Followers

Saturday, April 14, 2012

Orang yang sukakan' hantu' akan bersama Umno ?

Kepimpinan Najib Razak semakin 'hodoh'. Hodoh dari pelbagai sudut. Rakyat yang cerdik mampu melihat saban hari akan kehodohan yang semakin bertambah dan menjadi-jadi hari demi hari.

Apakah tidak hodoh apabila SPR kekal menjadi agensi pengurusan pilihanraya yang menipu hasrat dan semangat rakyat. Begitu banyak hantu-hantu yang bakal mengundi telah membongkar akan kewujudan 'task force' laknat yang menjadi pemangkin kepada kemusnahan keselamatan masa depan. Warga asing semudah mengemam lolipop untuk menjadi warga negara negara ini.

Apakah tidak hodoh apabila Perdana Menteri sendiri terbeban teruk dengan imej yang negatif terlalu banyak. Dari kegagalan 'mengawal' isteri berbelanja mewah, keluarga menteri menyalah gunakan peruntukan ternak lembu nasional, kemusnahan integrity sistem kehakiman, janji manis dimulut namun palsu belaka, Perdana Menytari yang berantai leher, dan hantu altanthuya yang kian menjelma di mana-mana kini. Imej kempimpinan Najib semakin memberat dan bakal mengkaramkan Umno dari persada politik negara.

Nampaknya dari jauh Muhyiddin Yasin semakin gelisah melihat 'kehodohan' imej boss-nya namun apa boleh buat imej sendiri yang pernah menyeru tauladani-lah peribadi Rasulullah, pun haru-biru apabila melihatkan pakaian anak dara yang berpakaian namun bertelanjang!

Memang Umno Njaib kian parah jika PM Najib masih di situ dan mahu kekal di situ. Altanthuya telah mati namun hantu Althantuya tak reti nak mati-mati. Hidup kembali dalam keadaan lebih menyeramkan Najib.

Apakah ini petanda bahawa seluruh ahli Umno akan melarikan diri dari Umno yang kian sarat dengan masalah demi masalah dan berhantu itu? Kita lihat PRU 13 nanti - hanya orang yang suka hantu bakal pangkah Umno!


Thursday, April 12, 2012

Ke arah Bersih 3.0 - 428: Apa sebenarnya Penyata Minoriti?

Apakah sebenarnya Penyata Minoriti?

Ia adalah laporan yang sewpatutnya dilampir bersama Laporan Akhir Jawatankuasa Pilihan Raya (PSC) Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya.

Ia penting untuk memberi ruang kepada suara minoriti dalam PSC memberi pandangan dan cadangan. Ini diamalkan di Parlimen negara Komenwel seperti New Zealand, Audstralia, Kanada dan United Kingdom.

Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat pada 3 April 2012 untuk memasukkan cadangan dan dilaksana mengikut Peraturan Mesyuarat 30 (1) tetapi ditolak.

Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti wajib direkodkan bersama Laporan Akhir PSC.

Tiga wakil Pakatan Rakyat dalam PSC sepakat tidak memperakui Laporan Akhir PSC sebagai laporan lengkap berikutan Penyata Mninoriti tidak dibentang bersama selepas usul itu ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Mereka ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamaed Azmin Ali, Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai dan Anthony Loke Ahli Parlimen Rasah.

Mereka menyifatkan ia tidak wajar kerana Penyata Minoriti mengandungi masalah dan penyelesaian yang dibentang wakil PSC Pakatan Rakyat iaitu:

Membetulkan sempadan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen.

Antara Mac 2008 dan suku ketiga 2011, seramai 31,294 pemilih dikeluarkan dari kawasan pilihanraya DUn dan Parlimen sedangkan proses itu menyalahi undang-undang. Jadi tindakan serta-merta mengembalikan pengundi perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas laporan dibentang di Parlimen.

Kira-kira 42,000 pengundi meragukan belum dibersihkan SPR.

SPR perlu mengeluarkan nama pengundi meragukan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh laporan dibentang di Parlimen.

Nama pengundi melebihi 100 tahun.

Daftar Pemilih Induk (DPI) SPR mendapati 65,000 pengundi berusia 85 tahun ke atas dan lebih 1000 pengundi berumur lebih 100 tahun. SAda 19 nama pengundi yang lahir sebelum 1900.

SPR perlu menyiasat secara terperinci nama warga emas berusia lebih 100 tahun. Bersihkan nama itu dari daftar pemilih dalam tempoh 30 hari.

Senarai pengundi ragu menggunakan nombor kad pengenalan bertentangan jantina.

Lebih 15,000 nama difatra menggunakan nombor kad pengenalan bertentangan jantina. SPR wajib menyemak nama itu dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan membersihkan senarai daftar pemilih dalam tempoh 30 hari.

Isteri anggota polis difatra sebagai pengundi pos.

SPR perlu mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang didaftar sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula sebagai pemilih biasa dalam trempoh 15 hari.

Dipetik dari Suara Keadilan 61

Wednesday, April 11, 2012

AMARAN TSUNAMI: Gempa magnitude 8.7 dilaut Sumatra.



Gempa magnitude 8.7 di laut Sumatra, amaran tsunami

Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.7 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),

Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook dan Twitter.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Bernama turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.

- Agensi

Sumber:malaysiakini.

Awas! Peneroka tinggal sehelai sepinggang!

Penulis tak tahulah, kalau-kalau masih ramai peneroka yang lebih mempercayai Isa pendek dan Najib Altantu berbanding Ku Li. Ku Li walaupun seorang yang masih Umno namun adalah seorang pemimpin yang berintegriti. Kerana sifatnya berintegriti itulah maka Ku Li diperosokkan oleh Umno ke ceruk kerana spesis Umno Baru memang tak suka orang yang telus dan berintegriti sepertinya.

Ku Li menjangkakan jika Felda disenarai di Bursa Malaysia maka akan sampaia masanya para peneroka tinggal sehelai sepinggang. Malangnya masih ada segelintir peneroka yang kurang cerdik terlalu seronok dengan janji durian runtuh yang tidak seberapa dan bakal menghabiskan durian runtuh dalam masa seminggu! Selepas itu para peneroka yang fanatic UBN menjadui lebai malang, yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.


Sesungguhnya memang malang janji manis Isa Samad yang memang umum telah ketahui telah lama hilang integrity dan amanah, lebih dipercayai dan diyakini berbanding Ku Li yang bersih rekod dan pekhidmatannya. Lebih malang Najib yang umum telah ketahui yang bininya boros berbelanja lebih dipercayai dan diyakini berbanding Ku Li seorang veteran Umno tulin.


Nampaknya jika penyenaraian FGVH tersebut diteruskan, peneroka Felda bukan sahaja tinggal sehelai sepinggang malah mungkin lebih teruk, bertelanjang bulat kerana yang sehelai sepinggang itu pun terpaksa digadai!


Semoga para peneroka tidak akan terjerumus dalam ‘perangkap’ Isa Samad dan Najib Atantu. Sedarlah dan bertindaklah dalam PRU ke 13 nanti dengan mengundi pihak-pihak yang lebih telus mahu membela hak rakyat Asal Bukan Umno (ABU).



Baca:sini

Tuesday, April 10, 2012

Giller...RM25 je?

Keadilan dari sistem kehakiman ala kerajaan UBN. Penari tiang didenda cuma RM25, giller...giller!

Lempar selipar kepada hakim, denda setahun penjara.

Rasuah Khir Toyo, denda setahun penjara.

Memiliki T-shirt BERSIH, denda RM5,000.

Kes 'bini puaka', denda 2 tahun penjara wa cakap lu!

Samun RM20 kerana nak beli susu anak, didendanya 6 bulan penjara!

Saman parkir motosikal denda RM50.

Saman parkir kereta, kena denda RM100.

Langgar lampu merah kena denda RM300

Melebihi had laju didenda RM150!

Menyertai demonstrasi kena denda RM2,000.

Buang sampah didendanya RM500.

Vandalisme denda RM300.

Halang tugas penjawat awam kena denda RM3,000.

Penari Tiang.... ek eleh kena denda RM25 !!! Boleh menari 10 tiang lagi!!!

Kata Dewan Pemuda PAS denda RM25 kepada gadis terbabit tidak berbaloi berbanding kesalahan yang mereka lakukan. Hukuman itu tidak mampu mendidik malah ia menjadi bahan ketawa masyarakat....

Ketua AMK pula berkata, "peranan undang-undang adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. kalau setakat denda RM25, ia bukan untuk memberi pengajaran tetapi seolah-olah menggalakkan orang ramai melakukan kesalahan."

Monday, April 09, 2012

Bukan hilang kreativiti tapi bodoh, benak, gelap hati !

PTPTN: Pemimpin BN hilang kreativiti


Harakahdaily 09 Apr 2012


KUALA LUMPUR, 9 April: Penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman PTPTN seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu menunjukkan kepupusan daya kreativiti pemimpin Barisan Nasional (BN).

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Menurut Husam, jumlah RM43 bilion yang disebut oleh Perdana Menteri juga adalah tidak benar dan mengelirukan.

Ini kerana, dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.

"Bukan RM 43 bilion seperti disebut," kata Husam yang juga Exco Ekonomi dan Kebajikan kerajaan negeri Kelantan.

Beliau mempertikaikan, mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap?

"Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?" soal beliau.


Husam juga menjelaskan, jumlah keseluruhan RM28 bilon sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Antara tindakan yang boleh diambil, kata Husam ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

Dengan itu, katanya, kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu.

Bagi beliau, gambaran bahawa negara tidak mampu kerana menjelaskan RM43 bilion sekaligus adalah amat mengelirukan dan menunjukkan PM tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi undertaking dan menjadual semula pinjaman.

Impian Najib: "Malaysia negara Islam pertama dunia capai status negara maju" -Cheh...Taik Kucing!!

Orang-orang Melayu terus didendang dengan lagu terbaru Najib Razak, “Malaysia Negara Islam pertama dunia capai status negara maju”.


Orang-orang Melayu yang terdiri daripada kira-kira 5,000 imam, ahli jawatankuasa masjid serta surau, guru agama dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) terus disuap dendangan lagu tersebut untuk menyedapkan halwa telinga dalam keadaan rakyat begelut dengan pelbagai himpitan hidup, kondo lembu sharizat, SBPA dibatalkan, harga minyak naik, GST bakal menekan rakyat, Tajudin Ramli tak payah bayar hutang, ular lidi mahu menelan ular sawa di Felda dan kepincangan pelaksanaan pilihanraya oleh SPR.


Apalah agaknya yang rakyat khususnya orang-orang Melayu dapat dari status negara Islam PERTAMA dunia capai status negara maju?


Dalam dendangan Najib bahawa Malaysia di bawah UBN bakal menjadi negara Islam PERTAMA mencapai status Negara maju majority orang-orang Melayu Islam:


Orang-orang Melayu Islam terus-terusan dipekakkan daripada mendengar berita isteri Perdana Menteri bercincin RM24 juta konon dengan wang yang dikumpuldari sejak lahir!?


Orang-orang Melayu Islam dipaksa menerima seadanya apalah sangat dengan isu RM250 juta untuk keluarga Sharizat dan apalah sangat beratus juta ringgit pelepasan hutang kepada Tajudin Ramli berbanding kononnya Anwar Ibrahim agen segala bangsa jahat di dunia ini!


Orang-orang Melayu Islam dipekakkan dari mengetahui hakikat bawa GST akan menjerut leher mereka sebaik sahaja Umno menang PRU ke 13 atas alasan kalau tak laksanakan GST negara akan bangkrap! Memberi begitu sahaja kepada Tajudin Ramli dan para kroni tidak akan bangkrap, isteri PM berboros wang rakyat tidak akan membangkrapkan cuma hanya kalau bagi untuk rakyat miskin pasti Malaysia bangkrap! Satu pandangan ekonomi yang paling haramjadah!


Orang-orang Melayu Felda terus dilina oleh Isa pendek yang mendendang lagu mustahil syarikat asing kuasai FGVH!! Boleh percayakah jaminan Isa pendek yang pernah didakwa bersalah oleh Umno sendiri sebagai pernah terbabit rasuah politik wang?? Semasa UBN memerintah, kalau Pulau Singapura boleh hanyut dan Pulau Batu Putih dan Kandang Kerbau boleh terlepas kepada orang asing, apalah sangat dengan FGVH! BERNAS pernah terlepas kepada cukong asing apakah FGVH tidak mustahil terlepas juga? Hanya sekadar jaminan seorang Isa Samad, boleh percayakah? Atau para peneroka bakal menjadi tipah tertipu?


Bolehkah Malaysia di bawah UBN mencapai tahap negara Islam PERTAMA menjadi negara maju dalam keadaan samseng-samseng upahan UBN dengan otak bebal tidak mampu meraikan perbezaan ideologi politik dalam suasana demokrasi yang sewajarnya? Orang berceramah, mereka dengan samsengnya berceramah di sebelah! Macam dah tiada hari esok! Orang kata gila babi, marah! Habis nak kata apa kepada perangai samseng-samseng dan NGO UBN macam itu? Macam babi gila?


Orang nak berceramah, mereka datang menganggu, kemekkan kereta, pecahkan cermin kereta, menjerit-jerit macam kera! Orang nak merasmi cawangan baru, mereka datang menghalang dengan kayu! Ini warga negara Islam maju UBN taik kucing!! Orang kafir di Amerika tahu meraikan perbezaan ideology politik!


Cukuplah kita wahai orang-orang Melayu Islam membiarkan diri, didendangkan dengan lagu mengarut lagi membodohkan, konon, “Malaysia Negara Islam Pertama di dunia mencapai Negara Maju”. Wey...buat malu kat orang Brunei je lah!


Duit tunai Rm20,000 pun tak ada dalam simpanan majority rakyat, nak jadi negara Islam pertama maju!? Bas henti-henti pun macam bas kat Bangla, nak jadi negara Islam pertama maju!? Rasuah bersepah besar dan kecil, nak jadi Negara Islam pertama maju!? SPR penipu dan jahat macam afrit, nak jadi Negara Islam pertama maju!? Bini tak pakai tudung dedah aurat ke hulu ke hilir nak impi negara Islam pertama maju!? Hutang negara bersarat, negara bakal bankrap nak capai status negara maju!!? Pirah mabuk, bercakap macam orang telan pil kuda, nak bawa negara menjadi negara Islam pertama mencapai status negara maju!!?


Baca sini:ImpianNajib

Sunday, April 08, 2012

Hah...mamposlah Umnooo!!!

MAT SABU kata:

......selagi lapan tuntutan Bersih TIDAK ditunaikan, rakyat tetap berhimpun dan berhimpun.



"Selepas Bersih 3.0, akan ada Bersih 4.0, Bersih 5.0, Bersih 6.0 dan seterusnya dan seterusnya selagi pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil," tegas beliau.


Hah...mampos-lah UMNO...... !! Sesungguhnya 'lubang pusara' akan semakin dekat dengan UBN selagi mereka bertindak bodoh terhadap tututan rakyat - Pilihanraya Adil dan BERSIH!


Namun setakat hari ini, hakikat yang nyata adalah para pemimpin UBN khususnya Umno masih tidak mahu belajar untuk menjadi cerdik!