Followers

Saturday, April 07, 2012

Ingat kerajaan Umno, ingatlah ini....

Ingat kerajaan Umno, ingatlah Laporan Audit Negara 2010:

Ketua Jabatan Audit Negara dalam laporan Ketua Audit negara 2010 mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) kepada syarikat tertentu dengan status 'meragukan'.

Sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP. Menurut Laporan Ketua Audit Negara lagi, RM7.30 bilion diberikan kepada dua piminjam dan RM21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

KWSP turut meluluskan 15 pinjaman yang memerlukan jaminan kerajaan berjumlah RM35.69 bilion dan dua pinjaman ke[ada syarikat bukan subsidiari RM6.24 bilion. Sedangkan Manual Operasi untuk lima jabatan yang terlibat dengan pengurusan injaman masih belum diluluskan.

Pinjaman untuk Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan berjumlah Rm4 bilion diluluskan Panel Pelaburan pada 3 Julai 2007 tanpa dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pelaburan dan perkara ini sepatunya tidak berlaku.

Dan kini Mat Sabu mendedahkan pula betapa banyaknya projek-projek raksasa yang membabitkan pelbagai bidang ekonomi disua kepada seorang Tan Sri kroni Umno itu sahaja. Iya, memang benar kalau takdirnya lingkuplah Tan Sri itu, lingkuplah kita semua kerana dia 'seorang' kuasai semua sedangkan Tan Sri itu akan tetap mendapat ganti rugi untuk menjadi 'Tajuddin Ramli' yang kedua! Rakyat akan terus mampos ditekan kos kenaikan harga barangan untuk hidup!

ingat kerajaan Umno, ingatlah bagaimana wang titik peluh rakyat diuruskan oleh KWSP dan ingatlah Tan Sri itu yang menjadi 'kesayangan' kerajaan Umno Najib Rosmah!

Jangan lupa BERSIH 3.0 untuk pilihanraya adil dan saksama yang seluruh rakyat Malaysia rindui!

Thursday, April 05, 2012

Muka 'Ketua Bahagian Umno' SPR!


Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar semakin tidak layak untuk berada dalam SPR. Beliau bersuara lagi bagaikan 'Ketua Bahagian Umno SPR'.

Apabila beliau mengatakan dakwaan Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan kewujudan "task force" 'mewarganegarakan' pendatang asing sebagai fitnah yang kononnya tidak berasas dan tidak perlu dilayan, bermakna isu ini adalah isu besar yang kebarangkalian benar adalah terlalu tinggi.

Oleh kerana isu ini hanya sekadar tidak mahu dilayan oleh Wan Ahmad, maka apakah mungkin orang-orang ini, Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Wan Ahmad serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah 'pengkhianat' kepada hak-hak demokrasi rakyat tempatan?

Oleh itu jangan lupa kita bersama BERSIH 3.0 dan jangan lupa juga tambah tuntut BERSIH 3.0 itu Wan Ahmad Wan Omar 'Ketua Bahagian Umno' dalam SPR itu dinyahkan dari organisasi yang sepatutnya adil lagi telus itu! Wan Ahmad, kamu berat sebelah..cheh!!

Isu 'task force' warga asing: Apakah para pemimpin Umno sanggup menjadi 'musuh' rakyat tempatan?

Nampaknya tiada apa lagi yang tidak diberikan oleh kepimpinan Najib dan para pemimpin Umno/Bn nya kepada pihak asing.

APCO sedang berada dalam ‘kelambu’ kepimpinan Najib Rosmah dengan Umnonya di Putrajaya untuk proses penggadaian kedaulatan Negara!


Tanah Melayu semakin berkurangan kerana diberikan kepada pihak asing!


Felda bakal ditelan pihak asing jika penyenaraian ke bursa Malaysia menjadi kenyataan!


Kerajaan Umno Najib Rosmah tidak malu-malu berdagang dengan Israel dan Minyak sawit Malaysia hasil keringat peneroka Felda dan rakyat yang lain juga telah dengan selambanya dijual ke Israel musuh utama umat Islam yang menyiksa dan membunuh umat Palestin, oleh kempimpinan Umno Najib Rosmah!


DAN KINI, kepimpinan Umno Najib Rosmah ‘menggila’ memberi kerakyatan kepada warga asing dengan semudah itu demi mempertahankan kuasa peribadi rakus mereka.


Jika pengkhianatan ini diteruskan, negara Malaysia dan rakyat tempatan pasti tidak selamat lagi dan para pemimpin Umno/Bn kini yang membiarkan perkara ini berlaku, hampir menjadi ‘musuh’ rakyat! Kerana tidak rela kalah dalam plihanraya yang merupakan perkara lumrah dalam mana-mana pertandingan dan perlawanan, apakah para pemimpin utama Umno ini tergamak menjadi 'musuh' rakyat tempatan?


Ayuh kita duduk berhimpun aman sejuta rakyat dalam BERSIH 3.0 nanti. Jangan lupa 28 April!


Dipetik:


Najib bertanggungjawab ‘task force’ warga asing


Harakahdaily 05 Apr 2012


KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.

"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.

Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.

"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?

"Apabila berlaku pengkhiantan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.

"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.

Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.

"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.

"Negara terpaksa menangung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.

Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.

Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.

"'Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.

"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu.

Sumber:harakahdaily

Monday, April 02, 2012

Umno memang pakar...!!!

Para pemimpin Umno yang menggelarkan parti Umnonya sebagai parti Melayu terhebat adalah juga pakar yang hebat dalam menggadai tanah rezab Melayu. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada relaiti dan fakta yang nyata.

Mengikut rekod sewaktu Umno memerintah Kelantan, kerajaan Umno waktu itu telah 'menggadai' tanah rezab Melayu di bandar Kubang Kerian.

Bayangkan darjah pengkhianatan parti terhebat bangsa Melayu ini terhadap orang-orang Melayu apabila melihat kepada fakta bahawa pada tahun 1957 terdapat 3 juta hektar tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah telah susut kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

44 peratus tanah rezab Melayu yang ditinggalkan Britsih telah telah susut pada kadar 1.2 peratus setahun. Dasar kerajaan Umno parti yang mengaku pembela bangsa melayu terhebat, telah memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 telah memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri Umno/Bn mengambil Tanah Rezab Melayu atas nama pembangunan.

Di Kedah ketika di bawah pemerintahan Umno, kerajaan Umno telah merampas 2000 ekar tanah sawah di Kerpan untuk diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.

Projek tersebut gagal, para petani berputih mata kehilangan tanah dan tanah itu pun belum berganti! Sanusi Junid sewaktu menjadi Menteri Besar pernah memberi jawapan bertulis di DUN Kedah bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh tersebut Kerajaan Kedah (Umno/BN) belum lagi menggantikannya.

Di Johor, negeri yang berkarat biru Umno, merampas 26000 ekar tanah dari Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat telah diserah kepada Kok Brothers dan UEM.

Tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Iskandar juga banyak yang telah dijual kepada cukong-cukong Singapor!

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Trengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group sekuas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Di Pahang tak usah cakaplah. Terlalu banyak tanah-tanah kerajaan negeri dan rakyat yang dikuasai oleh cukong-cukong dan para hantu raya. Rakyat marhaen hanya mampu berebut tanah tersepit yang berada dicelah-celah, itu pun kalau hantu raya tak kacau!

Di Pulau Pinang tak ada yang tinggal lagi 'habis tergadai' sepanjang pemerintahan Umno/Bn yang lalu.

Begitulah Umno, bukan sahaja tanah-tanah adat dan tanah rezab Melayu, tanah Felda pun mahu digadainya. Katanya Najib akan umum durian runtuh pada 1 Mei nanti untuk 'dihempapkan' ke atas kepala para peneroka yang rata-rata Melayu. Setahun dua selepas itu kita tengok siapa yang kenaa!!

Nampanya jika puak-puak ini terus menguruskan Putrajaya rasanya Tanah Melayu pun boleh tergadai!

Demikian hebatnya para pemimpin parti Melayu terhebat itu! Sebahagian orang-orang Melayu yang masih menjadi katak bawah tempurung juga nanti akan turut tergadai jika terus tidak mahu berubah kepada Asal Bukan Umno(ABU). Tunggu sajalah apabila tanah Melayu telah habis tergadai, orang-orang Melayu juga mungkin akan digadai oleh puak-puak ini kerana mereka memang pakar....!!


Sunday, April 01, 2012

SPR bukan sahaja memelihara pengundi hantu malah segala kerja buatnya dikuasai dan dilakukan oleh 'hantu-hantu'!


Ini contoh kerja yang dilakukan oleh hantu:

Pengundi terkejut, ada pihak pindah namanya


Ahmad Danial 31 Mac 2012


BUKIT KATIL 31 Mac: Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.

"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," katanya kesal.

(Gambar: Zawawi menunjukkan salinan Borang Daftar Pemilih dari SPR yang didakwa ditandatangan oleh pihak lain)

Beliau yang telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam juga terkejut apabila ditunjukkan salinan borang pertukaran alamat yang tertera cop Kemas dan tandatangan palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun," katanya lagi.

Ekoran perkara itu, beliau juga telah membuat laporan polis.

Sementara itu, Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali menyifatkan tindakan pihak tertentu itu sebagai perbutan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi parti politik tertentu dalam usaha mendapatkan kemenangan dengan cara tidak bermaruah pada PRU-13 nanti.

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" katanya.

Sumber:sini


Inipun dilakukan oleh hantu:


Pengundi bernama Nagandran A/L Muthu beralamat J 132,Kampung Jelutong ,tempat kediaman Ustaz Abdul Kadir bin Saleh.


Mungkinkah SPR sudah menjalankan taktik kotor di DUN Changkat Jering? Seorang penduduk India beragama Hindu didaftarkan sebagai pengundi di daerah mengundi,Kampung Jelutong dalam DUN Changkat Jering.Kampung ini majoritinya orang Melayu Islam.

Mungkinkah SPR bersama UMNO menggunakan taktik kotor lagi jijik ini untuk mengalahkan DS Nizar di Parlimen Bukit Gantang?

Menurut satu sumber,banyak pengundi tidak dikenali didaftarkan di DUN Changkat Jering yang mempunyai banyak lokaliti baru.

Setakat ini petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang sedang mengesan dan mengaudit kes seperti kes Nagandran A/L Muthu ini.

Sumber:sini