Followers

Wednesday, December 05, 2012

Keganasan di Gombak: Marilah kita terus berdoa...

1. Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak yang diserang samseng taik kucing UBN telah membuktikan doa Umno KO, KO Umno, BN KO, KO Bn menampakkan tanda-tanda bagaikan semakin dimakbulkan. Hanya makhluk yang hampir mati sahaja akan mengaruk dan mengamuk bagi menggambarkan keresahan sebelum sampai tahap nazak dan mati!

2. Tahniah jugak kepada pemuda UBN yang megah sakan dengan bendera biru gelap semasa merusuh kerana telah turut berjaya menjayakan program sabotaj UBN yang amat dibimbangi Najib Razak! Teruskanlah mengganggu program-program Pakatan Rakyat agar program mensabotaj UBN lebih memberi impak hodoh yang lebih besar kepada UBN sebelum disungkurkan oleh rakyat di gelanggang PRU ke 13.

3. Dengan berlakunya 'serangan' terhadap program Pakatan Rakyat di Gombak itu mungkin telah membuatkan Najib rasa begitu puas hati dan gumbira kerana 'pengisytiharan' perangnya terhadap PR di PAU tempoh hari telah benar-benar disambut dan dimulakan di Gombak oleh para samseng UBN yang berotak sedikit! 

4. Riak 13 Mei yang diseru oleh Shahrizat Jalil pula telah disambut oleh samseng taik kucing UBN. Tahniah Shahrizat kerana kamu telah berjaya melahirkan para samseng yang akan mampu menarik sokongan rakyat bertamadun kepada UBN! Wa caya sama lu!!

5. Nampaknya betapa kreatifnya para pemimpin UBN kerana telah berjaya mencipta satu bentuk kempen politik ( provok dan belasah) yang benar-benar 'bertamadun' untuk menarik sokongan rakyat kepadanya. Mudah-mudahan dengan cara itu rakyat akan bertambah teruja untuk terus memberi undi kepada UBN yang kian terdesak bagaikan lembu nak kena sembelih itu!

6. Dengan berlakunya kejadian di Gombak itu sebagai kelangsungan dari berapa aktiviti-aktiviti samseng yang pernah menggangu aktiviti-aktiviti PR selama ini telah membuktikan akan betapa buntu dan sengkeknya para pemimpin UBN berpolitik!

Nampaknya program mensabotaj UBN tidak pernah dilakukan oleh PR tetapi sebaliknya oleh para anak muda UBN sendiri. Teruskan usaha anda sabotaj Umno/Bn, sambil kami akan terus mendoakan Ko Umno, Ko Bn dalam PRU 13 nanti!


No comments: