Followers

Saturday, March 31, 2012

Juta...juta...juta...juta: Lembu RM250 juta, prasarana Monsun Cup lebih RM300 juta, komisyen kapal selam juga ratus juta!!

Pada 11 Mac 2012 yang lalu, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan dilaporkan sebagai berkata, sudah tujuh tahun dianjurkan perlumbaan kapal layar Monsun Cup dianggap gagal apabila tidak memberi pulangan setimpal dengan suntikan dana besar kerajaan setiap tahun.

Shabery Cheek dilaporkan turut mendedahkan Kerajaan (Umno/Bn) Trengganu membelanjakan RM20 juta setiap tahun bagi tujuan sukan tersebut dan jumlah itu adalah perbelanjaan terbesar dalam penganjuran bagi acara sukan.

Sesungguhnya, ini lagi satu contoh pembaziran haramjadah wang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Umno/Bn. Bayangkan, dilaporkan bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih RM300 juta duit rakyat untuk pembinaan prasarana bagi menganjurkan sukan tersebut. RM300 juta!!!

Peruntukan untuk lembu RM25o juta, untuk kapal layar RM300 juta! Main juta je puak-puak ni!

Menurut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Trengganu, dari pendedahan perbelanjaan tersebut maknanya selama tujuh tahun kerajaan menghabiskan RM140 juta bagi pertandingan kapal layar Monsun Cup yang berlangsung selama 5 hari setahun.

"Pembinaan prasarana saja melibatkan lebih RM300 juta duit negeri dan setiap tahun RM20 juta untuk acara selama 5 hari atau bernilai RM4juta sehari. Jika tujuh tahun sudah RM140 juta," ujarnya.

Beginilah caranya Umno/Bn merompak wang royalti yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat seluruhnya. Namun kerana Umno/Bn menang PRU yang lalu untuk terus menguasai Trengganu dan Malaysia, maka hanya beberapa orang kroni yang menikmati ratusan juta wang rakyat begitu sahaja. Rakyat yang mengundi Umno/Bn hanya mampu menikmati keropok lekor liat sambil minum air sirap double lion!

Program pemandiran rakyat seperti Monsun Cup akan diteruskan oleh Umno/Bn kerana ianya sangat menguntungkan dan tidak membebankan ekonomi negara walaupun rakyat akan terus didera tapi tak apa, rakyat redho saja! Kalau umno tak perintah Malaysia, tak ada jalanraya, tak boleh beli kereta, akan lapar kebulur belaka dan makan ubi kayu kita!!!!!!!


1 Malaysia, bapak anak-anak pemimpin Umno punya!


Melihat kepada senario yang terlihat sejak akhir-akhir ini, bolehlah dikatakan, 1Malaysia ini para pemimpin Umno yang punya! Mereka memiliki segala-galanya dari harta benda, wanita dan kuasa!

Sharizat dan kuasa memiliki RM250juta syarikat lembu. Suami katanya bergaji RMratus ribu. Anak-anak mami Jat bergaji puluh ribu sebulan. Mampu legi membeli kereta mewah mercedez berharga hampir setengah juta! Itu keluarga syarizat!

Lihat pula anak Nazri Aziz menteri undang-undang auta Umno! Anak beliau yang kerjanya dan bisnessnya entah apa, muda lagi, mampu memandu kereta dari jenis Porsche!

Anak Najib Rosmah untuk majlis pertunangan sahaja mencecah RM400,000. Memang banyak! Banyaknya duit para pemimpin Umno kesayangan rakyat kampung dan makcik pakcik Felda yang ke hulu ke hilir naik bas henti-henti atau honda cub buruk, tak ada mud guard lagi!

Adik Najib pula tiba-tiba sahaja menjadi antara yang terkaya dalam 1Malaysia. Bini Najib tak usah kiralah, sartu badan berjuta harta!

Anak Taib Mahmud walaupun bukan dari Umno, tak usah kiralah punyalah kaya dan rayanya. Bercerai sahaja isteri dituntut RM400 juta!

Itu anak-anak para pemimpin Umno dan Taib Mahmud yang diketahui. Bagaimana pula anak-anak para pemimpin Umno yang lain. Anak Muhyiddin, anak Hishamuddin, anak Pei Apdal, anak Isa Samad, anak Rais Yatim, anak Tajuddin Pasir Salak dan anak yang lain-lain!

Anak-anak rakyat? Tuntut hapuskan PTPTN pun, dah menteri Umno kata bebankan kerajaan Umno/Bn, ada pula rakyat pandir di kampung-kampung yang sokong pandangan itu!!! Memang Pandir!

Friday, March 30, 2012

Dalam 1Malaysia makin banyak yang hilang!

Bacalah antara kisah di sebuah negara yang didakwa selamat oleh Menteri Dalam negeri Malaysia.

Negara yang di dalamnya ada kisah wanita asing yang mati dibom hancur berkecai!

Negara yang di dalamnya gempar dengan kehilangan jutawan produk kecantikan yang hanya ditemui DNA sahaja dan satu dua barang-barang kepunyaan!

Negara yang di dalamnya ada ramai kanak-kanak seperti Nurin Jazimin dan Dirang yang hilang kemudian ditemui mati!

Negara yang di dalamnya rumah Mawi dan Yb yang begitu selamat pun dimasuk perompak dengan parang!

Negara yang di dalamnya pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim pun tak selamat berceramah hinggakan kereta kemek dan cermin kereta pecah!

Negara yang di dalamnya, pemerintahannya ialah Najib Razak seorang Presiden Umno yang lembek!

Dibawah dipetik dari Suara Keadilan 59:

Rakyat Malaysia, khasnya remaja perempuan semakin tidak selamat di era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. Ini berikutan lebih 4,000 individu dilaporkan hilang sejak Najib mentadbir negara pada April 2009 dengan sebahagian besarnya merupakan remaja perempuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dipetuk berkata, sejak 2009 hingga Februari tahun ini, majoriti dari 4057 yang dilapor hilang itu merupakan remaja perempuan.

Terkejut dengan statistik polis itu, Ketua Seri Kandi KEADILAN Siti Aishah Shaik Ismail melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar pemerintahan Najib.

"Bagaimana, sejak Najib jadi PM, sekurang-kurang tiga hingga empat orang rakyat Malaysia hilang dalam sehari dan lebih membimbnagkan majoritinya adalah adik-adik remaja perempuan kita.

"Saya difahamkan antara faktor remaja itu hilang kerana tekanan dan masalah keluarga selain hilang ketika keluar mencari pekerjaan.

"Ini membuktikan kos sara hidup rakyat tinggi, maka rakyat tertekan dan lebih malang ianya gagal difahami Najib kerana Presiden Umnn itu lebih mengutamakan pengagihan wang rakyat untuk kroni elit yang rapat dengan pemerintah," tegasnya.

Sehingga Februari lalu 60 peratus daripada 4057 yang dilaporkan hilang itu belum ditemui dengan majoritinya merupakan remaja perempuan.


Thursday, March 29, 2012

Kakitangan kerajaan, guru-guru dan para pensyarah, siaplah kamu....

......mungkin pada tahun 2017, 1018 dan 2019 gaji kakitangan dan pegawai kerajaan tidak boleh dibayar selagi Umno /Bn memerintah!

Hutang cecah 100 peratus tahun 2019

Oleh Saidah Hairan


Kajang: Pemangku Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, scenario hutang di Malaysia sangat menggerunkan dengan peningkatan daripada RM266 bilion pada tahun 2007 menjadi RM456 bilion pada akhir 2011.


Katanya, ini hutang yang sangta tinggi dan lebih menggerunkan lagi hutang rakyat telah mencapai lebih RM700 bilion.


“Ia menunjukkan setiap rakyat yang berkerja di Malaysia puratanya berhutang sebanyak RM30,000 seorang,” katanya.


Dr Anuar menegaskan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan berhutang dengan hutang perumahan sebanyak 60 peratus; kenderaan 30 peratus; manakala 10 peratus hutang peribadi iaitu kad kredit atau PTPTN.


“Hutang PTPTN ini jangan dipandang remeh sebab di Amerika Syarikat hutang PTPTN telah mencapai 1 trilion,” tegasnya.


Menurut beliau, jika pendapatan negara dibanding dengan hutang negara peningkatan tahap hutang melebihi kadar di pendapatan seperti yang berlaku sekarang.


Katanya, jangkaan pada tahun 2009 hutang Negara akan mencecah 100 peratus dan masa itu negara akan jatuh bankrap.


Beliau yang mahir dalam bidang ekonomi berkata, jika dicampurkan hutang rakyat dengan hutang negara berjumlah melebihi RM1.2 bilion.


“Hutang rakyat kedua tertinggi di Asia, ini akan menjadikan harga barang-barang meningkat, hutang tinggi. Saya nak ingatkan pekerja-pekerja kerajaan, guru-guru dan pensyarah di institusi awam mesti berhati-hati,” katanya.


Dr Anuar menjangkakan mungkin pada tahun 2017, 1018 dan 2019 gaji kakitangan dan pegawai kerajaan tidak boleh dibayar.


Ini kerana tegasnya perkara tersebut telah berlaku di Ireland apabila tiada siapa yang menyangka gaji guru-guru dan pensyarah tidak dibayar hampir tiga bulan.


“Hanya gaji doctor sahaja dibayar kerana bimbang doctor lari sebab ada pesakit di hospital yang perlu dirawat,” jelasnya.


Sehubungan itu beliau menegaskan rakyat perlu bahawa Negara tidak lama lagi akan bankrap jika dasar kerajaan BN dikekalkan.


Menurut Dr Anuar, kerajaan Bn menggalakkan rakyat berhutang seperti hutang rumah sehingga 60 tahun begitu juga dengan hutang kereta sehingga 10 tahun dan yang kaya adalah puak-puak kapitalis.


Sebab itu katanya, PRU 13 merupakan peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat mencipta kemenangan disebabkan scenario ekonomi Negara dan dunia sangat meruncing.


Katanhya, kegagalan system kapitalis di Barat dan Eropah sehingga menyebabkan gaji pekerja tidak dibayar dan bertambah malang di Portugal pencen hanya dibayar 1/3 sahaja.


Beliau juga menjangkakan perkara itu tidak mustahil akan berlaku di Malaysia jika rakyat masih mengekalkan kerajaan BN.


“Perkara yang sama akan berlaku. Pasti berlaku kerana system kapitalis, hanya 1 peratus rakyat memiliki 99 peratus kekayaan negara,” katanya.


Sebanyak 99 peratus rakyat merana dan hanya 1 peratus sahaja yang mampu menjadi jutawan dan orang terkaya di Malaysia di antara 1/40 memiliki 68 bilion harta, tegasnya.


Sumber: Harakah cetak Bil1729

Wednesday, March 28, 2012

Slogan baru kerajaan Najib: Hutang Tajudin dilupuskan, Hutang pelajar didahulukan!


Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.

"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.

"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.

Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.

"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.

Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.

"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.

"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 juta. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.

"Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya.

Mohamad meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.

"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.

"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,

Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.

"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya.


Sumber:harakahdaily

Tuesday, March 27, 2012

Selain kos harga barang beban bayaran persekolahan anak-anak pun semakin besar, macam sekolah swasta pulak dah!

Perlu juga dilihat kos sekolah anak-anak semakin mahal semenjak yuran sekolah dihapuskan. Katanya pihak sekolah telah semakin kurang mendapat peruntukan untuk operasi pentadbiran mereka. Ada yang dikurangkan? Atau peruntukan lambat diterima? Hinggakan pihak sekolah nak beli kertas untuk latihan, modul, ujian dan peperiksaan pun semput!

Apabila ini berlaku pihak sekolah terpaksa menggunakan mekanisma yang dicadangkan kerajaan ia itu boleh pungut sumbangan tambahan untuk pendidikan dan program kecemerlangan pelajar dari ibubapa asalkan mendapat kebenaran Mesyuarat Agung PIBG. Biasanya ibubapa tiada pilihan lain dalam mesyuarat Agung tersebut melainkan terpaksa menerima rintihan dan cadangan pentadbir sekolah yang semakin tertekan sebab tak wang masuk, sedangkan kecemerlangan dituntut!

Fenomena ini berlaku selepas yuran sekolah dihapuskan oleh kerajaan Umno/Bn, menjadikan sekolah-sekolah kerajaan bagaikan sekolah swasta yang mana setiap kos perlu dibayar. Yuran asrama pun katanya telah naik harga kepada RM3 lebih sehari?

Dalam keadaan tertekan dengan kenaikan harga barang ibubapa seperti kami terus tertekan dengan pelbagai bayaran di sekolah akibat dari peruntukan yang ciput kepada pihak sekolah oleh kerajaan UMNO/BN! Mamposlah kalau macam ni!

Kenaikan harga barang bebanan paling besar


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 27 Mac: Rakyat negara ini benar-benar sedang memikul bebanan dari kenaikan harga barang yang melonjak-lonjak sejak kebelakangan ini.

Ketika sebahagian dari mereka memberikan jawapan mudah iaitu menukar kerajaan yang ada namun isu ini nampaknya tidak semudah itu.

Rakyat ingin tahu bagaimanakah mekanisme pengawalan harga barangan boleh dibuat oleh kerajaan.

Para pengikut facebook Harakahdaily ketika diajukan soalan ini bertalu-talu memberikan respon mereka sebagai petanda isu ini sangat kritikal sekarang ini.

Antara komen mereka adalah:

Paci Oman: "Mengapa kerajaan sukar untuk membendung inflasi, dengan gaji kakitangan kerajaan yang rata-ratanya kurang 3000 termasuk saya, memang sukar untuk meneruskan hidup,.. memang payah jika berjaya pun kerana saya berjaya berjimat, namun tidak boleh menampung kos kehidupan, apatah lagi jika mereka yang punya anak ramai.. jika kita gagal berjimat,.. apa akan terjadi..? Makan batu lah.."

Hapizz Aziz:
Perlu laraskan gaji swsta juga dan harga barang dikawal ketat oleh pihak berwajib. Kuatkuasa bagi syarikat-syarikat besar untuk naikkan gaji.. Barang-barang sperti keperluaan perlu kaji semula.. Contoh ikan di Kuantan kembong-RM14 tetapi di Kedah- RM10 berbeza tetapi Kuantan ada jugak pusat perikanan yang besar tapi harga mahal dari ayam.."

Fazil Fawzi: "Benci dengan kenaikan harga barang..kawan saya yang baru balik dari UK pun mengeluh dengan harga barang yang mahal..kat sana gaji 1000£ cukup untuk hidup.beli barang penuh 1 troli habis dalam +-50£ je..Malaysia? Padahal Malaysia negara pengeluar minyak. Barang buatan Malaysia pun banyak tetapi mahal gak.."

Kajian yang dibuat melalui servey Harakahdaily juga memberikan jawapan yang sama...isu kenaikan harga barang adalah paling menekan rakyat sekarang ini.

Mereka mahu kerajaan BN yang ada atau Pakatan Rakyat yang mahu menjadi kerajaan berbuat sesuatu untuk meringankan bebanan mereka.

Antaranya, mereka memaklumkan, kerajaan hanya baru mengumumkan kenaikan gaji tetapi harga barangan pengguna khasnya sudah melonjak naik.

Berikut adalah pelbagai cadangan yang diberikan oleh mereka:-

1) Tukar kerajaan yang ada kepada kerajaan yang lebih prihatin kepada masalah rakyat.

2) Turunkan harga petrol kerana penurunan harga petrol sepatutnya menurunkan kos barangan dan dengan sendirinya boleh menurunkan harga barangan.

3) Jangan umumkan kenaikan gaji dan biarlah ia berlaku dengan senyap-senyap sahaja.

4) Kaji balik kadar tol

5) Buang menteri-menteri yang tidak pandai buat kerja.

6) Kaji balik cukai yang pelbagai-bagai dikenakan kepada rakyat.

Dapatkan maklumat lanjut dan berikan pandangan anda melalui http://www.facebook.com/harakahdaily

Komen-komen terpilih dari anda:

MaafkanSaya OrgKaya Buat kereta sendiri jual kepada rakyat mcm kereta Jepun tapi bila hantar ke luar negara pandai pula turunkan harga sbb tak setanding spesc kenderaan asing lain..Jual pada Singapura harga ciput jer tp bila tarif air utk rakyat sendiri pun berkira..Nasib duduk Selangor, merasa juga bayar air murah2.

Aziz Ibrahim Penguatkauasa lemah.ada ke patut nk ge tinjau/lawatan bg tahu.pas mereka belah apa lg brg naik semula lah.menteri kata arga cam biasa x ada kenaikan.kan sengal pya menteri tu.betul ke kwn2 semua.

Zarul Maya Hakikat!! Kerajaan hanya mengiktiraf kakitgn kerajaan sebagai rakyat m'sia..pekerja2 swasta kat m'sia ni smuanya umpama pendatang..

Khalim Miswan gaji org kerjaan naik barang pun naik harga.. apa nih? kenapa tangga gaji org kejaan dijadikan kayu pengukur untuk peniaga naikkan harga... kerjaan sepatutnya bendung perkara ni.. kesian la kat orang kampung.. org yang kerja sendiri, org yang pendapatan sederhana...

Mohd Zaidi Ramlan harga barang sentiasa naik.. terimalah hakikat. bumi semakin tua.. iklim yg melampau banyak negara alami bencana alam. kos tanaman meningkat. banyak yg rosak sebab bencana. negara kita pulak banyak bergantung makanan dari luar. minyak pulak semakin susut. kita akui semua itu.. lebih baik kita berjimat dan tingkatkan ekonomi kita kerna yg pasti akan datang lebih perit dari skrg.

Othman H Siru
Inilah tujuan AMNO/BN menyusahkan rakyat, selagi rakyat susah, rakyat mudah terpengaruh dengan BRIM 500rm dan penipuan2 lain. Kalau ramai rakyat sudah senang, rakyat akan tukar KERAjaan penjenayah, perasuah, perompak dan perogol amah.

Osmann Kad Rm500 tu duit pembayar cukai..bukan duit BN. Kita semua ada hak utk dapat rm500.
Pegawai kerajaan setengah juta sahja,,,tapi yg merana 26.5juta... Kami pesara swasta amat kecewa dengan kenaikan harga barang2. Umor dah lebih 60 tahun,,dimana nak cari pendapatan. Nek jadi jaga atau pandu teksi sudah tak daya... RM50,,nak masukan kedalam tabung msejid terlalu banyak,,,tapi kalau dibawa kekedai apa yang boleh dibeli utk makanan sekeluarga bg 5 hari....

Fazil Fawzi
Bler brg naik mule la kuarkn pendapat mngarut.suh mkn ubi kayu la,kentg la..org yg mnyuruh pn lm tentu mkn ape yg die suruh..cube bg gaji kt menteri2 rm2000 sbln..dpt ke diorg survive..

Jawa Satu siapa yg tentukan harga barang.persatuan peniaga. mereka boleh atur dan susun harga.orang islam kena berniaga dan kurangkan menyalahkan orang lain dan buat kerja.kedai satu malaysia jawapannya perlu disokong dan ditambah.harga minyak turun pun depa boleh kawal harga.

Mohd Fazil Che Hamid semua pengeluar brgan dimonopoli,cuba wat pengeluar tu bnyk kit,lesen dikuarkan,dah tntu brg susah nak naik rega..cth:gula..pai dpt gelaran raja lg..

Aida Ahmad Yes... Memang betul. 2 tahun lepas sekali beli barang dapur untuk seminggu baru $200, sekarang dah naik $400 lebih.

Nazri Ismail yaa..saya nak ngadu pasal astro..mahal sgt beratus2 ringgit,paling murah pon 60hinggit..astro untung bilion2..xde astro,siaran susah nak dapat..terpaksa3!!minta perjuangkan hal ini..

Munir Nanie pru13 pakat2 la tukar krajaan lain pulak..knpa takut sangat kalau x undi umn0/bn nihh...umn0 dh memerintah 50 tahun lebih,tp pengurusan negara masih d tak0k yg sama...0rg susah brtambah susah,menteri2 brtambah kaya...

Zack Jakie sy sokong,skrgne jib dh byk melabur duit utk PRU 13,tp hrp maklumlah klu lps PRU 13 nanti smua brg naik.masa tu jgn menyesal,lbh baik baik berfikir dlu sblm mengundi.sesal dahulu pendapatan,tp menyesal kemudian tidak berguna lagi..

Red Wave Kelate Kalo semua rakyat Malaysia hidup senang, nanti apa2 bantuan khas etc utk rakyat nak bagi kat sapa?Maka takde lah 'SERVICE CHARGE' ke apa.. lagipun kalau rakyat hidup senang..akan ter'BUKA' minda sbb cukup mkn & pendidikan..jadi tadak la org bodoh utk di 'janji manis'.

Bersatu Bermuafakat Kenaikan harga barangan hanya menunjukkan bahawa yang menjadi pemimpin negara sekarang tidak pandai mentadbir negara sebebnarnya. Ini adalah hasil amalan mencampur aduk pentadbiran dengan perniagaan membuat pemimpin negara sekarang cair otak tak dapat membezakan apa yg baik dan yang tidak dalam memimpin negara. Mereka menghampirkan negara ke tahap kebobrokan bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan semua aspek kehidupan, lihat sahaja kualiti kehidupan rakyat sekarang.

Red Wave Kelate Mati pun susah maa... kain kapan naik harga,upah org gali kubur pun naik sbb minyak motor dia pun naik harga.

Fajar Nur cakap banyak xguna kita tukar je BN kepada PR pru 13 nanti insyaAllah.

Saiful Adam najib suruh boikot.sume kedai pun naik..takyah makan?huhu.berat 66 anak tun razak sorg tu.

Shin Chan Cukai naik utk tingkatkn pndpatan krajan tapi yg kaya yg kaki sakau yg ada kuasa la..epf dh sakit slesma, felda dh nk gadai tanah, tbg haji tngu kna pinang,proton dh semput,krajaan negeri x pndai byr hutang, tukang tampal poster nk cash..smua dh sakit...

Awin Syakila Sebuah kerajaan yang baik adalah kerajaan yang ambil berat tentang kebajikan rakyatnya, bukan kebajikan puak-puak dia sendiri yang Umno BN amalkan selama ini. Dia orang makin kenyang, makin gemuk, rakyat makin merempat. Kerajaan Negeri Selangor dah buat macam-macam untuk kebajikan rakyat Selangor. Semua rakyat Selangor menikmati kemudahan tersebut. Kalau ada orang tak setuju, cepacepatlah dapatkan rawatan, check mana yang patut.

Sumber: harakahdaily

Sunday, March 25, 2012

Rakyat jadikan PRU13 sebagai tribunal 'menghukum' Najib yang enggan tubuhkan tribunal menyiasat dakwaan Datuk Ramli!

Bolehkah Najib Razak yang telah hilang integrity itu diharap untuk tubuhkan tribunal menyiasat Peguam Negara dan Bekas Ketua Polis Negara? Jangan harap!

Kenyataan Najib Razak bahawa pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusof sebagai hanya sebuah dakwaan, menggambarkan bahawa Najib Razak seorang yang telah hilang ketelusan dalam mentadbir negara ini.


Kalau benar kenyataan Datuk Ramli itu hanya sebagai dakwaan maka tribunal-lah yang sepatutnya digunakan untuk menyiasat dakwaan itu sama ada ianya sahih atau tidak. Bagi Najib bukan tribunal patut digunakan, cukup hanya dengan kenyataan tak perlu dari mulut merah-nya sahaja!


Kalau begitu, kita, rakyat jangan mengharap apa-apa jenis tribunal pun dari kerajaan Najib lagi kerana Najib seorang pemimpin yang paling kluk klek. Sekarang sampailah masanya untuk rakyat menjadikan PRU ke 13 nanti sebagai tribunal bukan saja untuk menghukum Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara malah dengan Najib dan team kabinetnya sekali!


Maka seluruh rakyat perlu jadikanlah PRU ke 13 sebagai tribunal yang paling sahih, bukan tribunal yang diharapkan daripada kerajaan yang sifar integrity dan ketelusan Najib Razak!


Baca sini: malaysiakini