Followers

Thursday, December 13, 2012

PAS Tunduk...KAH!

Begitu sedap dan lancar bunyinya mainan kata-kata nista dan fitnah Utusan Meloya terhadap PAS: "PAS Akhirnya Tunduk"!

Di situ tertonjol hakikat bahawa lidah Utusan Meloya itu saling tak tumpah lidah Zam anak Maidin terhadap Bapak BJ Habibie dan saudara Anwar Ibrahim! Memang begitulah agaknya kalau datang dari spesis yang sama...spesis haramjadah!

Mengkaji semula peraturan selepas 21 tahun berdasarkan realiti semasa di Kelantan, dikatakan tunduk, apa pula perkataan atau istilah yang hendak digunakan, agaknya kalau memiliki Pulau Batu Putih sepanjang hayat milik kepulauan Melayu, akhirnya tunduk serah kepada kuasa asing akibat kebodohan seorang Menteri Luar dan Peguam Negara yang pemalas? 

Agaknya hilangnya Singapura sebagai sebahagian daripada Tanah Melayu bukan bermakna tunduk? Habis maknanya apa? Bacul!

Tak pasal-pasal, tak ada kudis dan gatal tiba-tiba terserah  bodoh tanah KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura tidak bermakna Umno tunduk! Habis maknanya apa? Tolol namanya!

Jual air mentah kepada Singapura murah kemudian beli air mahal dari Singapura maknanya apa pula ya?

Selama Bn memerintah Pulau Pinang walaupun Umno menang banyak kerusi tak pernah ada peluang menuntut kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana takut kepada para pengundi bukan Melayu, itu bukan bermakna Umno tunduk tapi bacul dan tidak bertangungjawab namanya!

Umno tak berdengup-berdengap bila Chua Soi lek hina hukum hudud sebagai penyebab kemunduran, maknanya apa? Maknanya Umno tak tunduk kepada Soli Lek cuma balaci bisu pekak dan memang syaitan yang dikenali!

Kita nak tengok kerana mulut birat dan tangan gatal Zam anak Maidin lama mana Umno tak akan tunduk kepada desakan dan kemarahan Indonesia kerana memalukan bekas Presiden mereka!

Berita yang diulas:



Jika salun tunduk, Bagaimana dengan PPSMI?


Harakahdaily 13 Dis 2012.


KOTA BHARU: Jika langkah menangguhkan pelaksanaan syarat salun bercampur gender dianggap sebagai tunduk, bagaimana pula dengan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menelan kos berjuta-juta ringgit wang rakyat.
Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Pemuda PAS Kelantan terhadap laporan media Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bagi Pemuda PAS, ketika peraturan itu dilaksanakan 21 tahun dahulu, sememangnya menjadi realiti di Kelantan kedai gunting rambut bercampur gender itu digunakan untuk kegiatan tidak bermoral.

Oleh itu, selepas 21 tahun, sudah tentu kajian semula perlu dibuat berdasarkan realiti hari ini dan keberkesanan pelaksanaannya selepas 21 tahun,  kata Ketua Penerangannya, Ustaz Fadhli Shaari.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengalu-alukan langkah kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang melarang perkhidmatan salun bercampur gender yang melibatkan salun milik non muslim seperti yang diputuskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

Ini berasaskan kepada keperluan satu kajian terperinci sesuai dengan pandangan yang dikemukakan oleh dua organisasi terbesar masyarakat Cina di negeri ini minggu lalu.

Dalam hal ini, katanya, DPPNK mengecam langkah akhbar Utusan Malaysia pada hari ini 13 Disember 2012 yang meletakkan laporan penangguhan ini di muka hadapan dengan tajuk "PAS Akhirnya Tunduk".

Pemuda PAS menyifatkan tajuk demikian hanya bertujuan untuk menangguk di air yang keruh dan langsung tidak bersifat menyokong langkah penguatkuasaan undang-undang sebegini yang sesuai dengan hasrat untuk menjaga kehormatan moral dan akhlak.

"Sewajarnya Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno lebih malu dengan Umno yang sering mendakwa sebagai pejuang bangsa dan agama yang sedikitpun tidak terlintas untuk memperkenalkan undang-undang sebegini," katanya.

Dalam hal ini, DPPNK yakin bahawa langkah kerajaan negeri ini tidak lain hanyalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada semua rakyat termasuklah non muslim.

Ia berbeza ketika undang-undang ini mula diperkenalkan 21 tahun lepas di mana ia bertujuan mengekang aktiviti tidak bermoral dan nyata ia tidak mendapat bantahan daripada masyarakat non muslim pada masa itu.

Selain PPSMI, Kerajaan Pusat juga pernah menarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas pelbagai bantahan, "adakah ia dilaporkan sebagai kerajaan tunduk?"

"Demikian juga kerajaan pusat pernah menarik balik tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang menerima saman ekor dan ia tidak dinyatakan sebagai tunduk.

"Bahkan kerajaan juga ketika memansuhkan ISA, tidak disebut sebagai tunduk, tetapi disebut sebagai tindakan bijak. Adakah ia bermakna UMNO/Barisan Nasional bijak ketika memperkenalkan ISA, bijak ketika mempertahankan ISA dan bijak juga ketika memansuhkan ISA?" katanya.

Justeru dalam isu salun di Kelantan ini, DPPNK optimis semua pihak memahami hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memberikan keselesaan kepada semua rakyat tidak mengira agama dan bangsa.

Namun, dalam masa yang sama kerajaan negeri juga bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian sosial dan menutup ruang-ruang berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

"Justeru, langkah kerajaan negeri menangguhkan penguatkuasaan ini sehingga satu kajian terperinci dilakukan amat tepat pada masanya," tegas beliau.

DPPNK juga mengecam tindakan parti Gerakan yang jelas memperlekehkan undang-undang ini apabila beberapa orang pemimpinnya sanggup datang ke Kelantan bagi mendapatkan perkhidmatan salun berlainan gender dengan tujuan untuk mencabar pihak penguatkuasa.

Dalam hal ini, DPPNK melihat Umno sebagai parti tunjang dalam Barisan Nasional gagal untuk mendidik rakan politiknya untuk lebih berdisiplin dan berhemah, tegas beliau.
"Namun, tindakan Umno ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Umno sudahpun tunduk sekian lama kepada parti Gerakan dalam isu pemilihan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipilih daripada parti Gerakan dan bukannya Umno yang memenangi majoriti kerusi DUN Pulau Pinang satu ketika dahulu," ujar Fadhli


No comments: