Followers

Saturday, March 03, 2012

Kalau tak selesai hari ini, Kerajaan PAS Kedah bakal tertonggeng!

Hari ini seluruh kepimpinan PAS Pusat turun ke Kedah untuk menyelesaikan 'perangai taik minyak' beberapa orang pemimpin Kedah yang mampu mengakibatkan Kerajaan PAS Kedah tertonggeng dalam pRU 13 nanti.

Penulis kata 'perangai taik minyak' kerana kalau kononnya nak zahirkan perbezaan pandangan dan pendekatan sangat, sabarlah dulu, tunggulah lepas pilihanraya, ini tak, tak sabar-sabar! Kerajaan PAS Kedah baru setahun jagung, ubun masih lembik dalam mengahadapi kerenah dan kejahatan Umno/Bn, pemimpin PAS Kedah dah berlagak terer!

Kalau hari ini tak selesai jugak selepas pertemuan dengan para pemimpin pusat, memang para pemimpin pas dalam kerajaan Kedah tu bodoh sombong. Dalam keadaan sekarang, hari ini, rakyat terutama ahli PAS cabok yang macam penulis ini tak mahu dengar apa jugak alasan, yang kami nak, perkukuhkan Kerajaan PAS Kedah segera... !! Jangan habiskan duit ahli dengan pertemuan mahabah..pertemuan mahabah! Berapa kali nak mahabah?

Belajarlah dari Kerajaan PAS Kelantan, mungkin tak semua yang berada dalam kepimpinan kerajaan Kelantan bersetuju dengan Tok Guru dalam hal tertentu, tapi cerdik punya pasal, tak lah mencari waktu saat-saat nak pilihanraya! Ini apa ni, tarik dirilah, tak nak dilantik semulalah...menyampah tahu tak! Tanpa tarik diri exco tak bolehkah nak tegur Menteri Besar? Bukankah PAS ada Mursyidul Am, Presiden, Lajnah Politik, tunggul kayu kah semua itu?

Sebelum imej PAS tercalar dan rosak teruk, tolong muhasabah diri anda semua wahai para pemimpin PAS! Tolonglah, kerajaan kita bukan macam kerajaan Umno Bn sekular, matlamat menghalal cara, kita kerajaan Islam, ada syarak, ada akhlak, ada sabar, hati panas kepala sejuk, ada pemaaf dan ada taqwa!




Friday, March 02, 2012

Najib nak simpan kat mana sisa Lynas tu agaknya? Dekat Sungai Miang Pekan?

Hari ini Najib PM berjanji untuk membuang sisa Lynas jauh dari penempatan penduduk. Najib menafikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Umno/Bn ini adalah kerana bantahan rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat. Najib berkata tindakan itu dibuat untuk menjamin keselamatan rakyat. Kahkahkahkah!!!Begitu dan itulah Najib sebenarnya!

Demi menjamin keselamatan rakyat dari ancaman radioaktif sisa Lynas, Najib hanya mampu meletakkan sisa itu katanya jauh dari penempatan penduduk yang tempat atau kampungnya masih belum dipastikan lagi!

Di pihak pimpinan Pakatan Rakyat pula seperti yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim dalam Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan Sabtu lepas, jika mereka menguasai Putrajaya, Lynas akan diberhentikan serta-merta demi kesihatan dan keselamatan rakyat.

Amacam? Yang mana tawaran yang paling munasabah buat kita, rakyat? Jom kita tentukan keputusan kita dalam PRU 13 nanti! Aku ABU! Ngko?

Chandra Muzaffar dah tak ada apa hendak dianalisis, buat lawak jelah!

Antara pencacai utama Umno Najib hari ini ialah Chandra Muzaffar. Hari ini dia buat lawak dalam tulisannya tapi lawak bodoh. Analisis canggihnya berbunyi “Amerika Syarikat sukakan anwar dari Najib”. Dah tu kenapanya?


Agaknya kalaulah Tuan guru Haji Hadi menjadi tokoh paling utama Malaysia yang menentang Umno/Bn, sah penganalisis canggih manggih ini akan mengeluarkan pandadangannya, “Taliban sukakan Haji Hadi bukan Najib”.


Kalau setakat begitulah analisis politik yang dibuat, rasanya ramai orang boleh, tak payahlah Chandra muzaffar!


Nampak sangat Najib didedahkan bersungguh-sungguh mahu berbaik dengan AS tapi tak laku! Walaupun kerajaan Najib berdagang dengan Israel, membenarkan kapal dagang Israel berlabuh dan turunkan barangan di pelabuhan kelang, membawa masuk ahli sukan Israel, m,engupah media asing untuk promosi diri, guna sang Apco penasihat Yahudi, Najib tetap tak laku!


Kesimpulannya kalau lah Chandra dakwa AS lebih sukakan Anwar berbanding Najib, sebenarnya bukanlah sebab Anwar itu selari dengan Amerika Syarikat, tetapi memang dah semua orang di mana-manapun memang tak sukakan Najib….mana nak suka, tak ada karisma, tak ada prinsip, tak ada pendirian, tak ada idea, lemah dan alahai ‘kalah’ dengan orang sebelah kot ?


Dahlah Chandra, tak usah mengarut!


AS lebih sukakan Anwar dari Najib, kata Chandra


Bekas pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata Amerika Syarikat kini lebih cenderung menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Chandra (foto) berkata, keadaan itu berlaku walaupun Najib telah berusaha memperbaiki imej Malaysia di kaca mata AS, malah turut menggunakan khidmat firma perhubungan awam Apco untuk tujuan itu.

"Hubungan peribadi Najib dengan Presiden AS, Barack Obama sepatutnya 'cemerlang', tapi amat sukar difahami apabila kuasa yang membentuk sikap Washington terhadap politik Malaysia dan pemimpin politiknya mungkin lebih menyukai Anwar berbanding Najib atas beberapa sebab," tulisan itu dipetik.

Dalam tulisannya di Malaysiakini hari ini, Chandra berkata salah satu sebab utama ialah "hubungan intim" Anwar dengan jaringan pelobi berpengaruh yang disifatkannya sebagai "deep state" dalam sistem negara AS.

Sedangkan, Najib mungkin hanya mempunyai hubungan secara formal dengan pemimpin dan negara itu, kata Chandra lagi dalam tulisan yang turut mempersoal tumpuan AS dalam "perubahan rejim."

Persoalan itu ditimbulkan dalam satu tulisan blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya Malaysia turut menjadi sasaran "perubahan rejim" AS, tulisnya.

Chandra juga menyebut, Calon AS untuk mengetuai rejim baru yang menyokong dasar AS itu tidak lain daripada Anwar.


Chandra turut mengaitkan Anwar dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan juga jawatan Anwar di Foundation for the Future – pertubuhan yang didakwa ditubuhkan untuk mengukuhkan hegemoni AS-Israel di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.

Turut dikaitkannya ialah hubungan Anwar dengan bekas naib presiden negara itu, Al Gore yang antara lainnya turut menulis bersama Wolfowitz di akhbar The Washington Post untuk menuntut supaya kerajaan Malaysia bertindak dengan "cerdik" dalam kes Liwat II yang dihadapi Anwar.

sumber:malaysiakini

Wednesday, February 29, 2012

Najib cari penyakit tuduh Kelantan paling miskin! Bungkuslah Tok Pa dengan Awangnya!

Hahahaha….Najib…Najib! Sepatutnya sebagai Perdana Menteri Najib, tidaklah ikut cara Mahathir bercakap, merapu!!! Bercakap biarlah ada fakta, mentang-mentanglah bercakap dengan orang kampong di Sabah, main hentam saja. Atau memang tak pandai nak baca data?

Indeks kemiskinnan Kelantan 4.8, Sabah 19.2

Aslani M

KOTA BHARU, 29 Feb: Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).

Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.

Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.

“Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.

“Atau sememangnya Dato’ Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini,” katanya di sini.

Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang.

Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang.

Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali.

“Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta.

“Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa,” katanya.

Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia.

Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak.

“Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut,” ujarnya.

Sumber: harakahdaily

Tuesday, February 28, 2012

Batalkan akhbar The Star segera! Akhbar ini berbahaya kepada perpaduan negara!

The Star akhbar MCA yang kurang ajar itu, tidak wajar dituntut permitnya hanya digantung tetapi wajib diBATALkan terus permit. Kerana sikap tidak sensitif terhadap umat Islam yang tidak menyentuh apa-apapun hak anutan MCA, umat Islam amat kecewa dengan akhbar ini.

Nampaknya 'pendidikan' anti Islam yang diajar oleh Chua Soi Lek telah diterima pakai oleh akhbar sahabat karib Umno ini.

Kamu tidak mahu menyembah Allah dan tidak mahu mengaku Allah itu Tuhan kamu setelah diberitahu bahawa Allah itu Tuhan kepada segala makhluk, ikut pandai kamu lah, yang kamu pergi paparkan gambar tatoo bertulis Allah ditubuh erykah itu untuk tujuan apa, kalau tidak bertujuan menghina Tuhan umat Islam. Kamu memang tahu hal ini wahai akhbar MCA the Star tetapi kamu tetap melakukannya. Kamu jahat!

Kami umat Islam yang taat kepada perintah Allah mengutuk perarakan kepala lembu oleh kuncu-kuncu Umno dahulu. Kamu pula yang menghina agama Islam! Kamu biadap The Star! KDN dan JATI, mana JATI!! ? Batalkan permit akhbar the Star segera, jika tidak akhbar ini mungkin akan menghina agama Islam lagi buat kali ketiga! Umat Islam tidak boleh terima perangai bodoh the Star ini!

Monday, February 27, 2012

Sikap cakna dan prihatin orang Melayu terlalu rendah dalam isu-isu penting seperti isu Lynas

Dalam banyak perkara nampaknya sikap ambil berat dan keperihatinan kebanyakan orang Melayu masih di tahap yang terlalu rendah. Mereka terlalu fobia dengan istilah politik lantas semua isu-isu yang dikaitkan atau akan dikaitkan dengan politik terutama apabila membabitkan politik pembangkang kepada Umno/Bn, akan dijauhi. Mereka akan merasa selamat apabila membicara hal politik dalam ruang lingkup Umno/Bn sahaja.


Membicarakan isu-isu yang ditentang oleh Umno/bn akan mendatangkan rasa takut kepada mereka. Baik mereka peniaga kecil, orang kampong mahupun kaki tangan kerajaan dan swasta jika mereka orang melayu, mereka akan berbisik, ‘jangan campur hal politik, kita diam sudah, nanti kena susah….!!’. begitulah mentality fobia sebahagian besar di antara mereka.


Kelmarin penulis yang turut menghadiri Himpunan Hijau di Kuantan mendapati ramai kaum Cina yang hadir. Bagi penulis sepatutnya orang Melayu lebih ramai yang patut hadir, daripada jumlah yang hadir pada hari itu. Ini menggambarkan sikap tidak ambil kisah, tidak prihatin dan fobia (takut) kepada Umno/bn begitu ketara.


Dalam perjlanan ke Kuantan penulis terserempak dengan seorang kawan lantas memberitahu kami hendak ke himpunan hijau di kuantan. Dan penulis memberi tahu kawan penulis itu bahawa dia lebih patut hadir sama kerana dia tinggal di Kuantan. Malangnya jawapan yang diberikan cukup bersahaja, “ah…kalau apa-apapun rumah aku tak kena, jauh, 20km dari lynas!”.


Penulis rasa cukup sedih dengan jawapan yang diberikan oleh kawan penulis itu. Dengan alasan itu dia tidak ambil inisiatif untuk hadir sama sedangkan dia telah pun pencen. Katakanlah memang tak kena kepada dia dan keluarganya seperti yang didakwa, namun apakah direla kesan radioaktif itu kena kepada orang lain? Inilah yang penulis kata betapa tidak perihatinnya kita orang melayu dalam isu-isu seumpama ini.


Seorang lagi sahabat yang penulis jumpai yang masih berkerja, apabila penulis tunjukkan buku “Mengapa kita harus tentang Lynas?”, sahabat ini tertanya-tanya, “apa benda Lynas? Eh ada kilang radioaktif ke kat Kuantan? Tak dengar cerita pun?”.


Inilah dia jika kepala hotak siang malam mengadap Utusan, Berita dan tv3, orang sudah hebuh satu dunia, awak selesa dijadikan katak bawah tempurung oleh Umno dan BNnya! Sedih melihat sikap orang Melayu yang macam ini. Sepatutnya sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam merekalah orang yang paling prihatin terhadap keselamatan alam sekitar dan kehidupan serta nyawa manusia kerana Islam agama mulia ini mengajar begitu!


Seorang lagi orang kampong yang penulis temui, apabila diberitahu akan ke Himpunan Hijau di Kuantan, lantas dia memberi amaran, ‘pergilah ngko…nanti kena tangkap baru tahu!”. Laa…nak pergi untuk bersama dan memberi sokongan selamatkan alam sekitar bumi hijau ini dari pencemaran radioaktif yang boleh meragut nyawa manusia yang tidak berdosa, akan ditangkap?


Bilalah agaknya pemikiran kita bangsa Melayu ini hendak berubah menjadi bangsa yang tinggi pemikiran kemanusiaannya? Himpunan Hijau di Pulau Pinang pun segelintir orang Melayu juga yang buat kacau sehingga mencederakan orang yang tidak bersalah!


Apa ni….? Sudahlah kita turut Umno, semakin rosak fikiran kita orang Melayu! Berubahlah, ABU (Asal Bukan Umno)!


Sunday, February 26, 2012

Umno kian mabuk dalam pertahankan kuasanya

Sikap para pemimpin tinggi Umno yang sejak akhir-akhir ini sentiasa 'mengarahkan' ahli-ahli, pemuda-pemuda dan ngo-ngonya dan mungkin 'polisnya' mengganggu ceramah Pakatan Rakyat adalah sikap panik yang menunggu masa untuk kecundang.

Para pemimpin Umno nampaknya semakin tumpul idea untuk berbahas telah menggunakan kaedah paling bangang dalam mempertahankan kuasa mereka. Apa yang berlaku di Sembrong tempoh hari adalah gambaran ketumpulan otak Umno.

Apakah dengan cara menggunakan gangster seperti yang berlaku di Sembrong itu akan mampu menarik minat rakyat kepada Umno. Bagi penulis hanya rakyat yang bodoh SAHAJA yang merestui tindakan ganas Umno itu
.