Followers

Saturday, February 11, 2012

Satu-satunya 'produk' berasaskan JATI di Malaysia yang gagal setakat hari ini...!


Beras Jati, masih mantap dan aktif di pasaran. Maknanya Beras Jati belum gagal. Perabut jati juga antara perabut yang digemari ramai. Maka ertinya perabut jati masih laku dan mempunyai nilai komersil yang menarik. Bagaimana pula dengan Hassan Jati?

Hassan Jati katanya mempunyai perjuangan jalur tiga yang sudah tentu tidak macam bintang tigalah. Tak kiralah jalur apapun tapi jati-lah! Apa jalur tiga? Katanya Melayu, Raja dan Islam.

Kegagalan pertama Hassan Jati ditempah sendiri oleh beliau. Dalam tempoh hampir dipecat dari PAS, Hassan Jati digelar Hassan Aqidah. Satu gelaran yang mampu membanggakan sebagai pejuang aqidah! Namun malang bagi Hassan Jati, dia terlalu banyak bercakap dan merancang akhirnya ada cadangan mahu menubuhkan NGO yang bergelar JATI. Serta merta Hassan Aqidah yang cukup baik gelarannya, Hassan Aqidah bertukar gelaran menjadi macam atau seperti jenama beras dan perabut pula, Hassan Jati! Alahai...memang Tuhan mentakdirkan begitu setakat hari ini buat Hassan.

Soal Melayu, Hassan Jati juga telah gagal sebab semenjak ditunjuk keluar dari PAS, Hassan Jati bukan banyak bercakap soal ekonomi Melayu, akhlak pemuda-pemudi Melayu, ilmu orang Melayu,tanah rezab Melayu, tanah orang-orang Melayu dan seumpamanya. Yang Hassan Jati banyak bercakap dalam ceramahnya ialah tentang 'parasit' kononnya banyak dalam PAS. Laa....PAS bukan parti Melayu, PAS parti Islam, dok sibuk kepada PAS kenapa?! Di sini Hassan Jati gagal lagi!

Soal Raja! Setakat ini malas nak komen!

Soal Islam atau aqidah? Semasa masih dalam PAS, di saat-saat akhir hayat politiknya sebagai ahli PAS, Hassan jati terlalu banyak bercakap soal aqidah. Tukar panggilan dari negara Islam kepada negara berkebajikan, aqidah bagi Hassan Jati! Kerjasama dengan DAP dalam hal-hal yang sama pendapat dan tuntutan politik yang sealiran, aqidah bagi Hassan Jati! Bersetuju dan bekerja dengan DAP dalam hal memenangi pilihanraya di negeri-negeri yang dikuasai Umno/Bn, aqidah bagi Hassan Jati!

Nampaknya macam hebat perjuangan aqidah Hassan Jati. Namun demikian rupa-rupanya Hassan Jati menambah kegagalannya sebagai Hassan Jati, apabila ulamak yang menjadi kekagumannya Harussani menegur perbuatan dan kehadiran Najib di perayaan Thaipusam di Batu Caves, Hassan Jati terus membisu tak terkata apa! Hassan Jati terus fail!

Satu-satunya produk berasaskan JATI di 1Malaysia yang fail....Hassan JATI!


Isa Samad 'belasah' lagi?

Belum pun lagi FGV di senaraikan ke bursa saham, Isa Samad dah buat macam-macam hal. Kalau betul Isa Samad buat rumah terbuka aidil firti september tahun lalu di rumah dia guna duit Felda, maka jelas Felda tidak akan selamat! Mana nak selamat kalau perbuatan yang sebegitu jelas tidak amanah, tidak berintegriti, membazir boleh berlaku sebegitu mudah!


Apa pulalah alasan Isa Samad untuk menafikan hal ini? Kalau sharizat, alasan dia ialah dia tak ada kena mengena dengan apa yang berlaku di NFC kerana itu urusan suami dia, bukan dia! Alasan Jamil Khir, dia tak guna duit zakat, cuma pakai je dulu sekejap! Alasan Isa Samad? Kita dengar nanti apa pula alasannya hendak membodohkan peneroka dan rakyat.


Nampaknya, keberanian Isa Samad menjadikan Felda itu bagaikan hak sendiri adalah kerana sebilangan besar peneroka sendiri. Kenapa peneroka? Kerana majoriti peneroka tak kisahpun!


Jangan sampai nanti keturunan Peneroka pun akan terjual dan tergadai! Bangkitlah peneroka. Sudahlah…cukuplah sayangkan Umno kerana Umno sudah lagi tidak membantu menjaga hak peneroka. Jika Tun Razak dan Umno zamannya baik dan berjasa kepada peneroka Felda, Najib Razak dan Umno zamannya sudah tidak begitu lagi! Harta Felda boleh tergadai oleh Umno zaman Najib dan Isa Samad!


Isa guna RM353,000 wang Felda buat rumah terbuka?


Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.

"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.

"Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.

Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.

"Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya.

Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya.

Sumber:harakahdaily

Friday, February 10, 2012

Ahli-ahli Umno patut keluar Umno ramai-ramai protes Najib segera! Jaga aqidah!!

Wahai ahli-ahli Umno dengar sini, Mufti Perak Datuk Harussani kata bukan aku kata, Presiden Umno kamu Najib Razak seorang Melayu menggadai aqidah buat perkara syirik di perayaan Thaipusam penganut Hindu!

Wahai ahli-ahli Umno dengar sini, dalam pilihanraya ke 13 nanti engkau orang undi lagi orang yang Datuk Harussani kata menggadai aqidah buat perkara syirik untuk terus memimpin negara dan Umno. Najib seorang Melayu, engkau orang pangkah lagi dia!

Wahai ahli-ahli Umno, kalaulah katakan Najib Razak itu asal-asal hindu tak kisahlah tapi Najib Razak tu Islam, Datuk Harussani kata, bukan aku kata, dia menggadai aqidah dan buat perkara syirik di perayaan Thaipusam penganut Hindu.

Wahai ahli-ahli Umno, engkau faham tak aqidah tu apa kebenda? Najib tuu...Presiden parti engkau orang! Datuk Harussani tegur, bukan orang lain! Alahai susahlah engkau ni, tukarlah Umno tu, macam itu nak jaga Melayu dan Islam?

Mana Hassan Jati? Mana??? Hassan Jati, parasit sudah nampak sekarang, komen sikit!

Thursday, February 09, 2012

Alahai, oghang tuo ni, ghumah kata pi, kuboq kata mai, gamak lagi tuduh oghang!

Tun Dr Mahathir ini nyanyokkah atau pendendamkah? Sebagai seorang yang sudah berusia seperti dia tak payahlah buat andai-andaian begitu. Kalaulah betul, pun berdosa, kalau tak betul lagilah besar bala dan dosanya! Jadi fitnah!

Masalah Tun dakwa Anwar Ibrahim nak ubah undang-undang tak pelik Tun. Itu biasalah, Tun dulu pun banyak juga ubah undang-undang, antaranya menghapuskan imuniti raja-raja Melayu dan mengadakan AUKU. Biasalah pemimpin ubah atau tambah undang-undang! Soal rakyat terima atau tolak itu hal lain.

Masalah besarnya, Tun dakwa seperti yang di bawah tu. Berat ini. Iakah? Tak kan dengan percakapan Anwar begitu Tun kata dengan maksud Anwar hendak halalkan kebebasan seksual. Kalau tak betul maksud Anwar begitu macam mana? Anwar mungkinlah boleh maafkan Tun kalau dia nak banyakkan pahala, tapi bagaimana dengan anak-anak dan keturunan Anwar terhadap Tun? Berdosa besar Tun, Tun dah tua!!

"Katanya (Tun Dr Mahathir), dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang.

"Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki."

Tun carilah isu lain kalau hendak bercakap juga. Bercakap soal Palestin ke, soal royalti minyak ke, soal ekonomi orang Melayu ke, isu Kelantan ke, Kedah ke, Isu orang melayu Pulau Pinang ke, adalah juga ertinya! Ini tak...bila bercakap membuat andai yang bukan-bukan pasal Anwar. Tun dapat dosa, Anwar senang-senang dapat pahala kalau Anwar tak jawab dan sabar!

Tak kanlah diusia yang macam itu masih gigih Tun mengata orang! Kalau dendam dan marahkan Anwar Ibrahim pun, gunalah cara lain Tun! Dulu Tun beriya-iya kata Anwar liwat Azizan, bila dipanggil Tun masuk mahkamah untuk bawa bukti dan jadi saksi, Tun berhelah dan lari lintang pukang!


Sudahlah Tun, dengarlah nasihat orang sekali-sekala wahai Tun. Sebenarnya Tun terlalu lemah kefahaman Islam mengenai dosa pahala dan syurga neraka. Elok pergi belajar Pengetahuan Agama Islam biar pandai sikit atau kalau tak nak belajar juga, dok diam Tun! Astaghfar banyak-banyak!

Dr M dakwa Anwar mahu cuba ubah undang-undang M'sia

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semulajadi manusia.

Katanya, Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

"Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang.

"Sejak revolusi Perancis, slogan 'Liberte', 'Egalite', 'Fraternite', iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus," katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc semalam, yang bertajuk 'Lapok'.

Katanya, dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang.

"Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.

"Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi," kata Dr Mahathir.

Lain-lain konsep kebebasan semulajadi manusia, katanya, termasuklah menukar konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.

Malah, tambah Dr Mahathir, di Barat kini boleh adakan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan, pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan.

Menurut Dr Mahathir seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap sebagai baik bagi semua manusia maka itu mereka (Barat) melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

"Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya untuk cubaan tersebut (mengubah undang-undang di Malaysia) kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik," katanya.

Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan ke atas mangsa zina atau liwat, sebab itu, apabila seorang wanita melaporkan yang Pengarah Urusan Tabung Kewangan Dunia (IMF) Dominque Strauss-Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Dominque dan jawatannya dilucutkan, katanya.

"Di Malaysia juga apabila laporan diterima daripada mangsa yang dianya telah diliwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya," katanya.

Beliau berkata bahawa 'teknikal' bukan bermakna tidak, jenayah berlaku, bukan tidak berlaku dan hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya.

"Mungkin orang lain yang melakukan jenayah itu!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain?, Wallahuwalaam," kata Dr Mahathir.

- Bernama

Sumber:malaysiakini.com

Wednesday, February 08, 2012

Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR kecut!

Timbalan Pengerusi SPR yang bagaikan ‘wakil’ Umno dalam badan itu kelihatan kecut perut dengan cadangan kehadiran pemerhati asing bagi memantau proses Pilihanraya Umum ke 13. Kerana terlalu kecut maka bermadahlah ‘wakil Umno’ itu konon pemantau asing itu tidak memahami undang-undang pilihanraya negara ini. Dia ingat pemantau asing itu bodoh macam dia!


Wan Ahmad berlagak dia seorang sahaja yang pandai mentafsir undang-undang Pilihanraya Malaysia sebab senang dia nak ‘auta’ Pakatan Rakyat dan rakyat. Mungkin bagi dia undang-undang pilihanraya Malaysia itu biar dia seorang sahaja tafsir dan fahami, demi keentingan Umno/Bn yang kian nazak itu.


Kalau dah awak kata SPR tu telus sangat, adil sangat kenapa pula kecut apabila dipantau oleh pemerhati asing? Tak faham undang-undang lah! Tak faham budaya politik Malaysia-lah (komplikated sangat ke budaya politik Malaysia ni?). Tak faham sensitivity rakyat Malaysialah! Apalah merepek ni!!! Pencen je lah Wan Ahmad daripada merapu tak tentu arah!


Lain yang di tuntut demi pilihanraya adil, lain yang diberi; penyokong tak akan dibenarkan berarak iring calon!!! LAAAAA….APPARAAA WEYY ...CHETT!!!


SPR Ingatkan Pembangkang tidak Ghairah Tarik Pemerhati Asing.


KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.


Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.


"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini. Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, Rabu.


Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini.


"Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya.


Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.


"Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia," katanya.


Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU Ke-13 akan datang.


Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. BERNAMA


Sumber:mstar.com.my

Monday, February 06, 2012

Semoga nama Khalifah Umar Abd Aziz yang bertintegriti dan adil tidak 'tercemar' kerana orang ini


Hah...orang ini tiba-tiba dapat anugerah Umar al-Aziz sempena perayaan Maulidur Rasul negeri Selangor tahun ini 2012.

Anugerah itu kira okaylah sebab Umar al-Aziz adalah seorang khalifah selepas Khulafak ar-Rasyidin yang adil dan warak. Maknanya beliau seorang yang sangat takut kepada Allah. Oleh itu mahu menipu rakyat yang mengamanahkannya kuasa tidak sekali-kali. Mahu bercakap berbelit-belit untuk mengelirukan rakyat yang amanahkan dia menjalankan tugas khalifah pun jauh sekali.

Agaknya apakah Umar Abdul Aziz akan 'membenarkan' dan gembira dengan kerja-kerja yang tidak telus seperti dalam membersihkan daftar pemilih pilihanraya seperti dalam pilihanraya di Malaysia? Kalaulah Umar Abdul Aziz tahu, kalau-kalau ada orang yang mendapat anugerah yang menggunakan namanya, begitu payah dan berbelit-belit kenyataannya mahu membersihkan daftar pemilih pilihanraya, agaknya beliau gembira atau tidak?

Bagaimana pula kalau Umar Abd Aziz tahu dalam daftar pemilih itu ada banyak pengundi yang mencurigakan yang mati, yang bukan warga negara, di dalamnya, apakah beliau akan mengakui akan integriti orang yang diamanah kan berkuasa terhadap daftar pemilih itu dan mendapat pula anugerah yang mengambil sempena namanya?

Kalaulah sekiranya Umar Abdul Aziz tahu ada orang mendapat anugerah yang mengambil sempena namanya itu, seorang yang tidak berintegriti dan terlalu banyak dipertikai rakyat kerana suka mengampu bos besar dan bersikap double standard kepada parti-parti sah bukan kerajaan yang berdaftar, agaknya beliau mungkin akan rasa sedih dan hiba kerana anugerah itu kepada orang ini mampu menjatuh dan merosakkan reputasi integritinya?

Semoga orang ini tidak menjatuhkan reputasi seorang Khalifah Islam yang hebat selepas ini. Kalau tidak, tolong malu sendirilah! Mudah-mudahan tidak tapi entahlah.....


Jangan ikut perangai Umno, hak dia hak dia, hak kerajaan hak dia!

Bagus jika parti PAS memegang prinsip itu, guna duit parti untuk parti, bukan duit kerajaan. Begitu juga harta dan egensi kerajaan, jangan buat macam harta parti. Jangan diikut dan dicontohi sikap parti yang merintah negara hari ini iaitu Umno/BN. Bagi Umno/BN, hak dia hak dia, hak kerajaan hak dia, hak rakyat pun dibelasah sampai tak banyak mana!


Banyak contoh-contoh Umno/Bn jadikan kerajaan itu bagai 'hak persendirian' mereka. Sekolah-sekolah telah menjadi macam hak peribadi Umno/Bn. Orang lain diajar tak boleh buat aktiviti politik di sekolah, tapi meraka siap menggunakan premis sekolah sebagai tepat kempen mereka. Begitu juga nasib Balai Raya sudah banyak yang menjadi bilik gerakan atau premis kempen politik !


Wang dari perbendaharaan negara yang sedang diedar kepada rakyat hari ini bagaikan wang peribadi Umno/Bn jadinya. Mana Umno/Bn ada duit nak bagi rakyat BR1M tapi itulah Umno/Bn, BR1M diberi kerana konon bagus dan caknanya Umno/Bn! Rakyat satu keluarga dapatlah RM500, tapi mampukah BR1M ini menutup apa yang seorang isteri Perdana menteri dapat?


Rakyat yang tahu maklumat apa yang sedang berlaku amat faham dan mengerti. Namun rakyat yang bagaikan katak di bawah tempurung terus kena tipu, Umno/Bn-lah termolek sekali walaupun hanya dapat yang bertaraf 'kepala' ikan selayang sahaja.


Kini diberitakan Klinik 1Malaysia akan digerakkan ke serata kampung orang asli dalam negara, yang mana tujuan dan niatnya sudah boleh dibaca dan diteka.Tidakkah itu sekali lagi duit rakyat yang digunakan untuk membina projek Klinik 1Malaysia akan menjadi alat kempen Umno/BN?


Inilah antara sebabnya mengapa rakyat tak kira bangsa perlu menurunkan Umno/Bn daripada tampuk pemerintahan negara untuk mereka menjadi pembangkang pula buat muhabah diri mereka. Selagi mereka menjadi kerajaan yang 'menongkat langit', mereka tidak akan tahu membezakan antara hak parti dan hak kerajaan! Dan tentu sekali jika kerajaan Umno/Bn mengadakan pilihanraya dalam bulan Mac, mereka menempah 'maut'! Kita suka!


Guna duit parti untuk parti, bukan duit kerajaan.

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 5 Feb: Sesebuah parti politik berperanan menentukan corak pemerintahan kerajaan tetapi sesebuah kerajaan tidak bertanggungjawab membangunkan parti, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak berhak menggunakan peruntukan untuk sebarang aktiviti parti.

Mengambil contoh di Kedah, walaupun PAS memerintah negeri itu, kerajaan negeri tidak pernah menyediakan peruntukan untuk aktiviti parti.

"Parti yang menentukan kerajaan tapi kerajaan tidak ada tanggungjawab untuk membangunkan parti.

"Orang selalu tanya kenapa kita (PAS) masih minta sumbangan orang ramai selepas kita memerintah.

"Rakyat kena faham, nak bangunkan parti mestilah guna duit parti, duit dalam poket ahli dan penyokong parti, tak boleh guna duit kerajaan negeri sesuka hati," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Malam Mahabbah Anak Kedah di Perantauan, di Markaz PAS Taman Melewar, malam tadi.

Majlis makan malam anjuran PAS Kawasan Pokok Sena itu bertujuan mengutip dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan untuk penambahbaikan Kompleks PAS Pokok Sena.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, banyak salah guna kuasa dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan BN kerana mereka tidak membezakan peruntukan untuk pembangunan negara dan aktiviti parti.

"Kalau kerajaan tidak membezakan antara pembangunan negeri dengan pembangunan parti, itu yang berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan. Duit keluar untuk parti," katanya.

Menyentuh mengenai rumus Parlimen akan dibubarkan minggu hadapan, beliau berkata, PAS sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa dari sekarang.

"Rumus terbaru kata Parlimen bubar minggu depan. Kita tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi bagi PAS, kita sudah bersedia. Cepat atau lambat, kita memang kena hadapi pilihan raya.

"Saya yakin suasana pilihan raya makin terasa dan momentum yang ada memperlihatkan rakyat sudah tidak sabar-sabar nak hadapi pilihan raya," katanya lagi.

Momentum ini katanya, bukan sahaja berlaku dalam negara tapi juga di luar negara.

"Minggu lepas saya ke luar negara bertemu dengan anak-anak Malaysia di sana dan sambutan yang diberi sangat memberangsangkan.

"Ada ketua Kelab Umno di luar negara hadir program kita dan menyatakan sokongan kepada PAS dan memberikan derma untuk program kita. Ini satu perkembangan yang mengejutkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapannya menyeru anak muda agar melibatkan diri dalam kerja-kerja parti selain pulang mengundi bagi mempertahankan kemenangan PAS di Kedah.

"Saya menyeru kepada golongan muda, jangan takut untuk terlibat dalam parti.

"Banyak sumbangan yang boleh diberikan oleh golongan muda selain mengundi PAS. Anak-anak muda di luar sana amat memerlukan sentuhan anak-anak muda PAS yang faham Islam.

"PAS bukan sahaja parti politik tapi juga parti dakwah. Jadi politik dan dakwah harus seiring," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja dan merupakan anak kelahiran Kedah.

Dalam pada itu, penyanyi terkenal di era 80-an, yang kini telah berhijrah, Aisyah turut hadir dalam majlis malam tadi.

Tidak seperti kebiasaan, Aisyah yang seringkali diundang membuat persembahan, malam tadi diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan.

Walaupun Aisyah tidak menyatakan secara jelas sokongan terhadap PAS, tetapi ucapannya menggambarkan beliau mula menerima PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

"Saya memang tak pandai berpolitik. Dan dulu saya tak ambil kisah pasal perkembangan di sekeliling.

"Tapi bila saya bergelar ibu, dan anak-anak saya kian membesar, saya semakin risau dengan susana sosial yang semakin tenat.

"Saya mencari pimpinan yang boleh menjaga akidah anak-anak saya," katanya yang semakin kerap menerima undangan dalam program-program anjuran PAS.

Sumber:harakahdaily