Followers

Tuesday, November 06, 2012

Muhyiddin Yasin dah mula belajar menjadi Pengerusi JKKKK Umno...




Nampaknya bersusah payah jugak Muhyiddin Yasin nak buat kelakar. Maklumlah dengan muka serius macam muka dia tu, mana mampu nak buat orang tergelak. Tapi rasanya kali ni Muhyiddin Yasin amat berjaya! Kah...lawak...lawak!!

Tapi lawak ke?

Muhyiddin rasa hairan TGHH, katanya... kata Muhyiddin mengikut yang dilapor di bawah sana, ‘menggalak dan merestui’ orang Melayu menyertai DAP.

Laa...apa nak hairannya, DAP-kan parti pelbagai kaum! Sesiapa yang berminat nak sertai DAP sertailah...apa pulak peliknya? Lagi pun kalau tertariknya orang melayu kepada DAP pada waktu ini sudah tentu kerana DAP adalah bersama perjuangan Pakatan Rakyat! 

Lagi pun kalau nak banding DAP dengan Umno Baru, heh...bagai langit dengan bumi! DAP tak ada pulak menggadai tanah Melayu, Umno Baru banyak! DAP tak ada pula sokong Soi Lek hina hudud dan Islam, Umno Baru sokong bagi 'ganjaran' lagi kat Soi Lek! Pemimpin DAP terpenjara membela cucu nenek pendek, pemimpin Umno terus ke hulu ke hilir dengan awangnya! Ah... tak payah bandinglah memang Umno Baru TERUK!!!!

Muhyiddin anak Yasin kata hubungan politik antara PAS dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik! Laa.....pelik?

Di sini dah nampak pemikiran Muhyiddin ni bertaraf Pengerusi JKKKK Umno. Pengerusi JKKKK Umno tak mampu untuk memahami konsep ‘bersetuju untuk tidak bersetuju dalam perkara dasar dan prinsip parti' dan ‘bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui bersama dalam perjuangan parti’.

Konsep tersebut bukannya luar biasa pun, tapi bunyinya agak canggih sikit  yang hanya sukar difahami dan hanya dirasai anih serta pelik oleh orang-orang yang berfikiran bertaraf Pengerusi JKKKK Umno sahaja! Malang sungguh menjadi Muhyiddin Yasin!

Bertambah pandir bunyi ulasan Muhyiddin apabila dia berkata, "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu....."

Kesihan Muhyiddin! Mudah sangat Muhyiddin menjadi bengong! Atau selama ini memang bengong sungguh kot? 

Diharapkan Muhyiddin jangan selalu menyebut bengong kerana urusan PAS dan DAP yang tidak ada kena mengena dengan dia pun, dia dah jadi bengong, macam nak jadi Perdana Menteri nak uruskan negara yang lebih komplikated masalahnya? Nampak dah macam tak lulus nak jadi PM! Masalah orang pun dah buat dia jadi bengong! Macam nak urusa masalah rakyat kalau jadi PM nanti? Padan ke "bengong saya...bengong saya...bengong saya!!!!"?

Ada ke kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang? Ish...ish ...ish....biar betol ?

Tapi...tak apalah kalau PAS tak ada orang pun! Berlawan je lah Umno dengan DAP, kan tu lagi bagus buat Umno? Umno boleh terus gumbira bila Soi Lek hina konsep negara Islam dan hudud! Umno boleh terus happy bila Soi Lek hina perempuan Islam yang tidak bersalam dengan lelaki kerana mematuhi ajaran Islam! Umno boleh terus hina hudud yang Pas perjuangkan sebagai hudud PAS!  Dengan tak ada orang dalam PAS maka senanglah kerja Umno, tak ada orang nak tentang Umno dan Soi Lek, MCA dan MIC! Yang Muhyiddin susah hati sangat PAS tak ada orang ngapa? Buang tebiat gamaknya?

Sudahlah Muhyiddin, lebih jangan ulas! Selagi kamu tidak ulas mengarut-ngarut, nampaklah jugak cerdiknya. Bila bukak mulut je... sah nampak setaraf JKKKK Umno! Sian Muhyiddin tak saboo...najib tercokoh lagi tu weh!

Berita yang diulas:
 
Muhyiddin Hairan Abdul Hadi Restu Orang Melayu Sertai DAP 

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP.

Beliau berkata hubungan politik antara PAS dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain.

"Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-PAS bermasalah dan tidak kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini Isnin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Muhyiddin juga berkata: "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya.

Baca selanjutnya...kalau nak bacalah!:mstar.com.my



No comments: