ini syarikat sdn berhad atau bagaikan hak mak bapak mereka. Negara ini hak rakyat maka apa jaminan 9 rang undang-undang yang dibahaskan secara mee segera itu mampu memberi kesan yang baik kepeda kehendak dan kehidupan  rakyat?

Nampaknya United Malay Natinal Organisation ini telah semakin tenat dan nazak. United Malay ini masih hidup kerana adalah kerana mereka terlalu banyak memelihara polong dan hantu raya di mana-mana, di SPR, di Parlimen, di Jabatan Pendaftaran Negara, di di Agensi-agensi kerajaan dan seumpamanya.

Maka itu tanpa hantu dan jerangkong United Malay sudah awal-awal bahan tanah! Basa menyusahkan orang!




Friday, April 20, 2012

Antara dua 'ekor' samseng!


Yang ini perangai samseng! Jerit sana jerit sini, sepak sana sepak sini, buang sana buang sini, sambil pegang seluar yang nak terlondeh!

Ilmu tak ada, tahu nak angkat kapak saja! Orang kata bodoh marah, padahal memang pun bodoh!





Yang ini katanya Menteri tapi bercakap macam samseng! Ada ke budak-budak kurus keding dan budak perempuan yang lemah lembut yang berhimpun kat Dataran Merdeka itu, dibiarkan dibelasah samseng! Menteri Pelajaran Tinggi apa macam ni? Macam Menteri Menteri pelajaran rendah je!

Agaknya kalau adalah, mungkin lebih baik Menteri Pelajaran Sekolah Atap! Orang menteri, dia nak jadi menteri tapi bercakap emosi macam samseng!

Muka dahlah lebih kurang dengan yang kat atas tu! Agaknya begini rupa muka-muka samseng!

Thursday, April 19, 2012

Serangan samseng di Dataran Merdeka menambah benci rakyat kepada UMNO

Serangan samseng UMNO terhadap mahasiswa-mahasiswa yang menuntut PTPTN dimansuhkan telah mampu menyerlahkan bahawa nyawa parti pemerintah itu bagaikan telur dihujung tanduk.

Dalam keadaan tertekan UMNO terus kehilangan punca untuk berbincang dan berdebat mengenai isu yang duperjuangkan oleh para pelajar tersebut. Sudahnya Umno terpaksa menggunakan pemuda-pemuda bodoh untuk membuat onar secara memalukan maruah bangsa Melayu.

Apa yang berlaku pagi tadi itu telah membuat rakyat terus menyampah dan benci kepada parti yang kian nyanyuk, tidak mampu lagi untuk mengajak para pemuda mereka untuk menjadi waras!

Malang sungguh bagi parti tua itu kerana setiap penyelesaian politik yang mereka lakukan semakin ditentang segenap laposan rakyat kerana sikap tidak ikhlas yang ditonjolkan mereka.

Lebih malang dan memalukan peristiwa serangan samseng UMNO itu telah mampu menyerlah kebodohan tiga menteri Umno. Kata Khaled Nordin menggambarkan bahawa beliau bukanlah seorang anggota kabinet yang cerdik dan bertanggung jawab. Sungguh memeranjatkan seorang menteri boleh mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah 'memadankan muka' para pelajar yang menuntut keadilan buat mereka dan semua pelajar. Khaled Nordin jelas seorang menteri yang tidak bertanggungjawab.

Begitu juga ulasan Ahmad Maslan dan Hishammudin Hussin yang menggambarkan bahawa para pemimpin Umno sebenarnya masih belum insaf-insaf dan sedar akan banyak kekecewaan yang telah mereka lakukan kepada rakyat. Mereka bagaikan orang yang telah tertutup mata hati untuk memikirkan sejenak akan rayuan dan tuntutan rakyat.

Pelajar-pelajar yang menuntut PTPTN dimansuhkan dibiarkan diserang samseng jahat yang memalukan bangsa Melayu, dan diperlekehkan oleh para menteri UBN sedangkan wang RM100,000 atau RM 200,000 yang diberikan oleh seorang menteri kanan kepada seorang artis setiap kali berjumpa seperti yang hebuh kini, yang mana nilai wang sebanyak itu mampu memberi biasiswa kepada lebih kurang 3 atau 6 orang pelajar universiti untuk kos selama 4 thun belajar, tidak langsung dikutuk oleh para menteri berkenaan dan para samseng yang mendakwa pejuang melayu sejati!

Inilah dunia para pemimpin Umno dan para samsengnya, dunia serakah dan haramjadah!


Ciri-ciri zalim akta baru ganti ISA lebih keras dari ISA!

Nampaknya semakin sahih Malaysia semakin berundur ke belakang dalam keadaan negara Mynmar terus maju dengan reformasi demokrasi yang semakin mengujakan. Pembentangan RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khsa) 2012 yang dibetangkan di dewan Rakyat membuktikan hakikat itu. Malaysia terus ditinggal oleh Mynmar untuk nanti bakal menjadi kera sumbang di pentas antarabangsa!

Datuk Seri Anwar berkata RUU Kesalahan keselamatan itu bersifat lebih keras berbanding Undang-undang lama Akta Keselamatan Dalam Negeri 1964 (ISA). Kalau sudah lebih keras tranformasi apa namanya begitu, kerana negara ini akan terus diserkup dengan pemerintahan ala-kuku besi apabila pemimpin merasakan kedudukan peribadinya tergugat.

Berikut adalah ciri-ciri zalim Akta baru yang mengganti ISA:

RUU ini akan memberi kuasa besar kepada pihak eksekutif dalam menangani kesalahan keselamatan.

Kesalahan Keselamatan didefinisikan sebagai kesalahan di bawah Bab VI (kesalahan terhadap negara) iaitu seperti memerangi Yang Dipertuan Agong (YDPA), merancang perang, menyerang ahli parlimen, memberi perlindungan kepada orang yang menyerang YDPA dan VI(A) (kesalahan berkaitan keganasan) Kanun Keseksaan iaitu seperti menyokong perbuatan keganasan, membuat aktitivi keganasan dan lain-lain.

Seksyen 4-Memberi kuasa kepada polis untuk menahan selama 28 hari tanpa hak untuk dibawa kepada majistret bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 4- Memberi kuasa kepada polis untuk pasang peranti khas untuk pengawasan. Tiada kuasa kehakiman untuk menyemak sama ada penahanan itu wajar atau tidak. Hak habeas corpus juga dinafikan.

Seksyen 5- Hak untuk berunding dengan peguam yang dijamin di dalam Perlembagaan boleh ditangguh selama 48 jam.

Seksyen 6- Kuasa untuk memintas komunikasi hanya dengan kebenaran Peguam Negara bercanggah dengan hak kebebasan diri.

Seksyen 8- Tatacara penggunaan 'maklumat sensitif' mungkin mendedahkan kepada salahguna kuasa kerana budi bicara Peguam Negara sebagai eksekutif terlalu luas.

Maklumat sensitif seperti dalam Seksyen 2 mendefinisikan bukan sahaja bahan atau maklumat yang berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara bahkan berhubung dengan apa-apa jamaah menteri atau exco sama ada diklasifkasikan sebagai 'Rahsia' atau tidak.

Kuasa terlalu besar akan mendedahkan kepada salah guna kuasa untuk mempertahankan perkara yang tidak betul.

Perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip hak asasi dan menyimpang dari amalan biasa tatacara jenayah;

Peguam Negara diberikan kuasa untuk tidak memberikan maklumat sensitif kepada tertuduh (S.8)

Orang yang dituduh di bawah Akta ini tidak boleh dijamin kecuali orang yang di bawah umur 18 tahun, seorang perempuan atau sakit atau uzur (S.13). Agak aneh kerana tertuduh sepatutnya boleh dijamin dan dipasang peranti pengawasan.

Cara khas keterangan saksi seperti saksi tidak perlu di cross examine (S.14-16)

Admisibility of evidence yang longgar:

a. Keterangan saksi yang telah mati boleh dipakai,
b. Keterangan kanak-kanak boleh diguna,
c. Senarai geledah boleh digunakan tanpa dokumen bukti,
d. Pengecaman tertuduh dengan gambar boleh diguna,
e. Exhibit tidak perlu jika maklumat sensitif
f. Tiada paksaan cara bagaimana maklumat diperolehi,
g. Apa sahaja dihasil komputer boleh diterima sebagai bukti,
h. Keterangan ejen provokasi boleh diterima.

Penahanan tertuduh sehingga segala proses rayuan selesai (S.30)- Pendakwa boleh memohon secara lisan untuk perintah reman.

GILER!!!


Wednesday, April 18, 2012

Rakyat Pahang tetap tak sedo-sedo, nok digemanakan!

Walapun negeri Pahang kian tenat, namun masih ramai rakyat Pahang yang gagal meninjau isu-isu yang membelit permasalahan kehidupan dan survival mereka semenjak berada di bawah pemerintahan UBN. Di kedai-kedai kopi generasi tua masih bersembang Umno pembela bangsa. Manakala makcik-makcik di 'lambo' rumah masih kukuh tertanam dalam minda mereka kalau Umno tak ada kita akan kembali makan ubi kayu!

Maka ramailah rakyat Pahang buat tak kisah akan perubahan yang sewajibnya berlaku pada PRU ke 13 nanti. Terus mereka bersentimental dengan Umno, rela ditabur janji manis wakil rakyat UBN walau masih banyak tidak tertunai. Masih kagum dengan kesusahan sendiri dalam pada wakil-wakil rakyat mereka ada yang walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat telah memandu Alphard mewah ke hulu ke hilir!

Akhirnya Daim Zainuddin kata negeri yang tinggal buat UBN salah satunya ialah Pahang. Hanya Pahang antara yang tinggal buat UBN kerana masih ramai pakcik dan makcik diserkup dengan tempurung Utusan Meloya dan Berita Hairan serta TV 3 suku. Begitulah majoriti rakyat Pahang...alahai, nok digemanakan!!

Padanlah Datuk Fauzu kata yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno. Cuma satu lagi yang masuk Umno yang Datuk Fauzi tak sebut iatu yang sanggup dipandirkan walaupun nanti menang sorak kampung tergadai!



Yang pandai masuk PAS, samseng masuk Umno

Khairil Abdul Rahim 18 Apr 2012

TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno.

Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.

“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya.

Fauzi yang juga Ketua Perhubungan Keadilan Pahang berkata demikian ketika berceramah dalam majlis ‘Aku Bekas Umno’ (ABU) di Taman Bukit Chermin di sini anjuran PKR Cabang Temerloh.

Turut berucap bekas Ketua Penerangan Umno Pekan yang juga bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri, bloger dan pemimpin Umno Negeri Sembilan Aspan Alias serta bekas AJK Umno Temerloh Rosli Ismail.

Fauzi berkata, memang terdapat perbezaan yang ketara antara pimpinan Umno dulu dengan sekarang kerana pemimpin dulu sanggup berkorban tetapi pemimpin parti itu sekarang ini mengintai peluang sahaja untuk mengayakan diri masing-masing.

"Pemimpin Umno dulu tengok orang Melayu susah, dibuka tanah untuk beratus ribu rakyat dan lantik Felda uruskan. Tapi sekarang Umno bagi tanah untuk satu orang. Contohnya di Bukit tinggi (Bentong) seorang tauke dapat 36,000 ekar. Begitu juga di Gambang (Kuantan) beribu ekar diberi hanya kepada seorang tauke.

“Saya masih ingat pada tahun 1974 Menteri Besar ketika itu Abdul Aziz Ahmad, (Tanah dalam bandar Kuantan) Transit Kuarters dulu rizab Melayu tapi tapak itu sudah dijual kepada tauke Cina dari Singapura,” tegasnya.

Fauzi berkata, ada betulnya kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan cerdik pandai tidak lagi masuk Umno sebab itulah jika diperhatikan pemimpin Umno dulu korban diri untuk kepentingan rakyat, tetapi pemimpin Umno sekarang korbankan rakyat untuk kepentingan diri.

“MB Pahang dulu tak masuk universiti tapi akal panjang dan amanah. Di buatnya kilang Aspa dan Mentiga kerana Pahang kaya dengan hutan balak. SEDC ditubuh bangunkan tanah Melayu ketika itu Aspa diberi 1.1 juta ekar tanah hutan balak tapi semua itu dah hilang.

“Kita boleh tengok tahun 1969 negeri Pahang ada simpanan tunai RM250 juta tetapi Pahang sekarang hutang pula RM2.3 bilion dan kena saman lagi RM63 juta oleh syarikat balak,” ujarnya.

Dalam pada itu Fauzi turut membangkitkan pada masa ini 2.5 juta pengundi dalam keadaan meragukan sehingga terdapat nama dalam Daftar Pemilih tetapi apabila disemak dalam JPN, tiada pemilik mykad.

“Jadi lepas ini anak cucu kita tak boleh tentukan masa depan tetapi pendatang asing.”

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9665-yang-pandai-masuk-pas-samseng-masuk-umno

Tuesday, April 17, 2012

Menteri tak faham cakap Melayu!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan akan menerokai kemungkinan memberikan perbicaraan adil kepada pihak yang ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).


Inilah menteri yang tak reti cakap Melayu, orang nak ISA dimansuhkan dan semua tahanan ISA di bebaskan atau dibicarakan, bagi dia pula tahanan ISA mungkin akan dibicara! Mungkin! Konon berdasarkan semangat pemansuhan! Taik kucing betul!


Boleh percayakah kepada ‘mungkin’ Hishamudin Husin? Kenapa mesti mungkin? Kenapa tidak, pasti akan dibicarakan atau dibebaskan sahaja terus tahanan ISA itu? Penahanan zalim!!


Cukuplah para menteri UBN memberi kenyataan ‘auta’ yang tidak langsung meyakinkan rakyat! Jika Hishammudin Husin dan para pemimpin kerajaan UBN benar-benar ikhlas, tak payah keluarkan kenyataan ‘mungkin’ akan dibicarakan. Bicarakan semua tahanan ISA dengan penuh integrity dan adil atau bebaskan sahaja mereka segera!


Walau apa pun alasan, ISA adalah tidak perlu kerana zalim dan kejam begitu juga dengan akta pengganti ISA yang lebih zalim dan kejam! Cukuplah menjadi zalim, gunakan sahaja peruntukan undang-undang yang ada bukan ISA!

Monday, April 16, 2012

Kerana UMNO, pejuang Melayu kian tersasar malah boleh tersesat!

Surat terbuka kepada pejuang Melayu

Tuan Guru Abdul Hadi Awang 16 Apr 2012

Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.

Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang. Allah berfirman (maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat: 13)


Kita tidak dapat menghapuskan sifat fitrah kecintaan kepada bangsa, samalah juga tidak boleh menghapuskan wujudnya berbagai bangsa, serta tidak dapat menghapuskan wajibnya hidup bermasyarakat, sehingga Ibnu Khaldun, seorang tokoh ilmuan sedunia menegaskan ;”Manusia itu bersifat masyarakat madani secara tabiinya”.


Nabi Muhammad s.a.w yang dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia juga sayangkan bangsa dan tanah air, tetapi kesayangan dan kecintaan itu diatur dengan petunjuk Islam, tanpa merosakkan hubungan kemanusiaan di kalangan berbagai bangsa dan suku kaum serta berbagai agama yang wajib hidup bermasyarakat, walaupun menegaskan hanya Islam yang diakui benarnya. Namun tidak boleh memaksa sesama manusia, kerana keperluan manusia seluruhnya dalam kehidupan dunia, sebelum berpijak ke alam akhirat, tidak boleh dihasilkan secara individu sahaja dan satu bangsa sahaja dan satu suku kaum sahaja.


Sempadannya ialah menegakkan Islam yang adil untuk semua. Sempadannya haram berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, sehingga zalim itu diharamkan terhadap kaum lain dan diharamkan juga membela kezaliman kaum dan bangsanya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w:


لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

سنن أبي داود - (ج 13 / ص 325)


Maksudnya: (Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang di atas tujuan asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati di atas perjuangan asobiyyah).


Asabiyyah itu ialah fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup dan beragama.


Maka Islam telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dengan Islam, sehingga menghapuskan asabiyyah kabilah suku kaum sesama bangsa Arab yang berperang sejak ribuan tahun dan permusuhan bangsa Arab terhadap bangsa lain, sehingga bangsa Arab setelah menganut Islam berjaya menjadi kuasa besar dunia yang mengambil alih pengaruh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom di zamannya.


Bangsa Arab yang memimpin negara kuasa besar Islam akhirnya berjaya menerima masyarakat majmuk kalangan berbagai bangsa dan berbagai agama yang berlainan dengan Islam. Walaupun penganut Islam diwajibkan berdakwah mengajak manusia kepada Islam, tetapi diharamkan memaksa terhadap penganut agama lain, diharamkan zalim, serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua manusia, binatang dan alam seluruhnya. Akhirnya Islam berjaya mengumpulkan daripada masyarakat majmuk itu, ilmu duniawi yang memberi manfaat dari segi kemanusiaan daripada berbagai bangsa dan penganut agama, sehingga berjaya melahirkan tamadun majmuk yang menyumbang kepada dunia seluruhnya sehingga hari ini.


Kejatuhan dua kuasa besar dunia berlaku di zaman khalifah kedua Umar bin al- Khattab r.a. Apabila khalifah dijemput datang oleh paderi besar Bait al-Maqdis yang sangat gembira dengan kejatuhan kuasa besar Rom yang zalim terhadap mereka sejak beberapa abad. Khalifah disambut oleh para pemimpin kalangan para sahabat yang berbangsa Arab menyampaikan ucapannya yang masyhur, antara lain menegaskan:


“Kita adalah kaum bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam, sekiranya kita mencari yang lain daripada Islam untuk mencapai kemuliaan kononnya, nescaya kita ditimpa hukuman menjadi kaum bangsa yang hina“.


Kenyataan ini berasaskan firman Allah: Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri, dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang sangat berhajat kepada pertolongan Allah; dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad: 38)


Firman Allah dan ucapan ini menjadi kenyataan, apabila bangsa Arab yang memimpin umat Islam tidak lagi berpegang kepada Islam kerana leka dengan kuasa yang dijadikan peluang mengumpul harta kekayaan dan kemewahan. Maka Allah menukarkan kepimpinan kepada kalangan kaum bangsa bukan Arab, penganut Islam yang berpegang dengan Islam yang sempurna secara silih berganti di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam dan beramal dengannya dalam seluruh cara hidup. Apabila seluruh bangsa umat Islam bersemangat bangsa masing-masing dan berpuak, Islamnya menjadi sampingan amalan peribadi masing-masing, sehingga urusan politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain dipisahkan daripada Islam, maka umat Islam dan tanah air bumi Islam dijajah oleh kuasa asing yang menindas mereka dengan hina.


Walaupun penjajah terpaksa memberi kemerdekaan pada akhirnya, tetapi mereka berjaya mengekalkan kemerdekaan di atas semangat bangsa mengatasi petunjuk Islam. Maka kemerdekaannya tidak sampai kepada matlamat yang sebenar, kerana jasad dan tanah sahaja ditinggalkan oleh penjajah, sedangkan akal fikran dan kefahaman masih dijajah, termasuk bangsa Arab sendiri yang kaya-raya dengan hasil semula jadi yang luasnya laksana laut. Apabila semangat kebangsaan Arabnya mengatasi petunjuk Islam, menjadikan mereka terus lemah dan dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar yang berebut dan berlumba-lumba mengambil kesempatan daripada bumi Arab, sehingga Arab boleh dilagakan sesama satu bangsa dan satu agama.


Inilah juga pendekatan semangat kebangsaan Melayu yang dibawa oleh UMNO sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan. Islam hanyalah satu religion atau agama, bukan al-Din yang dinyatakan oleh al-Quran. UMNO tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sakhsiah Islam, UMNO hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti. Maka kepimpinan dianggap peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam.


Agama Islam yang diterima oleh penganut agama lain menjadi agama persekutuan, kerana penganutnya adalah bangsa Melayu yang diakui oleh semua kaum kerana majoritinya, tiba-tiba tidak berjaya memuliakan bangsa Melayu sendiri dengan iman, ilmu dan akhlak, selagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin negara di atas nama Melayunya sahaja dengan pendekatan Islam terpilih mengikut para pemimpin UMNO. Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam, sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya. Akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan UMNO, bahkan jatuh terhumban bersamanya.


PAS berulang kali mengajak UMNO bermuzakarah, bukan berdebat menentukan menang dan kalah, tetapi UMNO sepanjang masa tidak bersedia. Debat bukannya kerana di musim pilihanraya dan ketika terdesak, bahkan diajak sejak berpuluh tahun. Kalau UMNO ada Biro Agamanya, ilmuan agamanya, para mufti yang berada di bawah kerajaannya yang mampu merojak sumber Islam dengan bahasa al-Quran, bukannya yang berwajah ulama dalam UMNO tetapi buta bahasa al-Quran atau terlalu lemah bahasa al-Qurannya yang ramai dipergunakan. PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.


Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya. Percayalah bahawa Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah s.a.w porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya, tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.


Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita. Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua. Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS


Sunday, April 15, 2012

PTPTN penjajah!

Sesungguh demontrasi para pelajar Universiti semalam yang menuntut PTPTN dimansuhkan amat wajar dan cukup mengkagumkan. Tahniah diucapkan di atas keberanian anak-anak muda itu.

PTPTN adalah hutang. Hutang adalah mekanisma terbaik buat mana-mana pihak yang berkuasa yang ingin mempertahankan kuasanya dengan menjajah minda rakyat. Seperti mana IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) yang dikuasai Yahudi mampu menguasai mana-mana negara melalui skim pinjaman yang dihulurkan. Negara peminjam akan mudah diikat kaki tangan untuk menurut kata.

Begitulah PTPTN berfungsi. Dengan hutang besar di peringkat awal kehidupan rakyat yang mula bekerja, maka rakyat yang berusia muda akan menjadi lesu, hilang ghairah dan tidak bernafsu untuk melihat secara kritis segala keonaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Melalui penjajahan PTPTN anak-anak muda hilang kemerdekaan.

Maka itu memang wajar sebagai rakyat yang dikatakan merdeka, menuntut PTPTN dimansuhkan. Beban seharusnya diletakkan kepada kerajaan untuk menyediakan Pendidikan Percuma agar para pemimpin, anak bini para pemimpin negara, tidak merasakan negara ini hak mak bapak mereka yang punya untuk bebas membeli cincin, beg tangan mewah lagi berjenama, pakaian dari butik Australia, majlis pertunangan anak dengan nilai berribu dan berjuta ringgit.

Beban memberi pendidikan percuma kepada rakyat perlu digalas oleh para pemimpin parti yang menguasai kerajaan agar anak bini mereka sentiasa sedar diri daripada berlagak dengan kereta Porsce diusia muda sambil mengelek betina ke hulu ke hilir, sedangkan anak-anak muda dari kalangan rakyat marhaen yang terbeban dengan hutang PTPTN sibuk ke kuliah sambil menunggang Honda Cub second hand dan bila lapar, hanya mampu makan nasi dengan satu jenis lauk sahaja dan antara lauk yang popular ialah telur dadar berkuah kicap dan kerap juga mengenyangkan perut dengan mee segera!

Tuntutan anak-anak muda memansuhkan PTPTN lebih mulia dan tidak langsung kurang ajar kerana mereka menuntut kemerdekaan diri mereka dalam negara Malaysia yang merdeka ini. Anak-anak muda ini, yang berdemo semalam lebih jauh mulia daripada para bangsat yang menghabiskan duit rakyat yang dikutip melalui hasil cukai seperti duit tenakan lembu negara, pembelian kapal selam, PKFZ digunakan untuk perbelanjaan peribadi anak beranak para pemimpin secara cukup mencolok mata!

Jangan salahkan anak-anak muda yang menuntut beban ke atas kepala mereka dihapuskan tetapi salahkan anak-anak menteri yang berjoli ke hulur ke hilir dengan kereta mewah, salahkan yang tergamak pelangkong jaga kondo mewah kerana semata-mata jaga itu mengikut arahan tugasnya, salahkan anak-anak menteri yang masih muda tetapi bergaji RM45,000 atau RM35,000 hasil peruntukan lembu dan salahkan anak menteri yang kos majlis pertunangannya sahaja bernilai RM400,000 yang mana kos itu boleh digunakan untuk majlis perkahwinan 20 atau mungkin lebih keluarga rakyat marhaen di luar bandar!

Kepada anak-anak muda yang menuntut PTPTN dihapuskan, syabas, teruskan tuntutan anda. Rakyat terbanyak bersama anda kecuali mereka yang kaki ampu UBN yang tidak mampu berfikir rasional lagi melainkan terbungkam dengan umpan dan gula-gula yang membawa pelbagai penyakit!