Followers

Wednesday, November 28, 2012

Semenjak di PAU, baru ku tahu Umno baik rupanya!!!

Janji ‘syaitan yang dikenali’.... membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.... sepanjang 66 tahun memperjuangkan Melayu dan Islam..... tidak pernah menganiaya mana-mana kaum.... mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.


Umno Baru yang perasan Umno Lama mengaku hidup 66 tahun! Umno Baru mengaku membela bangsa Melayu dalam keadaan hampir separuh Tanah Rezab Melayu di sana-sini tergadai.

Umno Baru mengaku membela bangsa Melayu dalam keadaan hari ini masih belum mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputra walaupun dah merdeka 55 tahun! Dan Umno Baru yang hanya kenal dan tahu angka 30 peratus BERJANJI LAGI untuk mencapai sasaran 30 peratus menjelang tahun 2020 pula. 

Agaknya setelah sampai tahun 2020 nanti tak tercapai jugak kerana kronisme, Umno Baru (kalau masih hiduplah...) pasti akan berjanji lagi untuk mencapai sasaran 30 peratus menjelang tahun 2040 pulak! Sampai bila 30 peratus daa!!!!?

Begitulah nasib yang cukup 'melenakan' bangsa Melayu dan Bumiputra selagi Umno Baru memerintah negara...disumbat dengan janji tak habis-habis sampai perut masuk angin...kembong!

Umno Baru mengaku berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam dalam keadaan tiada langsung peruntukan diberikan kepada SAR dalam Bajet 2013 dan Umno Baru sibuk mencipta fitnah konon ada pula Hudud PAS! Demi martabat dan syiar Islam, orang nak tengok mana Hudud Umno atau Hudud sebenar, Umno Baru kelu seribu bahasa!
 
Umno Baru mengaku tidak pernah menganiayai  mana-mana kaum dalam keadaan kerajaan yang didominasi oleh Umno Baru hari ini menafikan hak rakyat Kelantan mendapat Royalti minyak yang sah seperti yang termaktub dalam perjanjian yang dijanjikan oleh kerajaan Umno Lama!

Umno Baru sekat  hak royalti Kelantan kerana Umno Baru amat tahu negeri Kelantan hanya dihuni oleh bangsa Kelantan bukan bangsa Melayu! Umno Baru hanya berjanji kepada bangsa Melayu sahaja bukan kepada bangsa Kelantan!

Begitu jugak dengan royalti minyak negeri Trengganu sewaktu PAS memerintah dahulu. PAS Trengganu bukan dari kalangan bangsa Melayu tetapi bangsa Trengganu! 

Umno Baru mengaku tidak pernah menganiayai bangsa Melayu dan mana-mana kaum dalam keadaan Umno Baru meneruskan projek Lynas yang dibangkang oleh majoriti rakyat Pahang. 

Umno Baru mengaku tidak pernah menganiayai bangsa Melayu dan kaum-kaum lain dalam keadaan Umno Baru meneruskan dengan babilnya penyenaraian saham FGVH yang kian merudum yang hanya merugikan bangsa Peneroka yang rupanya bukan bangsa Melayu!

Umno Baru tidak pernah menganiyai mana-mana kaum dalam negara dalam keadaan Umno Baru masih sayang dan terus berjuang menegakkan akta zalim ISA! Yang disumbat dalam ISA selama ini  untuk diseksa, dizalimi, ditelanjang, diludah, diberi minum air kencing, diarus eletrikkan, difitnah, dipisahkan dengan anak isteri, diruntuhkan rumah tangga dan seumpamanya bukanlah rakyat pelbagai kaum dari negara ini melainkan rakyat Eskimo, Negro, Red Indian dan orang asli amazon sahaja!

Maka jelaslah baiknya Umno Baru terhadap bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini dengan projek-projek yang 'membahagiakan'  rakyat seperti seperti projek Permata Rosmah, lembu kondo, PKFZ, saman ekor AES, cukai GST, saham merudum FGVH, PTPTN, bahana Lynas, dan sempamanya.

Fuhh... baik Umno Baru rupanya....maklumlah SYAITAN YANG DIKENALI... ewahh!!


Umno janji bela bangsa Melayu, rakyat M’sia

Umno hari ini berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya, dengan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa sepanjang 66 tahun memperjuangkan Melayu dan Islam, Umno tidak pernah menganiaya mana-mana kaum.

"Justeru, Umno akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama.

"Inilah keadilan Umno. Inilah kesaksamaan Umno. Pejuang Umno tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan Umno," tegasnya ketika merasmikan serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini......

Begitu juga dengan perjuangan Islam, yang menurut Muhyiddin Umno tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam.

bacalah seterusnya:
malaysiakini.com

No comments: