Followers

Friday, December 28, 2012

Bukan sekadar rabun angka ustaz tapi bengong!

Dahlah mengidap 'rabun angka', Umno Baru jugak berotak benak dan bengong. Kelemahan mentaakul dan kebijaksanaan memfitnah adalah dsrah daging Umno. Itulah padahnya parti yang mengamalkan politik suku, agama suku dan berpegangan 'matlamat menghalal cara'.

Harakahdaily melaporkan:

Umno kena penyakit 'rabun angka'

Harakahdaily, 28 Dis2012

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan Umno kini mengalami penyakit 'rabun angka' sehingga tidak tahu membezakan angka dengan yang sedikit, dan angka yang dahulu dengan angka yang kemudian.

"Ini satu pembohongan dan fitnah yang besar kepada TG Nik Aziz dan PAS. Faktanya PRU 12 bertarikh 8 Mac 2008, sedangkan tanah ini dibeli oleh Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Khoo Ham pada tahun 2012.

"Ini membuktikan pemimpin Umno rabun angka. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai cita-cita politik mereka, walaupun dengan fitnah dan pembohongan. Etika dan moral sudah tidak diambil peduli," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga memberi contoh lain iaitu berhubung hasil kutipan balak di Kedah telah yang meningkat daripada RM8 juta kepada RM80 juta dibawah pemerintahan PAS negeri itu.

Selain itu beliau juga membawa fakta berkaitan simpanan tunai kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.56 bilion dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Umno tetap cuba menafikan angka tersebut. Mereka tetap menafikan kebolehan PR menyimpan wang sebanyak itu.

"Setiap kali himpunan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat, sekali lagi penyakit rabun angka akan berlaku," katanya.

Penyakit rabun ini ujarnya semakin parah apabila hampir pilihanraya, terutama mimpi ngeri kejatuhan kerajaan BN ke tangan Pakatan Rakyat.

Sumber: Harakahdaily

No comments: