Followers

Tuesday, November 13, 2012

Patutlah Umno selalu sesat barat dalam kerja buat politiknya, rupanya ini sebabnya!


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa Umno tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politiknya.

Katanya seperti dipetik Umno-Online:
“Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam.”

Jika Umno benar-benar tidak pernah menggunakan panduan ayat-ayat al-Quran dalam kerja buat politiknya bagaimana Umno boleh menjadi betul mengikut landasan Islam? Malah sudah tentu juga asas dan tujuan parti Umno itu boleh menjadi salah kerana bercanggah dengan panduan yang wajib dikuti dan dipatuhi! 

Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankan al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam?

Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara!

Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi! Kesian!

Berita yang diulas:

Umno: Pembangkang guna agama demi ‘hayat politik’

WARTAWAN SINAR HARIAN

12 November 2012-11-13
KUALA LUMPUR -  Di sebalik polemik dan kontroversi semasa, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pembangkang yang menurut beliau menggunakan agama demi memanjangkan jangka hayat politik mereka.

Malah ujarnya, pembangkang di negara ini lebih bertumpu kepada soal politik termasuklah menjadikan agama sebagai modal politik mereka sehingga boleh mengelirukan masyarakat.

Katanya, sewajarnya kaum Melayu menyekat mana-mana pihak yang menjadikan agama sebagai bahan politik termasuklah menggunakan nama Islam dalam parti bagi menarik golongan terbabit menyertai mereka.

“Pas yang bertopengkan agama adalah parti serpihan dari Umno iaitu di dalamnya terdiri dari kalangan orang-orang kecewa, menggunakan agama Islam demi untuk kepentingan peribadi, kedudukan dan pangkat sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal mempertahankan akidah umat Islam yang ada di sekeliling mereka.

“Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam,” katanya dipetik Umno-Online hari ini.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan  merujuk kepada Fasal 3.3 Perlembagaan Umno iaitu menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.....

Baca selanjutnya kalau nak bacalah....: sinarharian

No comments: