Followers

Thursday, December 06, 2012

Peneroka dihempap durian runtuh sungguh!

Para Peneroka bakal merempat di bumi Felda semakin menjadi kenyataan jika Isa pendek terus di situ dan Umno/Bn terus dimenangkan oleh makcik dan pakcik peneroka dalam PRU ke 13 nanti!

Para penghuni FELDA bukan  lagi mendapat habuan durian runtuh malah bakal 'pecah kepala' kerugian kerana dihempap oleh durian yang runtuh sungguh!!

Kalau makcik dan pakcik FELDA tak percaya dan masih menafikan perjuangan ANAK, mari kita tengok siapa yang kena! 

Sesungguhnya makcik dan pakcik Felda, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak ada ertinya lagi....FELDA bakal tergadai semuanya sekali!


Konspirasi senaraikan KPF dalam FGV- Anak

Hazayani Zakaria  06 Dis 2012.

KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) didakwa sedang berada dalam bahaya jika benar wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menyenaraikan KPF ke dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).

Presiden Persatuan Anak peneroka Felda Kebangasaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, konspirasi ini melibatkan seorang menteri dan mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, menteri berkenaan telah mengarahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Md Yusof Samsudin mengeluarkan surat menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan (AGM) KPF pada 20 jun lalu tidak sah.

Pembatalan AGM ini katanya dipercayai sebagai jalan membolehkan AGM diadakan semula bagi melantik Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai Penegrusi KPF dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai setiausaha.

Pada 20 Jun lalu, ahli KPF yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad mengadakan mesyuarat agung untuk mengambil alih semula pengurusan itu.

Beberapa perwakilan kemudian meminta mesyuarat itu dibatalkan atas sebab laporan audit kewangan KPF lambat dihantar kepada mereka.

"Untuk bawa masuk KPF adalah sukar dengan peraturan sedia ada melainkan satu konspirasi dibuat antaranya adalah membatalkan mesyuarat agung KPF dan memastikan dua orang, Tan Sri Isa Samad dan Faizoull Ahmad berada dalam KPF.

"Jadi AGM akan diadakan semula pada 27 Disember ini dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokan melalui Pengurus Felda kepada perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kepada SKM agar Isa Samad menerajui KPF," Katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam,

Mazlan menjelaskan, apabila KPF disenaraikan ke dalam FGVH, ekuiti KPF dalam Felda Holdings dikurangkan sebanyak 22 peratus dan diambil alih oleh Felda.

Hal ini menyebabkan KPF yang menguasai 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja dan Felda akan memindahkan syer 22 peratus kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham majoriti.

"Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10 peratus, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad.

"KPF akan hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan konco-konconya.

"Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12 hingga 15 peratus tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH membawa isyarat KPF akan lingkup bersama FGVH," tegas Mazlan.

Sumber:harakahdaily

No comments: