Followers

Sunday, November 25, 2012

Sehari dua ini ada orang nak tunjuk alim!

Macam mana gamaknya perwakilan Umno nak untuk tunjukkan konon PAS selindung di balik Islam sedangkan Umno tidak pernah merujuk sepatahpun ayat al Quran dalam politik mereka? 

Umno nak pakai dalil dan hujah mana? Kalau Umno menggunakan hujah al-Quran, tak boleh sebab SU Umno kata Umno tak pernah guna ayat al-Quran. Kalau perwakilan Umno guna jugak, sah perwakilan Umno dan Umnonya menyalahi prinsip Umno sendiri yang tidak akan mempergunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk perjuangan politik! Mari kita tengok sehari dua ini!

Berita yang diulas:



Najib: Umno perlu tunjuk PAS selindung di balik Islam

Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata anggota Umno seharusnya mendedahkan semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. 

Perdana Menteri berkata sekiranya Umno dapat mengemukakan hujah-hujah bernas tentang jati diri PAS yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin Umno akan muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu.

"PAS perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada perbuatan itu (doa menghancurkan Umno dan BN, BN) adalah benar-benar menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh parti Umno.

"Kalau kita dapat mengetengahkan hujah-hujah yang bernas, maka kita boleh muncul sebagai parti yang utama di kalangan orang Melayu," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran Umno dan BN pada Muktamar PAS 2012 yang berlangsung baru-baru ini, dan bagaimana beliau mahu anggota Umno memberi reaksi kepada perkara itu.

Berita seterusnya: disini

2 comments:

Anonymous said...


Bukan tak boleh guna, tapi jgn menyalahgunakan ayat-ayat suci AlQuraan. AlQuraan adalah panduan hidup dan akhirat. Yg paling sedih bukan Islam mempermainkan ayat AlQuraan sewenangnya dgn tak siapa pun menegah hanya kerana nak jaga kesepakatan. Perjuangan apa kita ne, merelakan bukan Islam mempermainkan ayat AlQuraan tanpa sebarang sekatan.

Anonymous said...


Kita kena berpijak kepada kenyataan lah..kenapa bukan Islam begitu mudah mempergunakan ayat Quraan bagi memperlekehkan Islam itu sendiri. Kita tak sanggah dan halang mereka hanya kerana kita menjaga kepentingan agenda politik duniawi. A'auzubillah.