Followers

Monday, November 19, 2012

Kot mana pun aku tetap bersetuju dengan Aiman Athirah!

Pukul 2 pagi sampai di rumah dari Kota Bahru terasa juga kepenatannya menjadi perwakilan bermuktamar walaupun hanya sekadar duduk dan mendengar. 

Paling penulis kagum adalah Tok Guru Presiden dalam ucapan penangguhan beliau. Bagi penulis, ucapan tersebut adalah antara ucapan terbaik buat bekalan semua ahli-ahli parti untuk membuang segala yang remeh-temeh buat terus memberi fokus kepada PRU ke 13. 

Kalau tak reti dan tak faham juga maksud ucapan Tok Guru Presiden itu, tak tahulah penulis nak kata apa lagi! Jadi-jadilah konon PAS terpesong dari matlamat asal, PAS dah nak buang konsep kepimpinan ulamak, ulamak vs profesionallah, berniaga pekan seharilah, kecelaruan fikrahlah dan macam-macam!

Dengan ucapan Tok Guru Presiden itu, sewajarnya pendekatan kempen seluruh ahli PAS dalam kalangan Pemuda, Muslimat, Muslimin, DHPP dan Ulamak, selepas ini harus berubah ke arah lebih dekat dengan berdepan terus secara individu dengan semua  para pengundi di UPU masing-masing. 

Isu dan masalah rakyat terlalu banyak untuk disampaikan kepada para pengundi namun kita masih berada terlalu jauh dengan mereka! Sampai bila kita nak main dan sebar isu dari jauh dalam keadaan  kita mahu menang paling banyak kerusi dalam PRU 13?

Penulis amat bersetuju dengan Datuk Dr Mahfodz dan Aiman Athirah. Sama ada dia pemuda ka, muslimin ka, muslimat ka, apa tah lagi daripada kalangan Dewan Ulamak, tak payahlah huhahuha nak pemimpin kita menjadi Perdana Menteri, kalau kita sendiri tidak dapat pastikan kita menang paling banyak kerusi daripada PKR dan DAP dalam PRU ke 13 nanti!

Kita nak Tok Guru kita jadi Perdana Menteri, kita terutama muslimin masih segan nak turun berkempen secara terus terang merayu dan membujuk dengan  berdepan di lapangan dan dari rumah ke rumah!  

Tak cukup kita, sekadar mengajar di surau masjid, bersembang ligat sesama sendiri di markas parti sambil berseronok membincangkan konon kemenangan parti hampir tiba, tapi kerja habuk pun tadak!!! Yang dok sibuk ke hulu ke hilir dari rumah ke rumah para muslimat jugak, para muslimin bersembang sakan dan banyak beralasan!

Berita yang diulas:

Menang semua kerusi baru layak pimpin negara

Abdul Rahim Sabri

MUKTAMAR PAS Perwakilan Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah hari ini menggesa perwakilan bekerja kuat untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang sebelum mahu mengakui PAS "layak memimpin negara".

"Untuk mencapai kemenangan, bukan sekadar cakap, maka kita boleh menang. Cabar mencabar, desak mendesak supaya (pemimpin) menjadi perdana menteri. Hendak menjadi tulang belakang Pakatan rakyat, kita kena menang sedaya yang boleh.

"Kalau mahu Datuk Seri Presiden diangkat menjadi perdana menteri, wajib kita sehabis mungkin menang, semua kerusi parlimen kita menang.

"Semalam Datuk Husam berkata, 60 kerusi parlimen sedang kita intai, jadi sekurang-kurangnya 60 kerusi menang, baru kita boleh kata, kita layak memimpin negara," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu.

Sebelum itu, beliau bertanyakan kepada perwakilan sama ada mereka bersetuju mahu Abdul Hadi menjadi PM, maka mereka menjawab: "Setuju".

Tetapi mengikut rasional, katanya, jentera semua peringkat perlu bekerja kuat untuk memenangi kerusi dengan lebih banyak pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam wakil Dewan Ulama PAS Pusat,  Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan bahawa Abdul Hadi adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri kerana "beliau orang paling mengetahui hukum Allah dalam membentuk kerajaan orang Islam".

Bagaimanapun dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin dengan menyifatkan ia satu amanah dan tanggungjawab serta serta yang penting Pakatan ambil alih Putrajaya terlebih dulu.

Aiman yang juga ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) berkata keputusan pilihan raya umum 2008 menyaksikan prestasi PAS mendapat kerusi parlimen paling tercorot berbanding rakan Pakatan lain.

"Jadi kalau (nak) memimpin, dapat kemenangan melalui pimpinan jentera kita, bukan belas ikhsan Pakatan Rakyat," katanya.

Perkara yang sama juga turut ditegaskan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamad yang bersetuju bahawa PAS perlu memenangi lebih kerusi berbanding rakan Pakatan lain, jika mahu Abdul Hadi dilantik menjadi PM.

"Kalau kita menang lebih, PM kita adalah Datuk Seri Presiden," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di muktamar itu


 

1 comment: