Followers

Friday, January 27, 2012

Masa BN: Untuk kroni tak mustahil, untuk rakyat marhaen, mustahil!

Hakikat yang tidak mustahil masa BN, hanyalah untuk kroni:


-RM240 juta peruntukan untuk lembu-lembu kroni.


-Subsidi besar dan istimewa untuk IPP.


-Keuntungan yang melampau kutipan tol buat kroni. Komisyen projek.


-Projek Permata Pintar.


-Shopping mewah di luar negara.


-Pemaju-pemaju kroni tanah di kawasan setinggan berbanding penduduk dan macam-macam lagi yang seumpamanya.


Masa BN, buat rakyat marhaen, nak bagi lot tanah dan tanah sekangkang kera kepada yang belum ada tanah, MUSTAHIL!


Nak bina banyak premis-premis perniagaan berharga bawah RM150.000 untuk orang Melayu berniaga di bandar-bandar dan pekan, MUSTAHIL!


Nak turunkan harga minyak petrol yang meningkatkan kos hidup rakyat, MUSTAHIL!


BN yang diketuai Umno sesungguhnya memang tak terpakai! Maka Umno/Bn perlu segera dibeku dalam peti sejuk!


Yang mustahil masa BN tidak mustahil masa Pakatan

Harakahdaily


KUANTAN, 27 Jan: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang mustahil di zaman Barisan Nasional, tidak semestinya mustahil di zaman Pakatan Rakyat terutama masalah tanah.

“PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.

"Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempohi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Jika tanpa niat dan kesungguhan, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang mendakwa janji PAS Pahang bahawa setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti adalah mustahil dilaksanakan.

Ini adalah kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

Membalas kenyataan Adnan, Tuan Ibrahim berkata janji Azam, niat ikhlas dan keyakinan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun belum mendapat hak milik di Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, Tuan Ibrahim berkata PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.

Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut juga, tambah beliau PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah.

“Namun, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR. Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tiada mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka,” tegasnya lagi.

Sebagai contoh perkara mustahil yang didakwa BN yang telah berjaya dilaksanakan PR, kata beliau ialah pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut.

“Semua dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR,” tegas beliau.

Walaubagaimanapun, Tuan Ibrahim mengakui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan.

Akan tetapi, katanya, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir PR, PAS yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.

Sebagai perbandingan mudah, Tuan Ibrahim mengambil isu Felda seperti yang tertera di dalam buku Jingga di mana PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka.

“Kalau kerajaan Pahang Barisan Nasional yang diketuai Adnan sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak samada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah kepada tapak kepada sebuah kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – mampukah PR memberikan tapak rumah kepada rakyat?

"Sudah tentu ya! Walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak PR, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah. Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk ‘Selamatkan Pahang!’” tegas beliau.

Sumber:harakahdaily

Kuasa Ketiga Hassan Ali Vs Kuasa Penentu Beraheng Ali?

Nampaknya Hassan Ali masih belum berani menubuhkan parti baru selepas beliau dipecat dari PAS. Beliau yang pandai dan petah berkata-kata tidak seberani Datuk Zaid Ibrahim dalam hal menubuhkan parti baru. Maka itu hingga saat ini beliau masih tidak berparti maknanya setaraf Zul Kulim dan Beraheng Ali sahaja.

Dalam temuramah di Tv3, Hassan kata beliau akan bersama, yang mungkin bermaksud mahu menggerakkan Kuasa Ketiga. Penulis tak tahu kenapa Hassan namakan sebagai kuasa ketiga sahaja bukan kuasa pertama atau kedua atau keempat! Yang penulis masih ingat dahulu Beraheng Ali dulu ada pernah menyebut akan menggerakkan 'Kuasa Penentu! Banyaknya KUASA sejak anak-anak Pak Ali yang tak sama itu, di keluarkan dari parti masing-masing?

Kalau Hassan Ali kata dia akan bersama atau memimpin Kuasa Ketiga, bagaimana pula dengan Kuasa Penentu (Perkasa) Beraheng Ali. Tak kan Kuasa Penentu Beraheng Ali akan duduk di tempat keempat. Ini maknanya Hassan Ali sudah lebih laju dari lajak! Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar, terasa hati Beraheng Ali nanti!

Asyik duduk ditempat ketiga dan keempat bila nak jadi Kuasa Pertamanya?

Kalaulah nanti, menjadilah Kuasa Ketiga itu juga Kuasa Penentu maknanya Hassan Ali dan Beraheng Ali and the Gang hanya dua kali lima sahajalah. Serupa jugaklah, tak ada apa yang barunya dan tak mungkin menarik orang ramai pun...sebab orang dah kenal dan tahu serta masak benar dengan puak-puak itu!

Apa perjuangan tegak aqidahIslamnya kalau bersama dengan Kuasa Penentu Sang Perkasa ....hudud yang PAS mahu laksanakan pun dihinanya!!? Tak percaya tanya dengan yang bernama Zul itu! Adakah dikatakannya hudud yang PAS rancang laksanakan, membolehkan suami liwat isteri! Kata bodoh karang, marah, tak kata karang, memang bodoh!

Yang jelas sama ada Kuasa Ketiga Hassan Ali dan Kuasa Penentu Beraheng Ali dikhuatiri nanti menjadi Kuasa Auta! Mudah-mudahan tidak, dan dalam keadaan corak politik Malaysia menuju kepada 2 parti, kekallah anda di tempat ketiga buat selama-lamanya!





Thursday, January 26, 2012

Jika Majlis Agama Islam Pahang ada banyak wang zakat, lebih berbaloi membeli Genting Highland daripada Hotel MS Garden!




Walaupun berita ini tidak sahih atau masih belum sahih, namun kalau tidak ada angin masa-kan daun-daun bergoyangan! Rasa serabut dan bimbang menjadi bertambah kuat apabila mengenangkan penyalahgunaan wang zakat yang telah terbukti berlaku dalam negara 1Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Diharap berita belum sahih ini tidak akan menjadi sahih kerana ianya memang tidak sahih atau hanya khabar-khabar angin semata-mata. Mudah-mudahan!


Namun demikian, jika berita membeli Hotel MS Garden Kuantan dengan menggunakan wang zakat ini sahih, maka sesungguh berita ini memang menggambarkan ‘kedajalan’ tindakan dalam pengurusan wang zakat. Walau apapun alasan yang bakal di-upgrade-kan sebagai wajar dan munasabah, menggunakan wang zakat sebagai pendahuluan atau guna terus untuk peruntukan di luar daripada 8 asnaf adalah sangat menjolok mata dan terlalu tidak amanah, dalam realiti masih terlalu ramai rakyat marhaen terutama umat Islam apatah lagi di Pahang Darul Makmur yang papa kedana, miskin dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang!

Perangai pihak-pihak yang menjaga wang zakat yang tidak sensitive dengan kegelisahan umat Islam akan penyalah-gunaan wang zakat adalah perangai kurang asam atau pekak badak yang kronik. Rakyat bising dan heboh dengan isu terbaru penggunaan wang zakat oleh seorang menteri untuk menghalang pelaksanaan undang-undang Islam (Qazaf) di Wilayah Persekutuan, gagal diambil pelajaran oleh pihak yang serupa di Pahang! Takkan pihak-pihak yang berkaitan wang zakat di Pahang itu, tidak tahu apa yang dibisingkan di Kuala Lumpur dan di Melaka atau mereka ‘hakikatnya’ tinggal dalam gua batu atau memang jenis bodoh sombong dan gelap hati?

Apabila umat Islam ramai yang dibantu oleh pihak bukan Islam lantas terpaksa murtad kerana papa kebulur untuk kelangsungan hidup, serbu,tangkap dan kecoh sana-sini. Pada hal jumlah wang zakat yang dipungut, sepatutnya mencukupi untuk membantu umat Islam berdikari agar terhindar daripada gelaja murtad, daripada membeli sebuah hotel yang umat Islam papa kedana tak dapat manfaat apa-apa pun.

Sehubungan itu jika benar berita yang didedahkan oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi ini, diharap pihak Majlis Agama Islam Pahang tidak menjadi badak pekak sehingga gagal mendengar terguran umat Islam kerana keutamaan yang tidak wajar yang cuba dilakukan itu. Apapun alasan, wang zakat wajar diutamakan untuk menghalang kemisinan dan kefakiran bagi mengelak kekufuran ummah.


Dan membeli Hotel MS Garden Kuantan bukan kerja atau perjuangan fisabilillah. Kalau Majlis Agama Islam Pahang banyak sangat wang zakat sampai tidak terbelanja untuk rakyat miskin dan mampu sangat untuk membeli dijalan asnaf fisabilillah, belilah Genting Hingland untuk menghalang bapak segala maksiat di sana!! Itu memang berbaloi.

Wang zakat akan beli hotel MS Garden?

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.

Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini.

"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden dengan wang zakat bernilai RM50 juta.

"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.

Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun.

Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat di selamatkan dari kerakusan sang penguasa.

"Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu.

Sumber:harakahdaily

Wednesday, January 25, 2012

Jambatan Tamparuli dan jalanraya di Sabah, contoh tahap perkhidmatan untuk rakyat!


Beberapa hari lepas aku berada di Sabah. Sempat aku singgah di pekan Tamparuli. Sewaktu aku melalui atas jambatan Tamparuli, terfikir aku, patutlah rakyat Sabah begitu ramai menghadiri majlis-majlis ceramah Anwar Ibrahim. Sudah sampai masanya mereka melontar rasa serabut dan bosan dengan kerajaan Umno/Bn Sabah yang tidak langsung prihatin dengan keadaan kehidupan rakyat.

Dalam keadaan wakil-wakil rakyat Umno/Bn begitu kaya raya hidup mewah di Sabah, di Kuala Lumpur ataupun mungkin di Australia, rakyat marhaen Sabah hanya mampu mengecapi keperluan asas yang dhaif dan berbahaya. Sebagai contoh, bayangkan sudah begitu lama merdeka, jambatan pekan Tamparuli tetap satu lorong. Kenderaan yang mahu menggunakan jambatan itu perlu menunggu giliran. Yang sebelah sana guna, yang sebelah sini tunggu, begitu juga sebaliknya.

Dahlah satu lorong, jambatan itu tanpa pagar pula tu. Keadaan ini cukup merbahaya. Tapi ada kerajaan Umno/Bn kisah? Biarlah setiap hari rakyat marhaen Tamparuli melalui jambatan sempit dan tak berpagar itu, yang penting peruntukan kewangan negara dari hasil cukai terus dialirkan kepada para kroni.

Alasan kerajaan Umno/Bn tidak upgrade jambatan itu kerana rakyat di situ tak mengadu dan merungut pun! Maka kerana itu, begitulah taraf perkhidmatan untuk rakyat dari kerajaan Umno/Bn, keperluan ala kadar atau asal ada sudah! Rakyat marhaen jangan mengada-ngada dan terlalu meminta-minta untuk bermewah-mewah, bersyukurlah dengan apa yang kerajaan Umno/Bn bagi.

Yang penting bagi rakyat marhaen ialah berkorban untuk negara dan perlu kesian dan simpati dengan orang yang perasan FLOM kerana sering diniaya. Bayangkan duit cincin FLOM sahaja sudah boleh digunakan untuk upgrade jambatan Tamparuli!!Itulah 1Malaysia.

Namun kehadiran Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat menyedarkan mereka bahawa kerajaan Umno/Bn sudah tidak terpakai lagi dan perlu dibuang ke tempat sampah!! Tahniah rakyat Sabah, lakukan RE-FOR-MA-SI!!!


Tak peliklah kalau jalanraya di sabah menakutkan!!!

Bosan! Jalanraya di Sabah terus menakutkan

Mohd Firdaus

KOTA KINABALU, 25 Jan: Rakyat di negeri ini sudah bosan dan kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan negeri yang hingga kini masih gagal mencari formula terbaik menangani masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dan laporan demi laporan termasuklah kajian strategik yang dibuat mengenai isu itu, namun ia bagaikan ‘bising hanya dibibir’ kerana tiada perubahan yang ketara terhadap kualiti jalan raya terutama di negeri ini seperti mana yang diharapkan pengguna.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan berkata, rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pihak tertentu hanya semata mahu meraih undi semasa pilihan raya.

“Rakyat sudah bosan dan kecewa dengan keadaan begini.

“Keadaan jalan berlubang, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna dan berpasir terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik resah memikirkan kos bagi penyelenggaraan kenderaan,” ujarnya dalam nada yang kecewa.

Menurutnya, jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupit, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu boleh diklasifikasikan jalan yang paling teruk bermasalah.

Beberapa siri kejadian di mana kenderaan mengalami masalah tayar meletup, rim bengkok akibat hentakan jalan berlubang dan sebagainya sentiasa berlaku di jalan-jalan ini.

“Ini adalah antara laluan yang berbahaya terutama di waktu malam. Pengguna kerap kali melalui jalan yang teruk yang terpaksa memikirkan kos sampingan selain kos penyelengaraan kenderaan,” katanya.

Selain itu, kegagalan kerajaan negeri melihat permasalahan ini diselar berikutan begitu banyak pembaziran yang dibuat berbanding menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk rakyat.

“Kita (PAS) tidak nafikan bahawa, keindahan itu penting. Tapi alangkah baik sekiranya kerajaan juga menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik untuk rakyat.

“Ini jelas menepati slogan rakyat didahulukan... bukan kroni dan bukan juga perut menteri,” ujar Julpikar.

Sumber:harakahdaily

Tak kisahpun Hang Tuah wujud atau tidak!



Dahulu Prof Khoo Kay Kim pernah berkata Malaysia tak pernah dijajah. Pandangan ini diikuti oleh anak kepada Kling. Terbaru Prof Khoo Kay Kim dilaporkan berkata tidak ada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah. Agaknya terlalu banyak sangat mengkaji serjarah demi mempertahankan kerajaan Umno, dapatan Prof ini pun menjadi haru-biru. Yang diterima sebagai fakta selama ini, kini terdedah sebagai ‘penipuan’ rupa-rupanya selama ini. Yang kena tipu pelajar, yang menipu yang terlalu mahu membodek Umno. Nasib lah 1Malaysia!


Tentang pandangan terbaru Prof Khoo, bagi aku tak kisah pun Hang Tuah wujud atau tidak!


Kalau takdir Hang Tuah pernah wujud dan takdir masih wujud sekarang ini, aku rasa lebih menyusahkan orang Melayu untuk menerima perubahan sebab melihat kepada karektor Hang Tuah seperti yang diceritakan, kebarangkalian dia menjadi ahli Umno totok adalah tinggi! Cara ketaatan Hang Tuah akan menyebabkan Hang Tuah tak akan pandai berubah ke arah melakukan reformasi. “Pangkah Umno, kalau Umno kalah orang melayu akan makan ubi kayu…hidup seperti dalam zaman Jepun lagi!!”! Dah…kalau mentality Hang Tuah macam ini, baik Hang Tuah tak payah wujud!!! Tak wujud pun tak apalah!!


Kalau Hang Tuah tak pernah wujud, mujur, kerana nama baik Hang Tuah sebagai lagenda dongeng Melayu tak akan tercemar! Ketaatan Hang Tuah kepada manusia membuta tuli, sebiji macam taatnya Umno totok kepada para pemimpin Umno! Ketaatan seperti ini, tak akan membawa orang melayu maju membina tamadun bangsa dan berjaya dalam persaingan global! Kalau Hang Tuah jadi ahli PAS tak apalah juga!


Yang penting bagi bangsa Melayu bukan sama ada wujud atau tidak Hang Tuah jika mahu menjadi bangsa yang progresif dan cemerlang tamaddun bangsanya, kembalilah kepada pegangan dan amalan Islam yang syumul. Menerima Umno akan menjauhkan orang Melayu dari menghayati dan mengamal Islam yang syumul. Hal ini telah terbukti selama 54 tahun merdeka, orang melayu semakin lemah dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, social, ekonomi, ilmu, politik dan akhlaq!


Terima dan amal Islam dan mengasihi serta meneladani Rasulullah SAW akan menjadikan bangsa Melayu hebat malah lebih hebat daripada bangsa lain yang telah maju. Sistem pendidikan untuk bangsa Melayu dan umat Islam wajib membangunkan setiap pelajar disamping menguasai ilmu dunia timur, barat, utara dan selatan, adalah generasi yang hafal dan memahami serta menghayati isu kandung Al-Quran dalam setiap apa yang difikir dan dilakukan.


Jika tidak, sama ada wujud atau tidak Hang Tuah, bangsa Melayu akan terus menjadi bangsa yang terpaksa mengemis, mengharap dan berebut duit bagai nak mati, sekadar Rm100-500 yang tidak sebanyak mana, yang akhirnya menjadi taik belaka, terutama di awal-awal tahun atau dekat-dekat Pilihanraya!