Followers

Saturday, February 04, 2012

Sudah jadi berhantu, angpau putih sudah lawan sama angpau putih oo...!


PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

Wong Teck Chi


Setelah kumpulan pendesak Melayu PERKASA dituduh menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpau bersampul putih, hari ini Setiausaha Agung NGO itu, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan tindakan itu juga dilakukan oleh BN.

“Cuba lihat berita bergambar dalam Sinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepada Malaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

Jelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.

Sumber:malaysiakini

Thursday, February 02, 2012

Menteri Jengkaut (JCB): Yayasan Taqwa pulak kena kaut?

PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa


Abdul Rahim Sabri
12:19PM Feb 2, 2012


PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

"Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Antaranya bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai-bagai bantuan kepada penduduk Jerai. Kita tidak menentang memberi bantuan kepada rakyat.

“Tetapi mana-mana hasil negeri tersebut khususnya zakat, selagi mana penduduk negeri tersebut masih ada yang miskin, tidak boleh bawa ke tempat lain.

“Apatah lagi, Wilayah Persekutuan cukup ramai dengan setinggan, PPR dan ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, tiba-tiba tetapi ambil duit Yayasan Taqwa bawa pergi ke Jerai," kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail.

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

Jumlah belum dikesan

"Kita sedar sejak 2011, sekurang-kurang lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini "sudah masyhur dan bukan secara rahsia" di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahankan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Mohd Nasaie membantah tindakan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah dan mendesak satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan untuk mengaudit kewangan dan pengurusan semua agensi di bawah MAIWP.

Dalam sidang media itu juga, Mohd Nasaie kesal dengan tindakan Jamil yang didakwanya mengarahkan agar usaha menjalankan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sebuah menengah agama milik MAIWP di Bandar Tun Razak, dihentikan.

Sedangkan menteri sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menjanjikan peperiksaan tersebut akan dijalankan di sekolah berkenaan.

“Sudah ada perancangan daripada menteri, sudah tentu ada bajet... Untuk zaman Jamil Khir ini, tiba-tiba, untuk peringkat pertama, pelajar yang baru habis SPM baru-baru ini, tahun ini tidak dibenarkan ambil STAM di situ.

"Jadi sumber dalaman JAWI memberitahu kepada kita, ini adalah kehendak Jamil Khir menghentikan usaha untuk mengadakan STAM di situ," katanya.

Mohd Nasaie menyifatkannya ianya sebagai satu perkara malang kerana sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah menengah agama pertama di Wilayah Persekutuan yang akan menjalankan peperiksaan itu.

Hal demikian, tambah Nasaie, menyebabkan pelajar yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan tersebut terpaksa berbuat demikian di Selangor atau di negeri lain.

Sumber:malaysiakini

Wednesday, February 01, 2012

SPR Cadang Mansuh Perarakan Calon

Rabu Februari 1, 2012


SPR Cadang Mansuh Perarakan Calon


GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.


"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.


Beliau berkata berdasarkan pengalaman 16 pilihan raya kecil sebelum ini, sikap penyokong semakin berubah dan sangat berbeza.


"Mereka menjerit, baling botol dan suka mencabar. Sebab itu semua pegawai pengurus mesti mengetahui undang-undang dan peraturan dengan baik," katanya.


Selain itu Abdul Aziz berkata, peraturan menggantung bahan kempen juga akan diperkemaskan kerana menurut beliau tidak ada mana-mana negara yang membenarkan kain rentang atau bendera digantung di pokok atau bangunan awam.


"Tapi di sini, mereka akan panjant pokok, lampu isyarat, tiang lampu untuk pasang kain rentang. Saya fikir kalau seseorang itu berdiri dalam keadaan tetap, badan dia juga akan dihiasi bahan kempen," katanya.


Tambah Abdul Aziz beliau akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.


Berkenaan undi pos bagi mereka yang tingaal di luar negara, Abdul Aziz berkata SPR akan menentukan kategori rakyat Malaysia yang bagaimana layak untuk mengundi menggunakaan kaedah berkenaan.


"Mesti ada hubungan dengan negara. Bagaimana jika mereka telah berada di lluar negara selama 30 tahun dan tidak pernah kembali ke sini?


"Jadi ia tak boleh dibuka sepenuhnya kepada rakyat Malaysi ayang tinggal di luar negara. Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mempunyai peruntukan seperti itu. Kami berharap dapat membuat keputusan mengenainya menjelang bulan hadapan," katanya.


Dalam pada itu Abdul Aziz berkata sebanyak 42,025 pengundi yang status mereka meragukan akan digugurkan daripada senarai daftar pemilih.


Sumber:mstar

Tuesday, January 31, 2012

Tragedi angpau putih menggambarkan ketidak -ikhlasan pemberinya?

Cuba mahu menunjuk cerdik dan serba tahu maka banyaklah bercakapnya sambil melakukan itu ini, asalkan Pakatan Rakyat tidak memang dalam PRU.!Macam-macam yang dikatakan kepada Pakatan Rakyat dan para pemimpinnya terutama kepada Lim Guan Eng, Kit Siang, Tok Guru Haji Hadi apatah lagi Anwar Ibrahim.

Bertanding dengan keizinan Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru tergamak ditipunya. Lepas itu kata macam-macam lagi kepada Tok Guru! Dikutuknya dia kepada para pemimpin Pakatan rakyat untuk menunjukkan dia bijak, tahu belaka dan benar semuanya.

Siapa orang itu? Siapa lagi kalau bukan Ibrahim Ali yang hari ini macam 'gila talak' kepada parti yang pernah 'tendang' dia dahulu. Demi menarik kembali perhatian Umno, apa orang lain buat semua tak betul dan semua tidak bagus melainkan apa yang Najib dan Umno buat!

Tiba-tiba dia sebagai konon pembela Melayu totok, yang sering kata ikut dan sahaja kepada kaum Cina, buat jamuan Tahun Baru Cina. Nak tunjuk ikhlas dan murah hati maka dia siap bagi angpau sampul putih lagi kepada kaum-kaum Cina yang hadir ke majlisnya.

Pemberian angpau putih sempena kematian dan pengkabungan di sambutan tahun Baru Cina itu telah menggambarkan betapa jahil budayanya dia sebagai seorang yang pernah menjadi Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri satu ketika dahulu!

Hari ini Najib yang selalu diampunya itu berkata, tragedi angpau putih tiada kena mengena dengan kerajaan. Maka, dek kerana angpau putih itu dia kini terpukang walaupun dia sebenar adalah seorang yang tidak pernah tahu malu! Padan muka dia!

Sunday, January 29, 2012

Dr Aziz Bari tidak sesuai menyertai PAS

Sehingga hari ini, setahu penulis, Dr Aziz Bari belum lagi membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP atau pun PKR. Dengan pemikiran pro demokratiknya dan bertunjangkan asas-asas Perlembagaan Malaysia, penyertaan beliau dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat memang wajar dialu-alukan dan pasti akan banyak memberi nilai tambah kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Namun demikian pada pandangan penulis, melihat kepada cara, gaya dan tindakan pemikiran, Dr Aziz Bari sebenarnya tidak sesuai menyertai PAS. Cara dan gaya serta tindakan beliau lebih hampir dan cocok dengan PKR atau DAP. Namun berhati -hati jika menyertai DAP kerana DAP juga sebuah parti yang kuat disiplin partinya!

Dr Aziz Bari adalah seorang ahli akademik yang berintergriti dan sangat berpengalaman namun beliau belum lagi merupakan seorang ahli politik yang matang. Untuk mencapai kematangan dalam berpolitik beliau perlu mengambil sedikit masa.

Untuk menjadi ahli politik dalam PAS yang memegang konsep berjemaah, seseorang ahli politik PAS bukan sahaja perlu bijak dan cerdik serta tahan emosi malah perlu matang dan kelihatan matang dalam mengeluarkan pandangan politik.

Untuk menjadi pakar politik PAS gesaan menghambat Ustaz Azizan yang terlalu banyak rebah bangun dan marasa asam garam perjuangan getir PAS bukanlah satu lontaran kata-kata yang bijak! Memang Ustaz Azizan pada waktu sekarang, kelihatan menyongsang arus dengan hanya salah satu sahaja perjuangan Pakatan Rakyat ia tu menghapuskan AUKU. Selebihnya Ustaz Azizan adalah seorang pemimpin yang menetapi keperluan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Kedah dengan penuh kestabilan dan jaya.

Ustaz Azizan banyak membawa Kedah berada dalam keadaan selamat dari ancaman dan fitnah Umno hingga ke takat ini kecuali kes AUKU. Jika ada pihak yang menafikan peranan ini, ini bukan satu pemikiran politik yang matang dan sesungguhnya tidak mempunyai kesabaran mengahadapi halangan dan dugaan politik.

Dalam isu AUKU penulis lebih menyokong pendirian Aziz Bari dan tidak bersetuju dengan pendirian Ustaz Azizan, namun demikian peluang dan ruang harus diberikan kepada Ustaz Azizan menyelesaikan masalah AUKU dengan cara beliau lagi pun Pakatan Rakyat buat masa ini masih belum menghapuskan AUKU secara rasmi dan tidak adil apa yang berlaku di KUIN itu menjadi tanggapan muktamat bahawa Ustaz Azizan menyokong AUKU secara totok tanpa mahu perubahan.

Oleh sebab itu, pada pandangan penulis, melihat kepada cara dan gaya politik isu AUKU di KUIN itu, jika Dr Aziz Bari berhasrat menyertai mana parti -parti politik Pakatan Rakyat, maka lebih elok jika beliau tidak menjadi ahli PAS kerana cara beliau adalah tidak sesuai dengan cara dan gaya PAS.

Untuk lebih maju jaya dalam politik, maka parti yang lebih sesuai buat Aziz Bari mungkin DAP atau PKR. Mungkin Dr Aziz Bari juga telah pun merasakan apa yang penulis maksudkan ini. Jika begitu, selamat berjuang dalam gelanggang politik Dr Aziz Bari, semoga tuan mampu menjadi ahli politik Pakatan Rakyat yang matang dan kuat ketahanan emosi!