Followers

Friday, January 13, 2012

Kegagalan Najib di Pekan!

Nama sahaja kawasan Parlimen Perdana Menteri namun pelajar-pelajar UMP di Pekan tetap bermasalah untuk mendapat bekalan air. Itulah akibat dari seorang wakil rakyat yang berjawatan Perdana menteri yang asyik danterlalu bermain politik dan beretorik sehingga anak-anak muda di kampus tersebut hendak membersih dan menyenangkan diri pun sukar.

Bayangkan kalau masalah ini berlaku di Kelantan atau di Kedah rasanya tak cukup hari ,isu ini akan digebang dalam media balaci untuk menggambarkan kegagalan Pakatan Rakyat. Isu air di Selangor pun hari-hari dipersalahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, tak pandailah, tak cekaplah, tak caknalah! Mereka yang mencipta isu, Kerajaan selangor yang menuntut hak untuk kepentingan rakyat pula dipersalahkan. Habis masalah air di Kampus UMP Pekan itu cakna sangatlah tu?

Itulah Umno di bawah pimpinan Najib hari ini, setiap masa bermain politik murahan dan setiap masa beretorika bermacam-macam demi melebong rakyat yang bodoh, namun masalah rakyat semakin menekan dan semakin tidak diperdulikan. Perdana Menteri dengan mak inang tembamnya pula terus terbang ke seantero dunia dan sekali-sekala hisap cerut di kelab bangsawan!! Alahai Najib!!

Adnan diminta atasi masalah bekalan air UMP Pekan

Harakahdaily, 13 Januari 2012

PEKAN, 13 Jan: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob diminta campur tangan agar kemelut dan permasalahan bekalan air di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan dapat diselesaikan dengan segera.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP, Muhamad Fazli Abdul Halim membuat gesaan itu sekiranya pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang gagal mengatasi permasalahan tersebut.

Menurutnya, maklum balas yang diterima daripada pihak JBA Pahang rentetan isu krisis ganguan air antara lain menyatakan bahawa masalah bekalan air yang tidak stabil itu akan berpanjangan sehinggalah suatu sistem bekalan air yang sempurna disiapkan untuk kampus berkenaan.

Katanya, pihak JBA juga menyatakan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah adalah dengan menyalurkan bekalan air secara terus ke kampus dari Loji Air Peramu dan menjangkakan kerja-kerja pemasangan paip itu siap akhir tahun 2012.

Justeru, katanya berdasarkan maklum balas yang diterima itu krisis gangguan air akan berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang.

“Pihak kami mendesak dan menggesa agar projek pembinaan bekalan air secara terus dari Loji Air Peramu ke Kampus UMP Pekan tersebut dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut yang dialami,” katanya.

Menurutnya, usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti dalam menangani krisis itu sewajarnya diberikan pujian seperti menggunakan khidmat lori tangki air bagi penghantaran air ke kampus sebagai satu langkah sementara dalam meredakan permasalahan itu.

Namun, kata beliau sewajarnya hal tersebut dimainkan secara serius oleh pihak JBA Pahang yang berfungsi dan dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut.

“Pihak kami bimbang krisis ini akan bertambah serius apabila beberapa bangunan baru seperti perpustakaan, pusat aktiviti pelajar dan bangunan Fakulti Pembuatan yang dijangka beroperasi secara penuh pada awal semesta hadapan yang secara umumnya akan menyebabkan tekanan air menjadi lebih rendah,” ujarnya.

Menurutnya lagi, melihat kepada keadaan semasa yang mana kebanyakan kelewatan projek berlaku dalam proses pembangunan kampus Pekan, pihaknya kurang berkeyakinan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan.

Oleh hal sedemikian, ujarnya pelbagai pihak yang akan terjejas akibat permasalahan tersebut seperti mahasiswa, pensyarah, pengusaha kafeteria dan pengurusan universiti sendiri.

Katanya, krisis gangguan air itu bukan hanya menjejaskan warga UMP Pekan tetapi turut menjejaskan masyarakat sekitar kampus.

Untuk makluman, ujarnya UMP Pekan serta masyarakat sekitar berkongsi sumber air yang sama iaitu sumber air daripada Loji Air Kuala Pahang.

Tambahnya, apabila terdapat banyak aduan yang diterima akibat gangguan air di UMP, maka air akan disalurkan lebih ke UMP yang dalam masa yang sama masyarakat sekitar pula akan mengalami gangguan, begitulah yang berlaku seterusnya.

“Oleh hal sedemikian pihak kami menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini mengambil tindakan yang sewajarnya agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

“Pihak kami mengharapkan pihak JBAPahang bersedia menjawab permasalahan ini secara terbuka agar segala keraguan dapat diatasi dengan segera,” ujarnya.

Sumber:harakahdaily

Tuesday, January 10, 2012

Anwar bebas, daftar pemilih pilihanraya masih jauh dari bebas.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari fitnah politik yang begitu lama mencengkam beliau. Dato Dr Hassan Ali telah pun dipecat dari PAS akibat daripada perasan lebih hebat dari jemaah. Saari Sungip telah pun diberi amaran agar jangan nak memandai-mandai bercakap soal calon pilihanraya tanpa jemaah pada masa akan datang. Nasaruddin Mat Isa tunggu dulu, kalau tak belajar juga dari apa yang berlaku kepada Hassan Ali, Nasaruddin Mat Isa pun jangan perasan kebal dalam PAS. Dalam PAS jemaah yang kebal! Belajar dari pengalaman itu atau memang pun berhasrat supaya dibuang!

Dalam semua kemelut yang berlaku, kita perlu kembali fokus kepada isu utama rakyat yang lain.

Felda Global Ventures akan tetap 'digadai' di BSKL. Makin kita senyap, makin lapanglah peluang Isa Pendek untuk menjayakan hasrat nafsu serakahnya menggadaikan para peneroka felda melalui pengapungan FGV di BSKL.

Lapan tuntutan Bersih 2 masih jauh dari mahu dilaksanakan. Setakat hari ini hanya dakwat kekal sahaja yang diberikan komitmen, itu pun kalau senyap mungkin akan timbul idea auta dari SPR yang memang tak boleh diharapkan itu. Tempoh berkempen yang mencukupi, peluang akses kepasa media perdana dan paling penting kebersihan senarai daftar pemilih masih hura-hara.

Makin kita senyap dan duduk bersibukkan dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Isa, makin sedaplah puak-puak haramjadah dalam SPR dan JPN memasukkan seramai mungkin mat-mat indon, bangla dan sebagainya untuk dijadikan pengundi.

Maka sebab itu Pakatan rakyat perlu segerakan Bersih 3.o jika tak mahu melopong menjadi tipah tertipu! Penipu, dasarnya tetap menipu! Pemfitnah, makanannya tetap fitnah, jika tidaj fitnah orang makan mereka akan kebulur! Hati-hati jangan jadi pelanduk yang sering lupa kepada perangkap, kerana perangkap tidak pernah lupakan pelanduk. Jom segerakan Bersih 3.0 untuk memastikan mahkamah (PRU) rakyat dijalankan secara adil dan berintegriti. Jika tidak tak usah bermimpi berada di Putrajaya untuk rakyat!

Sunday, January 08, 2012

Sebagai seorang yang perasan lebih cerdik dan bijak daripada jemaah, Hassan Ali tak perlu terkejut dipecat!

Pemecatan serta-merta Hassan Ali daripada PAS harus menjadi pengajaran kepada para pemimpin kanan PAS yang lain yang berada di punca hiraki kepimpinan parti. Pas adalah parti jemaah yang mempunyai struktur organisasi yang tidak menjadikan mana-mana individu pemimpin berkuasa secara diktator dan mutlak.

Jika para pemimpin sering menyeru ahli-ahli dan aktitivis bawahan parti di grass-root wala' kepada setiap keputusan kepimpinan dan jemaah, tidak kurang juga para pemimpin kanan parti tidak terkecuali untuk mentaati keputusan jemaah. Keputusan jemaah tidak akan menjadi bodoh sebagaimana mungkin bodohnya seorang pemimpin secara individu.

Para pemimpin kanan parti jangan merasakan terlalu bijak dengan ijazah berjela-jela hinggakan merasa diri secara individu terlalu cerdik berbanding keputusan jemaah melalui pelbagai dewan-dewan dan muktamar parti. Jangan sering bersikap gelojoh dan tidak bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media. Jangan juga memandai-mandai mendahului keputusan jemaah konon orang itu dan orang ini tidak akan bertanding di mana-mana. Menjadi cerdik dan bijaklah untuk tidak menyebut-nyebut benda-benda atau hal-hal yang bukan bidang kuasa para pemimpin kanan secara individu. Jangan hanya kerana sedapdan ghairah nak bercakap dan mengulas, padahnya sebab pulut santan binasa, terlajak petrahu boleh diundur, terlajak kata......

Ambil ikhtibar dari perangai gelojoh Hassan Ali yang jika dibiarkan berterusan mampu merosakkan jemaah. Semoga selepas ini berdebat dan bertakilah dalam mesyuarat dan apa-apa saluran rasmi parti pun, namun apabila telah menjadi keputusan jemaah, jangan lagi mana-mana para pemimpin kanan, cuba berlagak pandai dan bijak tak tentu pasal. Dengar nasihat Mursyidul Am dan Presiden kerana merekalah yang layak untuk didengari.

Kepada Dato' Dr Hassan Ali tidak payahlah terkejut kerana mana-mana organisasi pun akan membuat keputusan yang serupa jika anda terus-terusan merasakan anda lebih bijak dari kepimpinan organisasi yang anda anggotai.