Followers

Sunday, November 04, 2012

Khairy mencari kunci hilang yang payah ditemui di Kelantan!

Khairy Jamaluddin berkata calon berkualiti, tiada sabotaj adalah kunci BN rampas Kelantan....Wow!!

Calon berkualiti menurut Khairy dan Kelab Veteran Umno, mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk seperti tidak bermoral dan rasuah serta tiada sabotaj. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan.

Mengenai kualiti sikap mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan, itu bisa diatur! Sesiapa yang nak dapat peluang menjadi calon mestilah boleh begitu, lepas menang cerita lain! 

Yang payahnya ialah kualiti mesti berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk (tidak bermoral dan rasuah) dan tiada sabotaj.  Masalahnya ada lagikah spesis calon begitu dalam Umno?  Ada lagikah?

Rasanya kalau itulah kualiti calon Umno/BN yang dicari, sudah pasti Khairy akan menjadi macam Pak Lah Badawi - yang tak jumpa sampai sudah al-Ghazali dan as-Shafie!

Nampak gayanya tak jumpa kunci lagilah BN Kelantan!

Berita fokus:

 ‘Calon berkualiti, tiada sabotaj kunci BN rampas K’tan’

Bernama

Barisan Nasional mampu menawan semula Kelantan jika menurunkan calon yang berkualiti dan mendapat sokongan padu daripada semua peringkat kepimpinan parti di negeri itu.
  
Setiausaha Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mewakili dua generasi berbeza dalam parti itu bersependapat bahawa calon berkualiti dan tiada sabotaj merupakan dua kunci utama bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada cengkaman parti PAS.
  
Mustapha berkata rakyat Kelantan kini sudah bersedia menukar kerajaan akibat kegagalan PAS mengurus negeri itu dengan baik dan BN perlu mengambil peluang sepenuhnya terhadap situasi itu dengan memastikan dua kunci utama itu menjadi kenyataan.
  
"Calon berkualiti mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk seperti tidak bermoral dan rasuah. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan.
  
"Calon dipilih bertanding mestilah mendapat sokongan padu daripada semua kepimpinan bahagian dan cawangan. Mereka yang tidak terpilih mesti mengetepikan perasaan kecewa kerana kemenangan parti adalah utama," katanya kepada Bernama......


- Bernama

No comments: