Followers

Monday, November 12, 2012

Menghangatkan isu Nurul Izzah: Umno bagaikan orang terberak cair!

Nampaknya pelbagai isu sedang mencurah-curah menerjah Parti-parti Pakatan Rakyat hasil kerja buat Umno/Bn dengan para pencacai mereka. Semua ini ditimbulkan bukan kerana kesedaran dan keinsafan terhadap isi kandungan isu yang dibangkit dan dikecohkan, melainkan kerana hanya tujuan politik semata-mata. 

PAS, PKR dan DAP sekarang terlalu fokus dan bergerak sederap dalam menghadapi pilihanraya ke 13 dan membangkitkan momentum pergerakan rakyat bagi memenangi pilihanraya dengan begitu kuat sekali. Momentum UBAH KERAJAAN yang amat menggerunkan Umno/Bn, inilah yang mahu dipecah dan dihancurkan oleh Umno/Bn yang sedang kecemasan setelah gagal membawa isu hudud melalui CSL!

Maka dengan sebab itulah tak habis-habis isu dimainkan silih berganti. Terbaru isu Nurul Izzah dalam masalah umat Islam murtad. Kedua isu konon PAS sudah terkeluar dari landasan perjuangan sebenar!

Penulis tidak mahu mengulas isu konon PAS terkeluar dari landasan perjuangan Islam kerana mereka yang berforum itu adalah bekas PAS yang hanya menyebuk! Siapa Hassan Ali hah?

Dalam isu murtad dalam kalangan umat Islam di  negara ini...kalau ada yang atau ramai yang murtad hakikat sebenarnya bukan salah YB Nurul Izzah! Nurul Izzah hanya baru sepenggal menjadi Ahli Parlimen dan hanya baru-baru ini mengulas isu murtad sedangkan kes umat Islam murtad ini tolong tanya Zulkfli Nordin sedikit atau ramai bilangannya, sejak bila? Tanya jugak Tok Harussani Mufti Perak yang mungkin banyak maklumat tentang murtad, sejak bila ianya berlaku?

Adalah tidak munasabah langsung apabila Nurul Izzah mengulas isu murtad seminggu dua ini, Umno menjadi terberak cair dalam tidur dan kelam kabut terjaga mencari taik yang meleleh, sedangkan isu ini telah kedengaran sebelum tahun 1997 lagi yang mana waktu itu rasanya Nurul Izzah masih lagi seorang penuntut!

Ohh....Nurul dilaporkan berkata orang Melayu Islam boleh murtad kalau mereka pilih begitu? (Kalau itulah yang kononnya Nurul Izzah maksudkan). Habis yang beribu-ribu kes murtad seperti yang pernah diumumkan oleh Harussani dahulu, pada waktu itu YB-YB Umno, bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno/Bn tak tahukah yang orang Melayu Islam tidak boleh murtad sama ada mengikut hukum dan juga perlembagaan negara? 

Kenapa waktu Harussani dan Zul Nordin sibuk dengan isu murtad dahulu YB-YB Umno, bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno tak kecoh malah senyap kelu beribu bahasa? 

Kenapa wakil-wakil rakyat dan bapak-bapak menteri Umno menolak 4 kali usul YB-YB ahli Parlimen PAS dalam parlimen untuk membahas isu dan membentangkan Akta Murtad? Ooo...agaknya waktu itu YB-YB Umno/Bn dan bapak-bapak menteri Umno  tidak tahu kot bahawa orang Islam kalau dah Islam tak boleh murtad dan tak tahu jugak Perlembagaan Malaysia tidak benarkan orang Melayu menjadi bukan Islam?

Hakikat yang sebenarnya ialah Umno Baru yang ada pada hari ini bukan risau sangat dengan pandangan dan pendapat Nurul Izzah itu, cuma mahu memecahkan momentum dan gelombang UBAH KERAJAAN yang berjaya diwujudkan oleh Pakatan Rakyat sekarang! Itu sahaja!

Dan kalau benar mahu mencari salah siapa dalam isu murtad ini sudah tentulah YB-YB Parlimen Umno, Bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno lah yang SALAH BESAR dalam kewujudan murtad dalam kalangan orang-orang Melayu di Malaysia hari ini, bukan Nurul Izzah, bukan PAS, bukan PKR, bukan sesiapa. Malah sesiapa yang menjawat jawatan Ketua Agama Islam pun turut SALAH BESAR! Kenapa? Fikirlah sendiri!

Apa sebenarnya yang YB-YB Parlimen Umno, bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno buat dalam mengukuhkan dakwah Islamiah dan anutan Islam umat Islam Malaysia? Tak ada!

Yang ada hanyalah:

1. Mematikan dan menyekat bantuan kewangan kepada SAR-SAR tulin.

2. Memperlekehkan Pendidikan Agama Islam kepada sekadar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan bukan untuk amalan

3. Memfitnah program-program qiamulail sebagai perosak proses pembelajaran pelajar.

4. Menggalak amalan hidup bebas tanpa mengikut hukum-hakam contoh yang nyata dan terang, isteri Perdana Menteri sendiri boleh memeluk dan dipeluk dikalayak ramai oleh bukan muhrim yang jelas HARAM! Contoh lain Perdana Menteri dengan selamba pernah meraikan K-Pop yang seksi dengan penuh gembira dihadapan ratusan anak-anak muda! Islam benar atau tidak apa yang Perdana Menteri buat semasa K-Pop seksi datang tempoh hari? Islam tidak benarkan, kalau tak percaya tanya Fathul Bahri! Sebenarnya bapak-bapak Menteri Umno ini, tahu atau tidak bahawa ada hukum halal dan haram dalam pergaulan Islam?

5. Menghalang institusi-institusi masjid menjadi institusi pembentukan ilmu dan budaya keimanan dan taqwa umat Islam dengan alasan agama suku, politik suku!

6. Menghalang perbincangan isu dan usul mengenai murtad oleh PAS di parlimen sebanyak 4 kali!

6. Mengatakan ada syaitan baik dan ada malaikat jahat! Na'uzubillah!

Dan banyak lagi yang kerajaan Umno buat dan galakkan kalau nak disenaraikan satu persatu selama 55 tahun memerintah Malaysia, yang bukan ke arah memantapkan aqidah umat sebaliknya menghancurkan aqidah Islam .

Oleh yang demikian sebagai rakyat dan umat Islam yang cerdik kita tidak payahlah melayan Umno dan para NGO mereka yang kecoh siang malam sehari dua ini konon mengutuk YB Nurul Izzah. 

Kalau betul ada yang layak atau patut dikutuk kerana masalah murtad, bukanlah YB Nurul Izzah tetapi YB-YB Umno, bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno Baru yang ada kini! Isu murtad adalah masalah lama yang berlaku dalam tempoh Umno memerintah dan akan terus berlaku selagi Umno memerintah! Untuk menyelasaikan masalah murtad dalam kalangan umat Melayu dan Islam dalam negara hanyalah dengan memberi peranan kepada PAS untuk mengganti Umno yang telah tidak relevan lagi buat menjamin survival Islam ditanah air. Wallahuaklam.

No comments: