Followers

Friday, December 07, 2012

Insaflah polis, parti itu kian merosakkan imej kamu!

Parti Umno pada hakikatnya tidak banyak membantu menaikkan imej PDRM. Sebaliknya dengan perangai samseng para penyokongnya imej polis kian tercalar-balar di sana-sini! Kerana perangai Umno yang menguasai kerajaan Barisan Nasional, dengan menteri yang menjaga polis datang dari parti Umno, polis kian sukar membuat kerja-kerja mereka.

Nak ditegur samseng Umno/Bn, menteri Polis datang dari parti Umno. Tak tegur para samseng tersebut, sangat menyusahkan polis!  

Nampaknya selagi Umno menjadi teras pemerintahan, kerja buat polis menjadi hilang integriti dan serba tak kena. Akhirnya polis juga yang dianggap masyarakat bersubahat dengan Umno!

Kesimpulan yang terbaik ialah seluruh anggota polis tak payah tunggu pencen macam Musa Hassan baru nak bising. Lebih baik bertindak dari sekarang secara senyap-senyap undi Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti! Dengan cara itu tamatlah campurtangan Umno dalam kerja buat polis. Maka imej polis pasti akan lebih harum dan berintegriti...percayalah!



Lebih banyak keganasan menjelang parlimen dibubar

Abdul Aziz Mustafa   07 Dis 2012.

KUALA LUMPUR: Sikap polislah yang menyebabkan pihaknya dilihat bersubahat dengan keganasan yang dilakukan oleh Umno terhadap perhimpunan-perhimpunan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malah, katanya, serangan terhadap ceramah PR di Gombak Selasa lalu dengan sendirinya menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kemarahan Umno terhadap parti lawan "tidak sampai tahap nak tembak bunuh".

Mohamad juga melihat kejadian tersebut sebagai notis keganasan Umno yang kelihatan tidak sabar-sabar lagi mahu mencetuskan ulangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

"Bila (bekas Ketua Polis Negara Tan Sri) Musa Hassan tegur sikap polis yang tidak halang pihak yang mengganggu ceramah PR di Gombak dan membiarkan pertumpahan darah berlaku, rakyat serta merta melihat polis bersubahat dalam kejadian itu," katanya.

Musa berkata, polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal kewujudan sebarang unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang pihak yang mengganggu ceramah terbabit.

“Polis patut halang pihak lain mengganggu ceramah dan jangan biarkan pertumpahan darah berlaku," katanya.

Mohamad juga menjangkakan lebih banyak keganasan akan dilakukan oleh Umno menjelang tarikh Parlimen sepatutnya dibubarkan dan pilihan raya diadakan.

"Bila tarikh pilihan raya tidak berani diisytiharkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), ia membuktikan mereka takut menghadapi pilihan raya.

"Sukar ditolak kemungkinan mereka mahu menggunakan peristiwa berdarah seperti peristiwa 13 Mei untuk mengekalkan kuasa.

"Sebab itulah saya melihat serangan ke atas ceramah PR di Gombak itu adalah notis keganasan dari Umno untuk mencetuskan peristiwa 13 Mei yang turut dijangkakan oleh bekas Ketua Polis Negara," kata beliau sambil merujuk kenyataan Musa yang menyatakan tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal.

No comments: