Followers

Thursday, December 06, 2012

Sahabat karib Umno ini kian melampau namun Umno dan NGOnya terus tersenyum bangga!?



MCA/Gerakan nampaknya dah tak tahu apa nak bercakap! Sudah macam kesasauan. Inilah padahnya berguru dengan UMNO yang tak betul kepala! Peruntukan hal ehwal agama Islam yang mengikut prosedur kewangan pun, MCA/Gerakan menjadi kepanasan dan naik kurap satu badan? Melampau, perkara yang bukan isu pun nak dijadikan isu.

Sama seperti Umno, MCA/Gerakan kian hari kian takut kepada bayang-bayang sendiri hinggakan apa sahaja yang betul asalkan mengenai Islam, MCA/Gerakan menjadi sasau! Kalau begitu lagak MCA/Gerakan, bayangkan apa yang akan berlaku kepada Islam, kalau PRU ke 13 nanti takdirnya UMNO/BN menang dan Ketua Menteri Pulau Pinang dilantik dari kalangan MCA/Gerakan lagi? Rasanya peruntukan untuk agama rasmi negara itu akan diperleceh oleh mereka.

Jelas ini membuktikan bahawa MCA/Gerakan sebenarnya jahat dan sangat berprasangka buruk terhadap Islam, agama rasmi negara. Dan ini juga membuktikan bahawa DAP adalah parti yang benar-benar menjunjung prinsip perlembagaan dengan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Justru itu marilah kita istiqamah menolak MCA/Gerakan dan yang berkaitan dengannya dalam PRU ke 13 nanti dengan terus memberi sokongan kepada calon-calon DAP dari Pakatan Rakyat. MCA/Gerakan kian melampau! Dimanakah Umno dan NGO-nya yang kuat melalak selama ini konon mempertahankan Islam, Raja dan Melayu? Perjuangan taik kucing!

Bajet agama naik 300%: MCA tuduh DAP menuju Islamisasi

Harakahdaily 06 Dis 2012.

PULAU PINANG: Pengerusi MCA Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi apabila menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?" katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim Guan Eng (gambar) – pada Isnin lepas.

Ia disiarkan oleh sebuah akhbar Cina baru-baru ini.

Ekoran laporan itu, Lim Guan Eng menolak laporan sebegitu dan menyifatkan ia sebagai kenyataan resis, lapor Malaysiakini.

"Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut (Utusan), akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.

"Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.

"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

No comments: