Followers

Thursday, November 29, 2012

Kisah wanita selendang merah dengan telor

P. Ramlee pernah menyanyi, “menceceh... menceceh... menceceh..., menceceh !”  Begitulah jugak Kat iJat mami tapi dianya bukan menyanyi, menceceh dihadapan selendang merah! Kononn...habislah orang Melayu, telah berlaku perpecahan undi Melayu....kuasa politik Melayu luntur....kuasa ekonomi bukan di tangan Melayu...kuasa  Melayu bagaikan telur dihujung tanduk!



Amboiii Kak Ijat...sayang sangat kat telur, bimbang benor kat tanduk?  Ek eleh...mentang-mentang bela lembu...sikit-sikit hujung tanduk!!!

Untuk makluman Kak Ijat, kalau benarlah kuasa politik Melayu dikatakan telah luntur, sebenarnya ia bukan salah PAS dan PKR tapi salah Umno sendiri yang pernah menerima kewarganegaraan secara Jus Soli kepada semua pendatang duhulu! Tak apalah perkara itu dah lepas...yang dah lepas, biarlah berlalu tapi yang jahatnya  pada masa sekarang parti Umno yang kononnya parti Melayu, guna lagi ‘kaedah semacam Jus Soli’ dengan ‘mewarganegarakan’ pula orang Bangla, Indon dan Mynmar juga orang Filipina demi mahu mengekalkan kuasanya yang telah 'dimenyampahi' oleh rakyat jelata! Dah nak salahkan siapa Kak ijat?

Kak Ijat menceceh kuasa ekonomi bukan di tangan Melayu! Kalau benarlah begitu Kak Ijat, sebenarnya bukan salah orang Cina atau orang India apatah lagi kalau nak salahkan bangsa PAS atau bangsa Anwar Ibrahim,  tapi yang salah besarnya ialah tetap bangsa Umno!

Mana tak salah Umno, kek ekonomi yang disepatutnya dikuasai oleh bangsa Melayu diserahkan sewenang-wenangnya oleh Umno kepada Umnoputra dan para kroni yang kemudian mengalibabakan semuanya! Akibatnya setelah 55 tahun merdeka, orang Melayu terus gagal mencapai equiti 30 peratus, namun hanya politikus dan para cukong Umnoputra yang kaya raya dan joli sakan anak beranak di sana-sini!

Kak Ijat menceceh lagi konon perpecahan undi Melayu akan melemahkan kuasa politik Melayu. 

Alahai Kat Ijat, agaknya kerana banyak sangat makan daging lembu atau terlalu nak menjaga telor lembu maka Kak Ijat menjadi kelabu dan keliru sebegitu rupa! 

Kak Ijat, dalam PRU 13 nanti Melayu Umno akan ditentang oleh Melayu PAS dan Melayu PKR! Katakanlah Melayu Umno bertanding di 120 kerusi parlimen dan semua kerusi Melayu Umno kalah, yang menang tentunya Melayu PAS dan Melayu PKR dari Pakatan Rakyat. Itu belum campur Melayu PBB di Sarawak! So di mananya berlaku pecah undi Melayu Kak Ijat? Sifir semudah itu pun Kak Ijat tak faham!

Kak Ijat, sebenarnya yang mampu memecah dan melemahkan undi Melayu ialah jika sekiranya Umno terus menang! Sebab dah 55 tahun merdeka , di bawah jagaan Umno, bangsa Melayu terus gagal untuk mencapai tahap kemampuan survival terutama dari segi ekonomi! Salahnya Umno, Najib dan Mahathir. Kalau tanya Mahathir yang salahnya mesti Pak Lah!

Jadi kesimpulannya Kat Ijat, kuasa Melayu 'bagai telur dihujung tanduk' jika sekiranya Umno/Bn terus menang tipu PRU 13!

Sharizat: Kuasa Melayu ‘bagai telur dihujung tanduk’

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya "bagai telur di hujung tanduk" selepas pilihan raya umum 2008.

Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu "akan semakin terpinggir" kemudiannya.

"Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian di bumi sendiri.

"Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?" katanya.

Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan "Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan", Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.

Sumber:disini

No comments: