Followers

Saturday, November 24, 2012

Spesis Jerung Jalur terus melahap!

Sesungguhnya menukar kerajaan yang sedang memerintah kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) dalam PRU ke 13 adalah tidak dapat dielakkan lagi. Spesis Jerung Jalur dalam barisan tua itu terus melahap ke tahap maksimum tanpa mengira sampah, habuk, keladak, daki malah taik sekalipun kalau mampu disapu, disapu! 

Ini kalilah!!

Berita diulas:

Jalan tak sampai 1km, kos cecah RM15 juta

Jika ada soalan, jalan raya mana paling mahal di Malaysia - jawabnya ada di Kota Kinabalu, Sabah. Sebatang jalan raya satu lorong yang tidak sampai satu kilometer di Sabah memakan kos sehingga RM14.9 juta.

Jalan itu menghubungkan pejabat Ketua Menteri di bangunan Yayasan Sabah (Menara Tun Mustapha) dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya berjarak kurang 1 km.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman beberapa bulan lalu.

Menurut Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dalam soalan tambahannya di Dewan Rakyat sebelum ini, maklumat mengenai kos jalan itu dikeluarkan Jabatan Kerja Raya Sabah sendiri.

Namun sehingga hari ini, tidak ada sebarang penjelasan diberikan berhubung perkara tersebut.

Kos pembinaan jalan bagi jarak satu kilometer dianggar hanya sekitar RM1juta, manakala peningkatan kos kebiasaannya membabitkan struktur jalan yang sukar.

Namun jalan yang berharga RM14.9 juta itu melibatkan laluan biasa dan tanpa pembahagi jalan atau lanskap.

Mengulas perkara itu, Ketua Angkatan KEADILAN Sabah, Serman Hassnar berkata ia menunjukkan penyelewengan dilakukan pentadbiran Musa Aman.

"Hal ini banyak kali dibangkitkan. Namun tak pernah dipedulikan. Hanya satu cara sahaja untuk membongkar penyelewengan dan menyelesaikan masalah ini ia itu dengan menukar kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang," tegasnya.

Sumber:SK92

No comments: