Followers

Sunday, December 02, 2012

FAM, kami nak tunggu sampai bila lagi?

Harimau Malaya (HM), pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia malam tadi untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Tahniah!


Namun demikian, bukan bermaksud untuk tidak menghargai,  penulis terus terang mengatakan HM masih menggambarkan mutu permainan boleh sepak Malaysia bertaraf rendah berbanding zaman kegemilangan bolasepak negara pada masa lalu. Maaf...maksudnya pasukan sekarang belum mencapai taraf Asia apatah lagi dunia! Masih jauh!

Penulis tidak berhasrat untuk memberi pandangan terhadap kualiti permainan dan tahap kejurulatihan terkini tetapi persoalan yang perlu dibangkitkan, pasukan bolasepak kebangsaan sudah terlalu lama berhempas pulas untuk menjadi yang terbaik, namun hingga ke hari ini, setelah sekian lama bergelut, sekali sekala HM hanya mampu untuk mencapai tahap terbaik ASEAN sahaja!

Isunya, setelah berbelanja begitu banyak wang,  sampai bila FAM sebagai badan induk bolasepak negara hanya mampu membawa pasukan kebangsaan negara ke tahap itu?

Dari segi pemain, negara ini tidak kurang pemain berbakat untuk diketengahkan. Pemain-pemain HM kini pun begitu berbakat. Begitu juga dengan jurulatih yang silih berganti mampu memainkan peranan. 

Namun demikian setiap kali berlaku kekecewaan bolasepak,  para pemain dan jurulatihlah yang sering menjadi mangsa untuk disingkir, sedangkan pengurusan tertinggi badan induk bolasepak negara FAM langsung tidak mengambil tanggungjawab walaupun  ‘berjaya’ mengecewakan jutaan hati dan emosi rakyat Malaysia!

Penulis berpendapat dengan bakat pemain yang begitu besar dan ramai, serta bilangan jurulatih yang berkemampuan, tidak memadai, malah  cukup membazir buat FAM dengan sekadar mampu meletakkan pasukan bolasepak kebangsaan untuk menjadi yang terbaik di ASEAN. 

Berapa lama lagi masa yang akan diambil oleh FAM untuk mengembalikan Malaysia ke peringkat Asia dan dunia seperti yang telah dicapai sekarang ini oleh Arab Saudi, Iraq, Iran,  Jepun, Cina dan Korea Selatan? 

Perlu diingat di zaman FAM di bawah kepimpinan Tan Sri Hamzah Abu Samah dahulu pasukan-pasukan yang disebutkan itu adalah ‘makanan’ pasukan Malaysia! Semenjak Tan Sri Hamzah Abu Samah diganti, pasukan bolasepak Malaysia pula menjadi ‘makanan’ pasukan negara-negara yang disebutkan setiap kali bertemu di atas padang!

Hakikat ini membuktikan, di bawah pengurusan selepas Tan Sri Hamzah, FAM menjadi begitu eksklusif dengan hanya banyak bercakap, bergembira menjadi penganjur pertandingan terbaik, tetapi terus-terusan gagal membentuk pasukan bolasepak kebangsaan  yang berkualiti yang lebih dituntut oleh seluruh rakyat Malaysia!

Sebenarnya badan induk FAM hilang dinamika lantas bagaikan kehilangan focus atau tidak focus dalam meningkatkan mutu bolasepak Malaysia ke tahap dunia seperti yang telah jauh dicapai oleh Jepun, Korea Selatan dan Cina. Setelah sekian lama semenjak dipimpin oleh Presiden FAM yang ada kini, FAM dilihat bersahaja, hilang idea dan  tiada kesegaran untuk lebih kreatif untuk melahirkan pasukan bolasepak Malaysai bertaraf dunia! 

Pandangan ini mungkin keterlaluan, namun demikian ianya adalah hakikat yang sukar dinafikan melainkan berlaku peralihan atau pertukaran drastic kepimpinan paling tinggi FAM kepada yang lebih profesional, berpijak dibumi nyata, pakar, perancang yang baik, realistic, dinamik  dan terbuka kepada pandangan dan kritikan membina, bukan bersikap eksklusif,  berprotokol, berada atas kayangan tetapi lesu dan buntu!

Pemain telah seringkali menjadi mangsa disingkir, jurulatih juga telah silih berganti, tak kanlah pengurusan tertinggi FAM sekian lama masih begitu dan yang itu?

FAM tidak boleh menjadikan alasan kemenangan Pasukan Malaysia dengan Laos dan Indonesia dalam Piala AFF Suzuki setakat hari ini sebagai tanda aras konon telah berada di atas landasan yang betul atau kecemerlangan kerja buat FAM selama ini kerana ianya mungkin cukup memalukan berbanding telah begitu banyak wang rakyat yang tercurah kepadanya. Rakyat Malaysia tidak mahu lagi mendengar apa-apa alasan mengarut melainkan mutu bolasepak pasukan kebangsaan  berada di tahap paling kurang pasukan kebangsaan Piala Dunia Jepun, Cina dan Korea Selatan  pada tahun 2013 nanti, bukan bergembira sakan apabila mencapai tahap Singapura, Vietnam, Papua, Laos, Filipina dan Kemboja!

Maka itu untuk melihat kenyataan ini berlaku pengurusan tertinggi FAM perlu diserahkan kepada yang lebih mampu, bertenaga, bertungkus-lumus dan focus kerana peluang kepada pengurusan sekarang telah terlalu lama dan terlalu panjang, namun masih belum menjadi! Kita nak tunggu sampai bila lagi sebenarnya?

1 comment:

Anak2 Terengganu Bangkit Runtuhkan UMNO said...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~