Followers

Saturday, December 08, 2012

Politik Samseng, wayang baru yang memburu box office!


Sejak akhir-akhir ini politik samseng telah dilihat wujud dalam suasana politik Malaysia dengan begitu ketara. Di Chini Pahang Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim hendak dibelasah! Di Sembrong, kereta  Anwar Ibrahim kemek dan cermin pecah. Ceramah diganggu dengan telur dan objek keras yang berterbangan. Di Kelantan bas dinaiki Anwar disembah cat merah. Di Melaka, bas yang dinaiki Anwar dihalang, pengawal peribadi yang cuba mengawal keselamatan Anwar ditangkap! Di Lembah Pantai kecoh! Di Gombak tempat ceramah Anwar, dua orang penyokong PR koyak lengan dan pecah kepala! Itu sekadar beberapa contoh.


Apa yang ketara politik samseng dilihat sebagai  percubaan parti-parti pemerintah untuk memberi gambaran buruk terhadap kemaraan parti-parti Pakatan Rakyat untuk mengusai Putrajaya.

Paling ketara biasanya di mana ada program PKR yang berketua-umumkan saudara Anwar Ibrahim maka disitu akan ada kekecohan yang sinonim dengan istilah politik samseng. Sekali lagi, jelas setelah gagal menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai seorang gila seks, pengamal pluralisme agama, barua Yahudi dan sebagainya, kini  Anwar Ibrahim dengan susah-payahnya dilabelkan pula sebagai pembawa politik samseng!

Parti-parti pemerintah memang sering membuat kerja pelik sejak akhir-akhir ini. Di mana parti-parti Pakatan Rakyat buat himpunan, ceramah atau program di situlah juga terhegeh-hegeh puak-puak Umno akan buat benda yang sama. Terpekik terlolong berceramah disebelah! Apabila petugas Pakatan Rakyat komplen maka berlakulah kekecohan dan polis pun datang. Biasanya keputusan polis cukup menyakitkan hati, bukan yang buat provokasi yang disalahkan atau diberkas sebaliknya yang mempertahankan hak yang dituduh membuat provokasi terlebih dahulu untuk dipersalah dan diberkas!

Dalam hal politik samseng ini, para pemimpin Umno biasanya tidak berdengup-berdengap, cuma sekali sekala memberi komen menyalahkan parti lawannya. Perangai mereka bagaikan tok dalang wayang kulit. Seolah-olah membiarkan politik samseng memangsai parti lawan mereka. Mereka hanya sekadar buat tak nampak.... butakan sebelah mata! Last-last hanya pandai keluar kenyataan tak bertanggungjawab, kalau Umno kalah akan  berlaku 13 Mei sekali lagi!

Kalau Umno/Bn kalah akan berlaku 13 Mei kata para pemimpin Umno! Isunya siapakah yang akan mencetuskan 13 Mei itu? Parti-parti Pakatan Rakyat yang bejaya mengalahkan Umno/Barisan Nasional dan kuasai Putrajaya  akan mencetuskan 13 Mei? Tak ada kerjanya!

Adakah 13 Mei tercetus kerana orang Cina akan mengamuk? Kenapa pulak? Semua kerusi MCA dan Gerakan yang kalah akan dimenangi oleh semua calon-calon Cina, India dan Melayu dari parti DAP dan PKR! Golongan peniaga tidak akan mengamok-bodoh yang mampu melingkupkan kestabilan ekonomi dan dan perniagaan mereka! Lagi pun harta mereka banyak, keadaan huru-hara akan menyebabkan mereka kehilangan harta, yang mana mereka berhempas pulas cari selama ini!

Orang-orang Melayu yang akan mengamuk? Apasal pulak? Semua kerusi Umno yang kalah dimenangi oleh semua calon Melayu dari PAS dan PKR. Apasal tak kerja tiba-tiba orang Melayu nak mengamuk? Adakah orang Melayu akan mengamuk kerana semata-mata Umno kalah? Alahai....soalnya ada lagikah orang-orang Melayu yang sayangkan Umno yang dah teruk dan busuk sampai ke usus itu? Bodoh benar!

Ha...jadi, nampak tak siapakah yang akan mencetus 13 Mei yang seolah-olah sedang dirancang kiranya Umno kalah?

Siapa lagi kalau bukan dua tiga kerat para samseng politik Umno dan dua tiga ekor ngo bebal Umno! Rehearsal-nya dah bermula di Gombak! Kan?

Politik Samseng mungkin mahu dijadikan wayang buat menyaingi filem Tanda Putera? Adegan di Gombak mungkin antara adegan-adegan awal dalam babak pertama wayang 13 Mei kedua! Babak-babak  berikut mungkin akan lebih hebat dan penuh aksi sehingga muncul hero yang diharap-harapkan oleh Umno! Siapakah heronya itu? Apa namanya? Mat MAGERAN? Mungkin!

No comments: