Followers

Wednesday, November 21, 2012

Umno dan para-cai kian menggelupur!

Tak payah tunggu lama, nampaknya Umno dan para cai-nya telah 'menggelupur' kerana doa! Macam-macam yang dingomelkan mereka kerana doa tersebut. Mulut mereka tak berhenti bercakap dan melalut bagaikan orang kepanasan. Kalut-malut sekali!

Hebat doa tersebut! 

Mari kita teruskan berdoa, doa adalah senjata kita! Kalau tidak berdoa kepada Allah nak buat apa lagi? Mengadu kepada SPR, SPR buat pekak. Mengadu kepada polis, polis berlengah. Mengadu kepada mahkamah, mahkamah panjang-panjangkan cerita. Mengadu kepada kerajaan pusat, kerajaan Umno/Bn! Mengadu kepada istana, tak tahu biji butir! Dah berdoa kepada Allah lah kita!!!

Berita yang diulas:



Minda Pondok Cabar Nik Aziz Berdebat, Doa Hancurkan Sesama Islam Tak Ikut Sunnah Rasulullah

KOTA BAHARU: Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Rabu mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan PAS membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok diKelantan.

Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan PAS tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam.
"PAS terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang PAS bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT.................

BERNAMA