Followers

Saturday, January 07, 2012

Kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib, Presiden Umno, bodoh?

KUALA LUMPUR: Kerakusan 'kerajaan bodoh' memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada 'kroni-kroni bodoh' mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapat khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai.

"Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja.

"Hanya kerajaan yang bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di sisi lain pula, Mahfuz mempersoalkan adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyeleweng wang rakyat.

"Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta pula kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya.

Kerajaan yang cerdik kata Mahfiz, tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan!

"Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC.

Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela ( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar-kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu," kata Mahfuz.

Sumber : Harakah

Nota: Aku tambah, bukan sahaja bodoh tapi baghal dan bahlol sekaligus!!

Fatwa dan pandangan Tokoh: Fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Fatwa Yusuf Al-Qaradawi, Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah dan Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa, yang dikeluarkan pada Mac 2010:

"Al-Quran menegaskan dalam surah An-Nur, ayat 15:" Ketika kamu menyambut fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan kamu. Kamu beberkan sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu. Malah kamu menyangkanya perkara yang kecil pada hal di sisi Allah perkara yang serius dan sesuatu yang amat besar dosanya'.

"Tidak seorang pun berani berbuat demikian kecuali orang yang fasiq.

"Saya nasihatkan agar kalian janganlah mudah menceroboh maruah orang Islam lain. Lebih-lebih lagi orang yang terkenal baik dan dihormati, berakhlak mulia, luhur, golongan pendakwah dan berbudi pekerti yang tinggi di dunia Islam seperti Anwar Ibrahim".

Oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili, Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa, dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik Syria:

"Tidak semua yang dipenjara itu bersalah.Nabi Yusuf a.s. walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusof cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh".

"Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya. semoga allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusuf a.s. Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik daripapa yang telahpun didapati sebelum ini.

" Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat."

Oleh Syeikh Tahar Jabir, Presiden Universiti Cordoba:

"Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Turuq al-Hikmiyah serta ramai para ulama menolak pendakwaan orang yang tidak adil dandiragui perangai dan pernyataannya. Sesiapa yang menuduh terutama terhadap orang yang penting dalam pemerintahan dan masyarakat dihukum qazaf (pertuduhan yang mseti mengemukakan empat orang saksi dan sekiranya gagal penuduh akan dianggap sebagai fasiq).

"Sejarah pergerakan Komunis di dunia Arab sering melemparkan tuduhan keji kepada pemimpin-pemimpin berkahlak mulia dan berpegang teguh dengan Islam.

"Kami merasa terkilan dengan pihak yang bertanggungjawab terutama dalam bidang kehakiman di Malaysia. Proses penghakiman telah direndahkan martabat sehingga menjadi medan persaingan politik".

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS


Memenjarakan Anwar bagaikan orang bermain meriam buluh!

901. Pada tanggal tersebut keputusan kes liwat 2 yang dituduh terhadap Anwar Ibrahim akan diberi keputusan oleh hakim. Anwar ibrahim sama ada dibebaskan atau dipenjara sekali lagi.

Apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim amat difahami oleh rakyat yang bijak dan yang berintegriti. Ada yang mengatakan, contohnya Hassan Ali, konon apa yang bakal terjadi kepada Anwar pada 9hb Januari nanti adalah semata-mata kes peribadi. Sungguh pelik seorang yang dianggap cerdik oleh masyarakat selama ini menjadi begitu bodoh dan terlalu benak untuk memahami persoalan prinsip dan isu-isu keadilan perbicaraan yang wujud daripada pertuduhan yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim itu.

Manusia perjuangan jenis apakah yang tiba-tiba sahaja berubah. Manusia ini yang dahulunya menyertai PAS kerana antara faktornya ialah apa yang menimpa Anwar Ibrahim kini, merasakan bahawa apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahimitu adalah hal peribadi semata-mata.

Semua orang yang tidak tolol menerima hakikat bahawa kes Anwar Ibrahim ini adalah bukan kes peribadi semata-mata, malah sebaliknya ialah lebih jauh dan luas dari itu implikasinya kepada rakyat di negara ini. Oleh yang demikian memenjarakan Anwar Ibrahim akibat dari satu proses perbicaraan yang dipertikai banyak pihak, dalam dan luar negara bukanlah satu keputusan yang menjadikan Umno selamat dan selesa untuk mampu bersenang-lenang. Padah lebih besar akan menimpa Umno berbanding dari apa yang Umno dihajatkan dari memenjarakan Anwar.

Memenjarakan Anwar Ibrahim daripada kes liwat 2 adalah bagaikan orang bermain meriam buluh! Umno kian menempah 'maut'!

Thursday, January 05, 2012

Hassan Ali perlu disingkir segera dari parti

Sudah sampai masanya Hassan Ali disingkir dari parti. Sikap Hassan Ali sejak akhir-akhir ini terutama malam ini melalui Butetin Utama TV3 terlalu banyak tidak mambantu kemaraan parti dalam menghadapi PRU ke13 nanti.

Hassan Ali terlalu jelas cuba menyanggah sikap kepimpinan parti terhadap Pakatan Rakyat dan cara beliau berhujah bukan lagi membuktikan beliau seorang ahli jemaah yang baik kepada PAS. Sikap ahli jemaah yang baik jika pun tidak bersetuju dengan kepimpinan parti bukan dengan gigihnya cuba memburukkan sikap parti terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat. Memang sebagai ahli PAS, semua ahli boleh bersikap kritikal kepada parti tetapi bukan bersikap buruk terhadap parti. Sikap dan fikrah Hassan Ali pada waktu ini mampu mencelarukan fikrah politik jemaah.

Mengkritik kepimpinan dan peribadi Anwar Ibrahim, yang merupakan persepakatan kepimpinan PAS terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat adalah sikap buruk yang ditonjolkan oleh Hassan Ali. Buat tidak faham bagaimana sikap mahkamah dalam perbicaraan Anwar Ibrahim menggambarkan Hassan Ali bersuara bagaikan pemimpin Umno dan seolah-olah cuba 'menyindir' kebijaksanaan kepimpinan parti. Ini adalah perangai politik buruk yang ditunjukkan oleh Hassan Ali sebagai ahli parti. 'Menyindir' kebijaksanaan kepimpinan parti terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat, dengan menggunakan media musuh politik parti menjadikan Hassan Ali lebih menyusahkan jemaah.

Maka itu, Hassan Ali bukan lagi ahli yang baik kepada PAS. Pihak kepimpinan parti wajar membuat keputusan tegas terhadap beliau. Biarlah parti terpaksa menghadapi sedikit risiko, namun membiarkan Hassan Ali bermudah-mudah menyongsang fikrah jemaah bukan cara yang baik untuk parti. Hassan Ali nampaknya kian lantang 'membelasah' teamwork jemaah. Maka jika Hassan Ali mahu menyerang fikrah dan persefahaman kepimpinan parti, biarlah Hassan Ali berada di luar, bukan di dalam parti! Silalah buat keputusan segera sebelum keadaan semakin menserabutkan dek kerana Hassan Ali. Parti lebih banyak urusan lain yang perlu dilaksanakan! Jika tidak parti tidak tegas dalam mengatasi kemelut Hassan Ali ini.

Tuesday, January 03, 2012

Mahasiswa bangkit, Umno pasti akan terduduk

Semakin malang nasib PDRM, rakyat semakin tidak suka dengan cara mereka bertindak terhadap demonstrasi aman. Sikap yang keterlaluan mengampu para pemimpin Umno menjadikan pandangan umum semakin meluat dan menyampah kepada mereka.


Kepada mahasiswa university tahniah di atas keberanian menegakkan kebenaran dan menuntut kebebasan dari AUKU. Perjuangan wajar diteruskan walau apa pun rintangan dan halangan. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Seluruh ahli masyarakat menyokong kalian terutama mahasiswa UPSI yang tidak dipandang lagi oleh kerajaan Umno/Bn untuk diberi perhatian dan harapan masa depan. Jangan lupa kata-kata muhyiddin,’ pergilah cari kerja sendiri!’


Jelas kebangkitan mahasiswa akan menjadikan Umno terduduk lembik sedikit masa lagi!


Penjelasan polis ulang tayang skrip lama- Mohd Sabu

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad.

Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.

"Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad (gambar).

Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.

Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.

"Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad.

Sumber:harakahdaily