Followers

Saturday, March 24, 2012

Mat Sabu dengki!

Apalah Bang Mat ni, dengki ka? Abang Mat jangan menghasut, kalau orang-orang kampong dan orang Felda tak sokong Umno, pemimpin Umno macam Sharizat nak makan apa? Kroni Umno macam Tajudin, nak hidup senang macam mana? Bini Najib nak beli beg tangan mahal susahlah! Anak Menteri yang cekik leher orang, nak kebal undang-undang macam mana? Mereka akan hidup melarat tau tak! Mereka akan hilang gaya hidup mewah, reti tak! Mereka akan ramai masuk lokap, tahu tak! Apalahh!

Orang-orang Melayu kampong dan felda atau di mana-mana yang masih setia dengan Umno, tak sanggup melihat hidup pemimpin Umno melarat. Kesian mereka tau tak!

Abang Mat tolonglah, orang-orang yang nak pangkah Umno, tak mahu para pemimpin Umno mereka, pakai kereta second hand atau recond macam kereta abang Mat!

Biarkan mereka dengan Porche mereka, bang Mat! Biarkan mereka dengan Mercedez mewah mereka, biarkan...biarkan Bang Mat!

Bang Mat jangan dengki, tak apa menjadi pengundi bodoh sungguh demi mereka, nak buat cam mana!

Mereka yang masih nak undi Umno tetap nak Umno selagi Umno berusaha menyusahkan mereka, tak apa! Mereka tak nak undi Pakatan Rakyat kerana PR teruk, adakah berjanji nak menyenangkan rakyat yang ramai tapi nak menyusahkan pula kehidupan dan kemewahan Najib, Rosmah, Sharizat, Noh Omar, Nazri Ajis, Ahmad Maslan, Zahid Hamidi dan yang sereban dengan mereka ini!!. MANA BULEEHH!!!?

Okaylah tu Bang Mat, Tajuddin dapat RM589juta seorang, rakyat 20 juta dapat RM500 setiap seorang! Adil, apa! Puak-puak tu buat mesti adil punya! Kan mereka ada seorang pemimpin yang mencontohi kesederhanaan Rasulullah !???


Kroni dapat RM589juta, rakyat dapat RM500 je


Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Sumber:harakahdaily

Friday, March 23, 2012

Tawaran buat anak-anak muda IPT!

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan janji Pakatan Rakyat kepada anak-anak muda yang telah, sedang dan akan belajar di IPT bahawa jika Pakatan Rakyat boleh membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU ke 13, PTPTN akan dihapuskan.

Anak-anak muda yang terbeban dengan hutang menjadi pihak yang dijajah oleh kerajaan Umno/Bn untuk mudah dicucuk hidung buat di hala ke sana ke mari.

Soalnya, sampai bilakah anak-anak muda yang telah, sedang dan akan terpaksa meminjam PTPTN, rela dicucuk hidung macam kerbau dan lembu dan seterusnya dijajah oleh kerajaan Umno/Bn?

Alangkah bahagianya anak-anak muda jika Pakatan Rakyat menang kerana hutang PTPTN mereka akan dimansuhkan. Namun demikian, alangkah malangnya anak-anak muda Malaysia jika Umno/Bn terus menang dalam PRU 13 nanti kerana mereka akan terpaksa terus membayar hutang! Syabas!





Anak kita seorang demi seorang perlu terus bayar hutang PTPTN, hutang RM596 juta Tajuddin seorang dilupuskan. Hidup 1Malaysia.

Setelah satu keluarga dapat RM25o juta untuk bela lembu yang akhirnya turut memiliki kondo lembu dan sebagainya, rakyat marhaen seronok sakan dapat BR1M RM500 yang hari ini wang BR1M itu telah menjadi taik dan dan kian menjadi sejarah lampau yang hanya untuk diceritakan kepada anak-anak cucu!

Kini anak-anak kita di IPT terus terpaksa membayar hutang PTPTN dalam keadaan keluar daripada IPT tanpa ada kemahiran dan jaminan kerja, manakala Tajuddin Ramli seorang taukeh besar yang berhutang RM589 juta, hutangnya itu dilupuskan.

Alahai, malangnya menjadi Tajuddin Ramli! Dan bertuah besar menjadi anak-anak rakyat marhaen yang sedang dan bakal belajar di IPT.

Demi nusa bangsa, negara, para pemimpin Umno dan Rosmah Mansor tercinta, dengan bodoh dan bangangnya marilah terus puak-puak Umno yang lemah otak pangkah Umno untuk terus memelaratkan hidup kita. Tak apalah hidup kita meralat dan terbeban asalkan jangan para pemimpin Umno kita! Sesungguhnya hanya dengan kemelaratan hidup kita barulah para pemimpin yang tercinta boleh terus berkuasa dan Rosmah Mansor tercinta boleh terus berbelanja!! Hidup 1Malaysia! Hidup 1Malaysia!! Hidup 1Malaysia !!! Mampos Rakyat!!! Padan muka kita!!! Tak apa, pangkah Umno lagi!!


Hutang RM589 juta Tajuddin Ramli dilupuskan


Hafiz Yatim


Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Sumber: malaysiakini

Thursday, March 22, 2012

Dah merdeka 54 tahun, tak beberapa tahun lagi tahun 2020, masalah ini masih berlaku! Menteri-menteri pelajaran Umno bercakap sahaja banyak!

20,332 pelajar tercicir, 112,346 salah laku setahun

Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketika negara sedang meraikan kegembiran ekoran kecemerlangan pelajar SPM yang cukup membanggakan, namun ada perkara yang perlu dipandang serius.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) memberitahu seramai 20,332 pelajar tercicir dalam pelajaran setiap tahun.

Manakala jumlah murid yang terlibat dengan salah laku disiplin secara keseluruhan dalam tempoh 2007 hingga 2010 pula pada kadar purata 112,346 orang setahun.

Jumlah murid yang tercicir dalam pelajaran akibat salah laku dan peraturan disiplin sekolah pada tahun 2007 seramai 1,834 murid dikenakan hukuman buang sekolah.

Tahun 2008 seramai 1,848, tahun 2009 seramai 1,534, tahun 2010 seramai 1,348 manakal tahun 2011 seramai 1,131 murid dikenakan hukuman buang sekolah.

Walau bagaimanapun, murid-murid yang dikenakan hukuman buang sekolah akan diberikan peluang kedua untuk bersekolah selain daripada sekolah asal.

Menurut Zailah, masalah keciciran perlu dipandang serius kerajaan kerana punca dari masalah itulah ramai pelajar terjebak dengan gejala sosial yang amat membimbangkan.

"Kena buang sekolah, mereka tidak ada aktiviti hendak dibuat dan disinilah mereka mula mencuba pelbagai kegiatan yang tidak berfaedah bermula dengan lepak, akhirnya dadah, pecah rumah, samun, ragut dan bermacam-macam lagi," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Siti Zailah dalam soalannya meminta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.

Sumber:sini

Tuesday, March 20, 2012

Tan Sri Keluar Umno dari Umno yang kian membusung!

Sudahpun diketahui orang ramai bahawa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil meninggalkan Umno. Makna Tan Sri keluar Umno, tak mahu jadi ahli Umno lagi! Bukan ahli Umno lagi! Tak ada feel lagi pada Umno. Boleh dikatakan macam menyampah dengan Umno terutama dengan kepimpinan Umno!

Semua orang tahu, dalam Umno Tan Sri Kadir orang hebat. Pernah jadi MT Umno, Menteri Umno, dan banyak pegang tugas penting dalam uMno. Bukan setahun dua begitu. Tan Sri begitu sudah berpuluh tahun. Akhirnya Tan Sri keluar dari Umno, tak mahu atau tak rela menjadi ahli Umno lagi!

Tan Sri keluar Umno bukan tak sayangkan Umno, bukan benci Umno tapi kerana Umno kini sudah sesat barat dari pelbagai segi seperti dari segi aqidah, integriti, amanah, janji, perangai pengelat dan seribu saru perangai busuk Umno kian membengkak kini.

Sepatutnya orang yang banyak berjasa kepada Umno, yang perlu lebih snetimental dengan Umno, tidak tinggal Umno, tapi Tan sri tidak macam ahli-ahli Umno yang lain. Ahli-ahli Umno yang lain sedar Umno busuk, busung dah pecah namun tetap nak berada dalam kebusukan Umno, konon kerana Umno banyak jasa kepada orang melayu, Umno parti Melayu, Umno menjamin hak orang Melayu, Umno pejuang kemerdekaan dan kalau Umno tak perintah Malaysia, 'makan ubi kayulah kita !".

Begitu lah orang Melayu yang telah terperangkap dalam perangkap pemandiran yang dipasang oleh Umno sekian lama, hingga ahli-ahli Umno yang lain gagal berfikir dan bertinfdak seperti Tan Sri Kadir yang begitu lama berkhidmat kepada Umno.

Nampaknya ahli-ahli Umno yang lain masih 'tidak cerdik' berfikir kerana sayangkan Umno yang dah membusung itu. Bila busung meletup nanti semua yang berada dikelilling-kelalangnya akan terkena busuk itu!

Semoga Tuan Dato Ir Phahrolrazi dapat bersabar !

Nampaknya Ir Phahrolrazi terus bercakap kepada media di waktu yang tidak perlu dan tidak sesuai buat jemaah.

Tuan Dato Ir, Mungkin anda betul atau mungkin juga anda salah dalam perbezaan pandangan itu. Namun betulkah anda atau tidak salahkah anda, menggunakan media umno/bn bukan caranya untuk anda membela diri anda secara tidak cerdik buat jemaah ini.

Gunalah mekanisma dalaman parti untuk anda melahirkan pandangan berbeza anda. Atau lebih baik berehatlah dahulu daripada berkata-kata sehingga selepas pilihanraya.

Adalah sangat dibimbangi, jika ada sayup-sayup di hati anda merasakan anda tidak gentar langsung kepada tindakan parti terhadap anda jika anda menjadi keterlaluan kerana mungkin merasakan sebarang tindakan parti akan merugikan parti sendiri.

Ingatlah Tuan Dato Ir, bagi parti yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya, sama ada rugikah untuk parti atau tidak rugikah apabila tindakan diambil, bukan menjadi perkiraan penting. Jika ahli itu telah menyusahkan perjalanan jemaah dalam menuju matlamat perjuangannya, ahli itu tetap akan diucapkan sayonara bila-bila masa!

Hati-hati Tuan Dato Ir Phahrolrazi, anda adalah seorang yang berbakat dalam kepimpinan jemaah, anda boleh pergi lebih jauh dari kedudukan sekarang jika anda lebih sabar dan sama-sama menjaga jemaah kita!

Monday, March 19, 2012

Nalla karupan latah juga ...epocot!

Yang sedapnya bila nalla melatah "(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

Cheh....Berani konon, Anwar ajak berdebat, takut!

Ikhlass.....Pu'ett!!! Tunangkan anak pun guna duit....HAA...!!!!

Melakukan yang terbaik untuk rakyat....taik kucing....!! Harga minyak tak turun-turun! SBPA pun batal!!! Semua tak menjadi!!

Piigi dah!!


Nallakarupan Dakwa anwar Tidak Layak Pimpin Negara

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

"Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.

"(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.

"Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau," katanya. - BERNAMA

Sumber:mstar.com.


Bolehkah dosa -dosa Umno Bn ini dimaafkan?

1. Skandal PKFZ Pelabuhan Klang RM12 bilion
2. Bersekongkol dengan anasir Israel-Zionis, Apco Worldwide dan bayaran RM77 juta setahun.
3.Royalti ditukar kepada wang ehsan di Trengganu (2004-2007) RM7.4 bilion.
4.Projek Lembu NFC kepada kroni Umno RM250 juta.
5.Skandal rasuah kapal selam kepada kroni Umno RM500 juta.
6.Pembaziran PPSMI selepas 10 tahun - RM3.2 bilion.
7.Stadium Gong Badak di Trengganu runtuh - RM292 juta
8. Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menjunam rendah dalam sejarah pada tahun 2011.
9. Hutang negara mencecah RM456 bilion dan melepasi kadar yang dibenarkan.
10. Skandal kewangan Tun Dr Mahathir berjumlah hampir RM100 bilion?
11. Rampas Perak dari Pakatan Rakyat secara tidak demokratik
12. Pembaziran besar apabila melaksanakan SBPA yang kemudian dibatalkan.
13. Mengamalkan politik bodoh sombong dengan mengarahkan samseng-samseng dan tidak matang mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
14. Berjahat dengan SPR untuk mewujudkan Pilihanraya yang berat sebelah.
15. Dan macam-macam lagi dosa Umno yang bertimbun-timbun.

Bolehkah Umno Bn dimaafkan?