Followers

Saturday, January 21, 2012

Kes Anwar Ibrahim: Rayuan yang dibuat oleh AG membuktikan Kerajaan UMNO/Bn terlalu 'sayang' lubuk busuk Syaiful !

Keputusan Peguam Negara Patail membuat rayuan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim ke Mahkamah yang lebih tinggi dari itu, memang benar-benar menggambarkan betapa busuknya hati pihak yang berada di belakang keputusan itu. Memang benar, semua pihak dan pelbagai golongan rakyat melihat keputusan ini adalah keputusan politik yang penuh dengan kehilangan maruah dan harga diri.

Mengapa perlu lagi 'dikuliahkan' tentang lubuk busuk syaiful kepada rakyat terutama anak-anak kecil, remaja dan muda? Penting sangatkah lubuk busuk syaiful itu sehingga perlu dikelebek di hadapan mata rakyat dalam mahkamah? Tindakan yang dilakukan ini sebenarnya bukan sahaja akan terus memanjangkan fitnah dan dosa malah langsung tidak menggambarkan moral tinggi pihak-pihak yang berada di belakang keputusan ini.

Kalaulah takdirnya para pemimpin kerajaan dan parti Umno di belakang keputusan ini, mengapalah mereka menjadi begitu desprate untuk menggunakan lubuk kotor syaiful itu bagi memanjangkan hayatnya? Apakah buat Umno, sudah tidak ada lagi yang wangi, suci dan bersih dan yang tidak menggelapkan hati untuk digunakan sebagai ubat kepada penyakit nazak yang Umno sedang hadapi? Mengapa untuk menyembuhkan nazak Umno, berahi benar Umno menggunakan lubuk busuk syaiful? Istimewa apa lubuk busuk syaiful itu? Sungguh keji, hina, kotor dam gelap hati cara yang dilakukan ini.

Bermain dengan benda-benda busuk begitu memang menggelapkan hati. Nampaknya Umno benar-benar gelap hati untuk berfikir rasional barang sejenak, bahawa penganiyaan dan kezaliman serta fitnah yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim itu sebenarnya semakin mendekatkan Umno ke lubang kubur. Kenapa begitu? Kerana hakikatnya rakyat sudah menyampah, boring dan teramat malu dengan cara politik Umno yang bernanah kotor ini. Jelek rakyat melihatnya. Umno kini bukan lagi nasib hidup rakyat yang tertekan yang menjadi tumpuan dan pembelaan, tetapi syaiful dan lubang busuk syiaful yang beria-ia mahu dibela dan asalkan Anwar Ibrahim dapat dikurung. Politik apa ini, kalau tidak ianya politik nafsu serakah jahat dan gelojoh yang jauh dari ajaran dan amalan Islam.

Tok Guru Nik Aziz menasihati, berpolitik secara bermaruah dan berintegriti adalah tidak sentuh batang tubuh dan maruah individu tetap berlawanlah akan dasar-dasar parti. Namun Umno bukanlah cerdik untuk berlawan mengenai dasar parti, yang Umno cerdik dan tidak benak ialah fitnah seks dan mengelebek lubang busuk Syaifool.

Jika Umno berfikiran waras tentang kelangsungan nyawa Umno, sudah semestinya dalam kes yang mengarut ini, tidak akan dibenarkan buat rayuan kerana kerajaan dan pemimpin Umno berkuasa untuk menghalang. Namun Umno yang telah gelap hati telah ditakdirkan Allah buat masa ini masih belum terbuka hati, yang mana tidak terbuka hati Umno itu menjadi tanda bahawa Umno akan mati sedikit masa lagi! Malah mungkin lebih cepat dari yang dijangkakan.

Baru hendak sahaja ternampak cahaya terang dalam bidang kehakiman, namun rayuan Peguam Negara Patail itu bakal menggerhanakannya kembali. Kegerhanaan itu bukan kerana hanya apabila Anwar Ibrahim mungkin diputuskan bersalah tetapi kegerhanaan itu adalah kerana terdapat tangan-tangan kotor di sana sini yang tidak mampu diselindung lagi dari tanggapan umum apabila pembicaraan berjalan nanti.

Memang puak-puak Umno/Bn dan para juak serta balaci, tidak boleh diharap. Oleh yang demikian, Umno perlu diturunkan dari pemerintahan negara ini kerana ia terlalu banyak memberi beban bukan sahaja kepada musuh politiknya malah yang lebih utama kepada ekonomi dan kehidupan rakyat marhaen dalam negara hari ini.

Sekali lagi Malaysia yang malang akan dipertontonkan tentang lubuk busuk syaiful ?

Friday, January 20, 2012

Alahai menteri-menteri Najib!!

Semakin hari wajah Umno semakin hodoh. Hodoh bebenor!

Laporan Ketua Audit dedahkan skandal lembu NFC yang membabitkan keluarga rapat seorang Menteri. Menteri itu kata kes lembu NFC itu tidak ada kaitan dengannya walaupun orang utama dalam NFC itu ada juga 'kait' dia. Lantas menteri itu dipanggil orang Menteri 'lembu'. Dipanggil begitu bukan kerana bodohnya, agaknya, tetapi mungkin kerana NFC itu adalah lembu yang diurus oleh orang yang berada di rumah menteri itu!

Lepas itu muncul pula seorang lagi menteri, yang laporan Audit kata guna wang zakat untuk halang kes kazaf yang dibawa oleh Anwar Ibrahim terhadap Sialful. Walaupun difahami orang ramai dari pendedahan audit dan puak-puak di tempat yang diamanahkan menjaga wang zakat itu, wang zakat itu diguna dahulu, lepas itu dibayar balik ,namun menteri itu kata, tidak, itu bukan guna duit zakat, pakai dulu je! Lalu menteri ini tidak dikatakan orang menteri lembu kerana tiada lembu dalam kesnya namun ia dilihat orang macam tongong sebab dia lulusan agama! Adake menghalang orang nak bawa kes kazaf ke mahkamah syariah dikatakan fisabilillah! Tanggung pula dengan seekor mufti yang bengong yang berada di KL tu!

Kemudian muncul pula seorang menteri yang bermadah jika sekiranya menteri mendedahkah laporan harta mereka, itu akan merbahaya kepada keselamatan. Kalau sudah harta dan wang ringgit tidak banyak sebanyak macam kes lembu, bahaya apa kejadahnya? Siapa yang peduli! Madah menteri itu dengan sendiri membuktikan harta menteri-menteri sebenarnya banyak! Soalnya, banyaknya harta menteri-menteri itu apakah selaras dengan pendapatan halal mereka selama ini? Inilah yuang perlu dideahlan bagi menggambarkan integriti mereka. Lagi pun apa bahayanya bukankah menteri-menteri selalu di jaga keselamatan oleh pihak keselamatan? Dengan alasan itu, maka orang ramai menjadi terkaget dengan pandangan 'merbahaya' menteri ini lantas terbit dari mulut-mulut mereka, "tolol rupanya menteri ni!"

Dan terbaru seorang lagi menteri yang bagaikan ayam berak kapur apabila mengenangkan hubungan Malaysia-Indonesia kurang baik, katanya adalah kerana paranan Anwar Ibrahim! Marah dia Anwar Ibrahim sering muncul di media negara jiran itu. Maka dari pandangan menteri ini nampak jelas bahawa kerajaan bos menteri ini hakikatnya tidak tahu menari kata papan jongkang-jongkit! Dasar luar sendiri yang tidak berkualiti dan tidak cekap, salahkan seorang manusia yang sering terkepung dan hendak dikepung lagi! di mahkamah yang lebih tinggi pula! Apa namanya itu kalau tidak, bangang wal benak!

Begitu nasib kabinet Najib, dipenuhi dengan mereka yang menjadi menteri hanya bertaraf JKKKK, Ibrahim Ali dan Hassan Ali!

Thursday, January 19, 2012

Ke mana pergi hasil balak zaman UMNO/Bn ya?

Pemimpin yang beragama, amanah dan berintegriti pasti mampu membela dan menjaga hak rakyat. Mereka akan rasa berdosa atau rasa sangat tidak bermoral jika menipu rakyat. Mereka akan rasa berdosa atau rasa sangat zalim jika merampas tanah-tanah rakyat seperti yang berlaku di beberapa kampung orang-orang Melayu termasuk Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini dalam keadaan orang-orang melayu merayu dan meminta ihsan Umno/Bn yang pekak badak agar tanah-tanah kampung mereka tidak dirampas. Mereka akan rasa sangat berdosa dan tidak amanah jika tergamak merampas lemnbu untuk membeli kondo dan berjoli dengan kad kredit. Mereka akan rasa berdosa dan sangat malu untuk menjual Felda yang menjadi antara satu-satunya ‘harta’ orang melayu di negara ini. Demikian jika pemimpin itu ada integriti dan perasaan moral yang tinggi.


Masalah yang menganiayai rakyat negara ini ialah cirri-ciri pemimpin beragama, beramanah, bermoral dan berintegriti seperti yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Azizan, Datuk Seri Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng, sudah tidak lagi dimiliki oleh UMNO/BN.


Tiada lagi pemimpin baik dalam Umno/Bn. Tiada lagi! Yang Umno/Bn ada hanyalah para pemimpin, kaki sapu komisyen, belasah duit lembu, kemut duit zakat, nak jual Felda, pantang nampak tanah rakyat yang bernilai tinggi akan dirampas untuk sendiri dan kroni, lebih membela PATI dari rakyat tempatan dengan anugerah yang tak pernah dibuat oleh mana-mana negara berdaulat; anugerah warga negara dan kad pengenalan segera, balak bagaikan harta perbadi, yang dengan sambil lewa dan cara paling bodoh mempertahan Pulau Batu Putih (win-win situation, haramjadah!), yang dengan bodoh dan bangang serah begitu sahaja kedaulatan negara ia itu tanah KTM di Singapura kepada negara asing, sang kroni penjilat keliling pinggang sombong dan samseng lagi, yang ada isteri besar-besar yang hobinya shopping besar dan mewah ( makin rakyat bongkar makin tak serik-serik dan insaf…buat lagi dan buat lagi!), yang kering isu yang ada hanya modal fitnah yang tak buat dek orang. Itulah antara yang Umno/Bn.


Hanya itulah wajah para pemimpin yang Umno ada. Oleh yang demikian, tahu-tahu sahajalah ke mana pergi hasil balak yang banyak di Kedah zaman Umno/Bn memerintah!



Azizan Tingkat Hasil Balak, mana Pergi masa BN

Aziz Muda


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata seorang pemimpin yang berintegriti sehingga menjadikan pendapatan negeri itu meningkat berkali ganda berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu.

Disebabkan kebolehan dan kejujuran Azizan dalam mentadbir negeri, hasil balak di Kedah sahaja mencatatkan keuntungan berkali ganda, apabila ia ditangani dengan baik, sejajar dengan amanah yang diserahkan kepadanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azizan seorang ustaz yang diragui kebolehannya untuk menjadi pemimpin oleh sesetengah pihak khususnya Umno BN, tetapi beliau kini ternyata seorang yang berkebolehan dan berintegriti.

Menurutnya, setelah Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, semua pihak telah tahu hasil balak di Kedah telah meningkat sehingga menyebabkan semua pihak tertanya-tanya ke mana perginya hasil balak semasa BN memerintah Kedah dulu.

"Semasa Umno BN perintah Kedah dulu, nampaknya balak dinilai dengan harga RM1,000 untuk satu ekar, tetapi setelah Datuk Seri Azizan menjadi menteri besar, satu ekar balak dinilai dengan harga RM19,000.

"Keluasannya sama, jadi mana perginya RM18,000 lagi semasa Umno BN memerintah Kedah dulu?" tanya beliau sinis sebagai mengulas perkembangan memberangsangkan bagi ekonomi Kedah setelah berada di bawah pemerintahan PAS atau Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, dengan perkembangan yang memerangsangkan itu, kini semua pihak boleh menilai betapa berbezanya sesebuah kerajaan itu apabila ia dipimpin oleh seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan bersikap jujur, berbanding mereka yang dikatakan bijak dalam memimpin tetapi tidak jujur, penuh rasuah dan sering melakukan penyalahgunaan kuasa.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Katanya, dengan peningkatan hasil negeri yang sedemikian tinggi, Azizan ternyata telah berkemampuan mematikan dakwaan tidak berasas pihak-pihak tertentu selama ini yang kononnya golongan agama, ustaz atau ulama tidak boleh menjadi pemimpin kerajaan.

"Malah dengan peningkatan hasil negeri setelah Kedah berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan, rakyat Kedah ternyata turut berbangga kerana akan dapat dibela dengan lebih menyeluruh berbanding semasa Kedah berada di bawah BN dulu yang hanya memberikan bantuan kepada kroni-kroni pemimpin parti itu sahaja," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Manakala dalam satu kenyataan, Datuk Seri Azizan berkata, Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Harakahdaily pada 3 Januari lalu melaporkan Azizan berkata, pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.

"Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

"Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

Sebelum ini Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.

Sumber:harakahdaily

Wednesday, January 18, 2012

Perubahan, mananya perubahan?

Inilah seorang menteri yang mengigau. Bercakap macam orang mabuk. Kalau dah mahu laksanakan pembaharuan atau transformasi , buatlah hari ini, tak payahlah konon rakyat sanggup tunggu. Sikit-sikit tunggu, nak tunggu sampai bila?


Setakat hari ini rakyat tidak nampakpun adanya perubahan ke arah yang positif. Kaedah pelaksanaan pilihanraya yang dicadang oleh rakyat masih tidak mendapat respon segera sepenuhnya. Daftar pemilihan masih banyak haramjadah di dalamnya. Tempoh berkempen dan penggunaan media masih seperti mahu dimonopoli terus. Kehakiman kalau setakat pembebasan Anwar Ibrahim masih belum membuktikan apa yang diharapkan oleh rakyat.


Kes lembu NFC masih memperlihatkan tahap integrity kerajaan Umno/Bn ditakuk lama. Duit berjuta telah pulun untuk beli tanah, kereta mewah kondo dank ad kredit,, tindakan kepada yang menyapu duit masih terhegeh-hegeh. Kalau setakat bagi cuti kepada Sharizat, tranformasi apa kejadahnya begitu.


Transformasi PDRM di bawah menteri mengigau ini? Kalau dengar dari percakapan dan kenyataan-kenyataan bos-bos besar PDRM dalam menguruskan isu-isu NFC, Himpunan 901, Mahasiswa, rasanya macam zaman Mahathir juga, malah mungkin lebih teruk!


Apa lagi transformasi? Transformasi FELDA? Hah sikit lagi kalau rakyat tidak menentang FGV ke Bursa saham, Felda akan senasib malah lebih teruk dari BERNAS. Peneroka Felda akan menang sorak Felda tergadai. Harap Isa Samad nak buat transformasi Felda? Macam bagi bunga kepada kera!


Apa lagi perubahan Najib? Ekonomi? Woi nasi sepinggan sekarang pun dah dekat rm8 sepinggan. Barang makan dan pasar seperta keperluan hidup makin mahal. Keperluan anak-anak semakin naik harga. Kos tanggung anak-anak di IPTA dan IPTS naik mendadak, PTPTN pirah mabuk- tak boleh harap! Kos pembinaan rumah tak usah cakap, harga jualan rumah apalah lagi. Bila siap, kualiti rumah macam haram jadah, apa lagi kalau rumah-rumah Syariakt Perumahan Negara yang kontraktor orang-orang Umnongok, betul-betul menyudsahkan rakyat.


Lagi apa? Tranformasi lebih hebat dan ketara kalau UMNO/Bn terus menang PRU ke13? Memang betul, kalau UMNO/Bn menang, harga minyak jangan cakap akan turun naik lagi mungkin, Cukai Perkhidmatan dan Barangan sudah pasti. Rakyat akan mati beragan, Sahrizat juga dapat cuti panjang!!


Transformasi pendidikan? Entahlah setakat hari ini tak nampak pun tranformasinya. Sistem pendidikan semakin sesak dan kelam-kabut ya. PPSMI terus menelan bahasa melayu Bahasa kebangsaan. Transformasi taik kucing apa kalau Adam Adli turunkan kain yang ada gambar Najib pun digantung pengajian! Kalau turun bendera Malaysia munasabahlah juga! Memang mabuk!


Transformasi perkhidmatan awam? Kahkahkahkah….malaslah nak komen!


Masalah kekayaan Taib Mahmud dan keluarga masih lagi terlalu sukar untuk disiasat. Tak ada perubahan integrity pun dalam masalah ini.


Jadi kalau menteri mengigau ini cakap pasal rakyat sanggup tunggu demi perubahan, sebenarnya rakyat dah meluat, menyampah, getik akan perubahan yang dijanjikan tapi nothing! Perubahan bukan cakap tapi laksanakan sesuatu perancangan yang rakyat gembira dengannya! Angkat jari telunjuk tercokeng, rakyat gembira ke? Angkat jari hantu kang!


Hisham: Rakyat sanggup tunggu demi pembaharuan

Nigel Aw


Pembaharuan kebebasan sivil di negara ini akan mengambil masa tetapi kebanyakan rakyat sanggup menunggu kerajaan melaksanakannya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


"Jika kita bercakap tentang undang-undang baru yang kita kemukakan, transformasi yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kita perlu imbangi antara kepentingan negara dan keselamatan negara, hak dan kebebasan.

"Ini mengambil masa, dan saya percaya majoriti rakyat Malaysia sanggup memberikan kita masa," katanya pada sidang media selepas Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di Kuala Lumpur, petang semalam.

"Tujuannya adalah melakukan apa yang betul dan rakyat tidak perlu membayar kos seperti yang terpaksa dilalui oleh Jepun adalah sesuatu yang bernilai dan usaha yang baik," katanya.

Hishammuddin merujuk kepada pertumpahan darah yang terpaksa dilalui Jepun semasa Perang Dunia Kedua sebelum negara itu berjaya beralih menjadi masyarakat moden.

Walaupun negara sedang dalam peralihan, Hishammuddin berkata Malaysia tidak menyaksikan sebarang pertumpahan darah mahupun rusuhan di jalanan.

"Kita beri ruang kepada diri kita untuk menyesuaikan diri dengan peralihan tetapi saya percaya ia memerlukan banyak kesabaran dan juga keberanian."


Sumber:malaysiakini

Monday, January 16, 2012

HAH ENGKO, KAD KREDIT PUN DUIT LEMBU? PADAH!!

Inilah yang dinamakan pulun sungguh. Kondo, tanah, mercedez, lembu dan kad kredit! Agak-agaknya taik lembu pun dipulunnya?

Tapi anihnya puak-puak lembu tak marah pulak lembu-lembu diperlembukan, tak dakwapun di mahkamah, sekadar bapak lembu bagi cuti panjang sahaja! Memanglah lembu puak-puak lembu tu!



Keluarga Shahrizat didakwa belanja RM600,000 kad kredit NFC


Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak

untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan butiran perbelanjaan berkenaan.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

Sementara itu, Wan Shahinur Izran melalui akaun Twitter miliknya, hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa beliau dan anggota keluarganya yang lain menyalah-gunakan kad kredit syarikat untuk tujuan peribadi.

"Perbelanjaan syarikat dibayar melalui kad kredit. Usaha PKR untuk menipu itu cuba memperbodohkan orang ramai,” tulisnya di Twitter berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi itu.

"PKR akan sentiasa membuat fitnah dan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Ini adalah politik. Kami akan bekerjasama dalam sebarang siasatan.”

Sumber:malaysiakini

Sunday, January 15, 2012

Tawaran Pakatan Rakyat kepada kakitangan awam

Tawaran Jingga: Perkasa perkhidmatan awam Negara

Husam Musa


NABI Muhammad s.a.w bersabda;

“ Mereka (kakitanganmu) adalah saudara (adik beradik) mu, Allah menempatkan mereka di bawah kelolaanmu; sehingga sesiapa mempunyai saudara di bawah kelolaannya maka harus diberinya makan seperti apa yang dimakannya (sendiri) dan memberi pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan tidak membebankan mereka dengan tugas berat di luar kemampuan, dan jika kamu membebankannya dengan tugas seperti itu, hendaklah kamu sendiri membantu mereka.” (HR. Muslim)

Saya ditugaskan berdiri di sini untuk membentangkan Kertas Jingga Tawaran Pakatan Rakyat berkaitan Perkhidmatan Awam Negara.

Pakatan Rakyat telah mencapai kemenangan. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan skim SBPA ditangguhkan.

Pengumuman ini dibuat sehari sebelum Konvensyen Pakatan Rakyat di mana Kertas Jingga kita telah mencadangkan bukan sahaja SBPA ditangguhkan tetapi digubal semula!

Nampaknya Kertas Jingga kita telah dapat dikesan oleh PM.

Tahniah kita ucapkan kepada seluruh kakitangan awam atas kejayaan mereka menangguhkan pelaksanaan skim yang akan melebarkan lagi jurang pendapatan di kalangan kaki tangan awam negara ini.

Selain tidak dirundingi secara lebih menyeluruh, SBPA benar-benar memberikan penekanan kepada lapis atas sektor perkhidmatan awam dan tidak memberikan pembelaan sewajar dengan kenaikan beban hidup kepada 80% lagi kaki tangan yang dimmasukkan dalam kategori pelaksana.

Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), 40 peratus daripada rakyat negara ini tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Kira-kira 75 peratus daripadanya ialah keluarga Melayu/Bumiputera merangkumi keluarga kakitangan awam yang kononnya dibela oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup merana. Layanan terhadap golongan rakyat tersebut yang diberikan Kerajaan UMNO-BN dapat disifatkan umpama melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.

Jika kita merujuk kepada data terkini Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP), 5.3 juta pekerja dengan 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000. Dengan kata lain, hanya 8 peratus daripada golongan pekerja, termasuk kakitangan awam yang berada dalam kategori berpendapatan melebihi RM5,000.

Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34 peratus daripada tenaga kerja masih dibayar kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan. Kakitangan awam juga berdepan dengan situasi sedemikian.

Gaji yang bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh kakitangan awam, tetapi satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia.

Prinsipnya adalah seharusnya menepati maksud hadis yang saya bacakan tadi.

Bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi Kerajaan UMNO-BN yang memandang remeh kehendak rakyat, termasuk kakitangan awam yang begitu asasi, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah.

Hasilnya, sama seperti mahasiswa yang dibelenggu dengan hutang PTPN, kakitangan awam negara kita sebenarnya turut terbelenggu dengan perangkap hutang.

Kerajaan Kelantan pada asasnya bersetuju, Insyaallah jika PR mentadbitr Putrajaya, royalti petroleum yang terhak kepada Kelantan akan dibayar dan semua pinjaman PTPN rakyat Kelantan bermula sejak 2005 akan dijelaskan.

Saya telah mendengar ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim menjelang 901 yang menyebut PR akan menyemak semula kedudukan PTPN seluruh negara jika PR menguasai Putrajaya.

Di bawah SPBA yang dicadangkan, masih terdapat kakitangan awam yang menerima gaji di bawah RM900. Sebagai contoh:

Tangga Gaji Bagi Skim N(Pentadbiran & Sokongan):

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)

Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)

Prinsip mendekatkan jurang pendapatan akan diguna pakai bagi tawaran alternatif PR kepada perkhidmatan awam negara.

Prinsip lain ialah Pakatan Rakyat mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang telah lama berkhidmat atau ‘seniority’ bagi memastikan kenaikan gaji golongan tersebut adalah sepadan.

Elaun khas profesional akan ditetapkan bagi kakitangan awam yang mempunyai pengiktirafan profesional seperti jurutera (Ir), juru arkitek (Ar), juruukur tanah (Sr) dan seumpamanya.

Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding antarabangsa yang penuh dengan pertikaian dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan.

Tindakan membuka jawatan penting kerajaan kepada lantikan luar juga membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kepercayaan kepada kakitangan awam untuk melaksanakan agenda transformasi beliau sehingga terpaksa mengimport tenaga profesional luar seperti yang dilakukan melalui Pemandu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan melibatkan syarikat perhubungan antarabangsa seperti APCO dan FBC.

Oleh kerana kertas ini disediakan untuk memberikan pandangan PR terhadap SBPA, izinkan saya melanjutkan sedikit ulasan saya mengenainya.

Kakitangan awam kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C dijangka menerima kenaikan hampir 45 peratus pada peringkat permulaan gaji berbanding SSM. Meskipun kumpulan pengurusan premier hanya mempunyai 36 orang di negara ini, tetapi Kumpulan Premier 1 mendapat kenaikan sehingga RM60,000 sedangkan gaji mereka sebelum ini hanya sekitar RM30,000. Sementara itu, kakitangan awam biasa hanya menerima kenaikan gaji 7-13 peratus selepas menerima SBPA.

Sebahagian kakitangan juga menuduh SBPA tidak menghargai kakitangan yang bekerja lama atau warga tua. Sebagai contoh, selepas kenaikan tangga gaji skim SSM kepada skim SPBA, kakitangan awam B hanya mendapat separuh daripada kenaikan kakitangan awam A, masalah sama juga berlaku kepada kakitangan awam C gred gaji N1 yang berkhidmat lebih 20 tahun mendapat kenaikan kurang daripada kakitangan awam A. Padahal kakitangan awam C sepatutnya layak menerima lebih kenaikan berbanding kakitangan awam A.

Oleh sebab peningkatan gaji bergantung kepada peratusan daripada pokok gaji, ini menyebabkan peningkatan gaji kakitangan awam yang rendah tidak mendapat peningkatan yang ketara apabila dilakukan kenaikan daripada SSM kepada SBPA. Mengambil gaji guru sebagai contoh, perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah SBPA sangat ketara. Guru DG44/DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu daripada RM2,982.99 kepada RM2,985 selepas menukar daripada SSM kepada SBPA. Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan gaji guru DG54/DG1-6 sebanyak RM1,857.46 (bersamaan 35.94%), daripada RM5,167.64 kepada RM7,025.00.

Gaji guru

Penelitian kami menunjukkan bahawa pengiraan SBPA akan menyebabkan berlakunya peningkatan gaji guru yang tidak adil. Tambahan juga, terdapat guru dalam gred berbeza menikmati gaji yang sama. Contohnya, seorang guru P1T10 yang menikmati gaji bulanan RM2509.90 dalam SSM, selepas menerima SBPA, gajinya sama dengan guru P1T9 sebanyak RM2615 sebulan.

Jika dihayati ucapan Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaik pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun ke-8 dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4). Tapi mengikut SBPA, pihak yang terlibat harus menunggu tahun ke-9 atau menggenapkan perkhidmatan selama 8 tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan 8 tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara ‘time-based’ ke DG1-4.

Pengumuman penangguhan SBPA oleh PM membuktikan terdapat begitu banyaknnya kelemahan dalam skim ini. Soalnya, kenapa kabinet meluluskan pelaksanaannya tanpa benar-benar menelitinya?

Pakatan Rakyat mencadangkan bukan sahaja SBPA ini ditangguhkan bahkan satu tawaran alternatif berasaskan prinsip akauntabiliti dan kecemerlangan perkhidmatan awam dibentangkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh konvensyen ini.

Selain dari itu, satu jawatankuasa mengkaji Akta Pekerja yang dicadangkan oleh Kerajaan BN di mana ia lebih menyebelahi majikan berbanding kakitangan terutama kaki tangan kontrak.

Sewaktu menyiapkan kertas ini, kami juga menerima permintaan dari kakitangan MAS yang merasa tidak puas hati dengan kedudukan mereka ekoran ‘share swapping’ antara Air Asia yang mempunyai kakitangan yang sedikit berbanding pesawat dan MAS di mana kaki tangannya lebih besar dengan nisbah pesawat yang lebih kecil.

Di samping itu, dari maklum balas yang kami terima, lebih dari 50% kakitangan awam memihak kepada PR kerana mereka merasakan PR lebih ‘fatherly and motherly’. Simbol ‘fatherly’ PR ada pada tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz dan tokoh ‘motherly’ seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Sementara dinamisma yang diperlukan oleh perkhidmatan awam ada pada tokoh seperti YAB Lim Guan Eng.

Dengan itu, PR mempunyai kelebihan bagi memberikan tawaran yang lebih bertepatan dalam rangka meningkat mutu perkhidmatan awam kita yang sebenarnya menjadi kunci ‘delivery and perfomance’ Kerajaan.

Dengan saiz perbelanjaan mencecah 28.7% dari Belanjawan 2012 atau jumlahnya RM 52 billion, seharusnya mutu penyampaian perkhidmatan awam mestilah sangat tinggi dan cemerlang.

Sekian

Husam Musa

Konvensyen Pakatan Rakyat

14 Januari 2012


Kertas cadangan ini dibentangkan penulis dalam Konvensyen Ketiga Pakata Rakyat di Alor Setar pada 14 Januari 2012.

Sumber:harakahdaily.net