Followers

Saturday, February 18, 2012

Najib kelentong rakyat Sabah kerana anggapan Najib rakyat Sabah mudah dikelentong!

Perdana Menteri Umno/Bn, Najib berkata bahawa negeri Sabah sudah tidak menjadi negeri yang termiskin lagi di Malaysia. Lantas serentak dengan itu Najib kata negeri Kelantan negeri yang termiskin sekarang!

Dengan kata-kata Najib itu kadang-kadang kita kesian melihatkan Najib Razak. Beliau bercakap macam orang tidak sedar atau orang sedang 'ting tong". Najib sudah tidak kira lagi sama ada orang percaya atau tidak cakapnya, janji bercakap! Najib tak kisah logik atau tidak kata-katanya, janji berkempen!

Mentaliti Najib sewaktu bercakap itu seolah-olah menganggap orang Sabah macam katak di bawah tempurung maka itu tak pandai berfikir. Betulkah rakyat Sabah begitu?

Munasabahkah, negeri Kelantan yang dituduh Najib Razak sebagai termiskin di Malaysia ,sedang berusaha membina lebuh raya Kota Bahru-Kuala Krai sendiri setelah selama ini kerajaan persekutuan Umno/Bn buat pekak bedak terhadap projek itu?

Kalau Sabah dah tak miskin macam Kelantan. Kerajaan Bn Sabah binalah lebuh raya yang begitu dhaif di Sabah itu dengan peruntukan kerajaan negeri sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat macam yang sedang kelantan mahu lakukan! Entah-entah kerajaan Bn Sabah nak buat tandas awam pun tak mampu guna duit kerajaan negeri!

Nampaknya Najib bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan penilaian orang terhadap kata-katanya. Orang akan menilai Najib sebagai Perdana Menteri penipu yang bodoh sombong bila menuduh tanpa fakta konon negeri Kelantan sebagai termiskin kerana kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan mampu membina lebuh raya sendiri dan mampu pula melangsaikan hutang kerajaan pusat sehingga hampir selesai berbanding negeri-negeri yang diperintah oleh Umno/Bn seperti Pahang, Negeri Sembilan , Perak mahupun Perlis!

Patutlah Rosmah yang banyak terima 'anugerah' itu ini berbanding Najib!

Anugerah sempena nama dia pulak dah!! Dunia...dunia...gilo apo!

Suami berhempas pulas menentukan talian hayat partinya , isteri ke sana ke mari tersongeh dengan pelbagai anugerah dan hadiah. Suami kolam kabut dengan RM80 juta nak pulih imej, isteri sibuk sakan terimo anugerah berbagai! Suami kecoh 'disondol' lembu kondo, isteri sibuk shoping sana sini. Suami poning nak tentu tarikh pilihanraya, isteri pula yang banyak promosi diri!


Tak lama lagi katanya, nak buat anugerah sempena nama dia pulak dah! Macam anugerah Ibrahim Ali kat Uitm dulu je! Dunia…dunia….dah gilo apo!!?


Eee...Menyampah den!!.

Friday, February 17, 2012

Cara pulih imej Najib tanpa menggunakan RM80 juta

Bertujuan untuk membaiki imej yang buruk, RM80 juta wang rakyat menjadi korban. RM80 juta bukanlah jumlah yang sedikit untuk dibazirkan namun demikian itulah yang dilakukan oleh Perdana Menteri.


Menurut Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, perbuatan Najib sangat memalukan dan mempamerkan politik murahan pemimpin seperti beliau yang sangat terdesak apabila imejnya begitu hodoh pada mata rakyat dan antarabangsa.


“Sepatutnya imej dia diperbaiki melalui proses yang meyakinkan rakyat dan masyarakat seperti mempamerkan dasar dan undang-undang kerajaan yang adil khususnya kepada masyarakat antarabangdsa,” kata Dato’ Mahfuz.


Apa boleh buat Najib kini benar-benar dalam keadaan gelabah dan tidak tentu arah. Dalam keadaan begitu nampaknya dia akan buat apa sahaja yang difikirkan mampu untuk memulihkan imejnya. Tapi nampaknya ‘kewarasan’ telah hilang, semakin dicuba semakin memburukkan imej.


Buat Perdana Menteri, rasanya tidaklah payah untuk pulihkan imej Cuma memerlukan kecekalan dan keberanian bersama sedikit integrity. Ambil segera langkah-langkah berikut:


1. Jangan berdolak-dalik bila membuat janji transfomasi Negara. Biarkan cakap serupa bikin.

2. Mansuhkan segala akta yang majority rakyat menilai sebagai menindas dan zalim.

3. Batalkan GST jika ada hasrat untuk melaksanakannya.

4. Ambil tindakan segera kepada bapak-bapak jerung dan mak-mak jerung yang terlibat dalam pecah amanah dan rasuah seperti kes NFC

5. Batalkan segera hasrat penyenaraian FGVh di bursa saham.

6. Terima cabaran debat ekonomi dengan Anwar Ibrahim sebagai gentleman-nya Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek.

7. Kawal isteri anda bukan isteri anda kawal anda.

8. Berikan kebebasan sepenuhnya kepada SPR mengendalikan pilihanraya bebas di Malaysia yang selama ini memang tidak bebas dan berat sebelah.

9. Arahkan SPR bersihkan daftar pilhanraya

10. Terima kesemua lapan Tuntutan Bersih 2.0


Insya Allah imej Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri akan pasti beransur pulih tanpa perlu mengorbankan berjuta wang rakyat!


Bolehkah Datuk ?

Thursday, February 16, 2012

Kesian...Hasan JATI tersasar lagi!

Pandangan terbaru Hasan Jati mengenai “sikap para pemimpin PAS dalam isu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Palestin” telah mengesahkan kewajaran Hassan Jati dibuang dari PAS. Jika takdirnya ada beberapa orang ahli PAS yang turut mengekori Hassan Jati ke mana-mana dalam kempen JATI-nya, jika ada… jauhkanlah diri anda dari Hassan Jati kerana keputusan membuang Hassan Jati dari jemaah PAS adalah sesungguhnya tepat dan memang tidak silap sama sekali.


Buktinya ialah melalui kata-kata Hassan Jati sendiri iaitu Hasan Jati dilaporkan hairan kerana konon ‘pemimpin parasit’ yang digelarnya masih berdiam diri walaupun pemimpin utama parti itu iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menyataan pendirian masing-masing menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Israel


Hassan Jati kata: "Datuk Seri Hadi kata sokong Israel adalah haram dan Datuk Nik Aziz minta Anwar tarik balik kenyataan. Ini satu perkara yang jarang-jarang timbul dalam PAS untuk mempersoalkan ketua pembangkang...untuk persoalkan arah aliran pemikiran ketua pembangkang.


"Tapi akhir-akhir ini mereka berdua telah keluarkan kenyataan sebegitu. Tapi yang saya tunggu-tunggu sekarang ialah kenyataan daripada golongan profesional yang kita namakan parasit-parasit dalam PAS.


"Sehingga hari ini tidak ada seorang pun yang keluarkan apa-apa kenyataan terhadap kenyataan Anwar," katanya lagi.”


baca :sini


Melalui kenyataan-kenyataan Hassan Jati di atas memang sukar untuk mengatakan Hassan Jati ini seorang yang cerdik untuk menjadi ahli jemaah sebuah parti politik Islam atau gerakan Islam. Kalau dikatakan Hassan Jati bodoh, mungkin dia marah tapi memangpun dia bercakap macam orang tidak berapa pandai!


Kononnya, bagi Hassan Jati telah wujud perbezaan pendapat antara pemimpin Pas dengan Ketua Pembangkang! Habis kalau wujud kenapanya? Mungkin Hassan Jati mengharap kerana perbezaan itu Pakatan Rakyat perlu diruntuhkan! Jika begitu pemikiran Hassan Jati maka beliau adalah seorang ahli poltik yang jumud dan gopoh sedangkan perbezaan itu perkara biasa.


Sebagai seorang yang mempunyai Phd mampaknya Hassan Jati terlalu pelik dan terkejut dengan perbezaan pandangan! Bagaimana pula agaknya kepada Hassan Jati mengenai perbezaan antara Najib dan Muhyiddin? Najib pengasas 1Malaysia sudah tentu 1Malaysia dahulu, sedangkan Muhyiddin kata dia Melayu dahulu lepas itu baru 1Malaysia. Parti GERAKAN kata ‘no to ISA’, Umno kata okay!


Berbeza pandangan dalam keadaan begitu banyak persamaan biasa lah, okaylah tu…


Itu pun dalam isu pandangan Anwar Ibrahim dalam isu Pelestin entah ya entah tidak kerana ianya dilaporkan oleh AWSJ dan media Umno yang beria-ia tanpa memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menerangkan yang sebenar-benarnya apa yang dia katakan.


Mengenai kononnya parasit dalam PAS tidak berbunyi dalam isu pandangan Anwar Ibrahim terhadap perjuangan Palestin, bukankah Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu Mursyidul Am PAS dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu Presiden PAS. Maka setiap kenyataan rasmi mereka berdua adalah pandangan dan pegangan parti, jemaah atau ahli PAS. Maka itu tak kan lah Hassan jati tak faham, apa perlu laginya mana-mana AJK tertinggi PAS untuk keluar kenyataan jika tidak diarahkan oleh parti?


Bagi ahli PAS tak kiralah parasit atau tidak parasit (tuduhan Hasan Jati), kenyataan Majlis Syura Ulamak dan Presiden parti mengenai isu Palestin –Israel adalah pandangan seluruh jemaah PAS. Di sinilah Hassan Jati tidak cerdik berjemaah!


Malah dengan diamnya para pemimpin lain dengan kenyataan dua orang Tuan Guru itu membuktikan bahawa tuduhan Hassan Jati bahawa dalam PAS ada parasit adalah tidak benar dan pembohongan secara terang-terangan. Hakikat yang sebenar-benarnya ialah beberapa bulan dahulu memang ada parasit dalam PAS tapi hari ini parasit itu telah pun dinyah keluar dari jemaah PAS. Satu keputusan yang tetap yang pernah dibuat oleh PAS!

Wednesday, February 15, 2012

Shafie Apdal menggambarkan bahawa itulah Umno!

Datuk Shafie Apdal tiba-tiba lantang menggesa Mursyidul Am PAS membawa keluar parti PAS daripada Pakatan Rakyat bagi memastikan (katanya) perjuangan Islam yang didukung PAS selama ini tidak tersasar! Itulah sikap salah seorang pemimpin kanan Umno, tidak ada kerja dan idea lain jika berlaku perbezaan pandangan melainkan hanya bawa keluar atau tendang keluar!


Sikap Naib Presiden Umno itu adalah gambaran sikap Umno yang sebenarnya apabila berlaku perbezaan pendapat sedangkan perbezaan pendapat adalah perkara biasa, apatah lagi dalam politik.


Oleh yang demikian langkah PAS tidak menyambut kerajaan perpaduan yang digila-gilakan oleh Umno adalah langkah yang paling tepat dan amat wajar. Berdasarkan pengalaman PAS yang lalu, Umno adalah parti yang akan ‘menendang dan menyepak rakan’ taanpa kasihan belas dan dengan angkuh (dalam hal ini PAS), apabila berlaku perbezaan pandangan dalam Kerajaan Perpaduan dengan Umno.


Sikap yang dilontarkan oleh Shafie Apdal mengesahkan perangai Umno ini selagi Umno menjadi ‘big brother’ dalam kuasa politik di Malaysia. Itu berlaku perbezaan pandangan dalam Pakatan Rakyat yang menjadi lawan dan musuh kepada parti Shafie Apdal, bayangkan kalau Pas berada dalam Kerajaan Perpaduan dengan Umno dan berlaku perbezaan pandangan. Berdasarkan sikap Shafie itu, rasanya lagi cepat PAS akan ditentang keluar!


Nampaknya selagi Umno perasan dia adalah ‘Big Brother’ yang berkuasa di Malaysia selagi itu parti-parti lain akan dibuli oleh Umno dan politik Malaysia akan mundur dan membodohkan fikrah rakyat. Oleh itu Umno wajar disedarkan melalui PRU ke 13 oleh seluruh rakyat Malaysia.


Nota: Jika Shafie terlalu 'sayang' perjuangan Islam PAS agar tidak tersasar maka demi aqidah Islam yang tidak tersasar nasihatkan terlebih dahulu Najib Razak yang 'menggadai aqidah' baru-baru ini di perayaan Thaipisam atau keluarkan segera Najib dari Umno!