Followers

Tuesday, November 20, 2012

Kerajaan Malaysia Umno/Bn yang tidak ada jiwa....

Beginilah kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Umno sebagai parti utama kerajaan. Nak bercakap soal Islam dan soal aqidah dalam negara, tetapi untuk menunjukkan sedikit jiwa Islam parti itu, dengan mengiktiraf parti Hamas yang didokong secara demokratik oleh rakyat Palestin, Umno begitu kecut perut kepada PBB yang dikuasai Yahudi!

Bolehkah diharapkan sebuah keikhlasan dari parti Umno yang dikatakan tonggak utama kerajaan Malaysia ini, dalam mengutuk keganasan Israel yang sedang membaham umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza? 

Sehingga ke hari ini terdapat bukti yang kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Umno/Bn ini mempunyai 'hubungan dagang' senyap-senyap dengan rejim haram Israel. Contohnya, banyak mana minyak sawit mentah di bawah Felda yang telah dijual kepada syarikat Israel melalui Singapura? Mazlan Aliman mungkin akan mendedahkannya nanti! Sudah berapa kali kapal-kapal dagang Israel yang telah berlabuh di pelabuhan Malaysia?

Ini semua membuktikan parti Umno yang dikatakan konon tonggak kerajaan Malaysia itu bersikap seolah 'asal turut sama kutuk' sudah, jangan nampak sangat kepada umum tak membuat apa-apa langsung!

Kalau Umno sebagai tonggak kerajaan Malaysia serius dan ikhlas dalam hal ini, kerajaan Umno/Bn wajib memberhentikan segera atau mengarah berhenti segala bentuk hubungan perniagaan dengan segala yang berkaitan dengan Israel serta merta tanpa banyak alasan. Atau paling kurang segera menghubungi kerajaan Mesir dan Turki untuk turut bersama menghalang Israel secara lebih serius dan bersungguh. Soalnya apakah Umno berani atau ada jiwa Islam untuk membuat demikian?

Betullah pengakuan Tengku Adnan Mansor terhadap perjuangan Umno - parti Umno tidak pernah menggunakan sepotong pun ayat Quran dalam kerja buat perjuangannya!

Berita yang diulas:


Malaysia tak iktiraf Hamas tapi sokong Palestin’

Ahmad Fadli KC  20 Nov 2012.

Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza bermula 14 November lalu.

"Oleh kerana Malaysia ahli kepada PBB, kita tiada pilihan melainkan tidak mengiktiraf Hamas.

"Tetapi kita mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan Hamas sebagai sebuah parti yang menguasai (Palestin) atas pilihan rakyat Palestin untuk menubuhkan kerajaan," katanya.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit mencelah dan mengusulkan agar Parlimen Malaysia mengambil pendirian berbeza daripada pendirian kerajaan – dengan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah Palestin.

Mengulas perkara itu, Nazri menjelaskan bahawa sebarang keputusan Parlimen akan dianggap keputusan eksekutif yang merupakan kerajaan sedia ada.

"YB perlu faham sistem politik negara kita, parti yang menguasai Parlimen itu merupakan eksekutif.

"Jadi kalau Parlimen membuat keputusan yang bebas daripada eksekutif, sistem kita tak boleh sembunyi hakikat itu juga adalah (keputusan) kerajaan.

"Kita mesti berhati-hati dalam perkara ini kerana yang penting adalah menyelesaikan masalah Palestin dan bukan sama ada suatu
parti politik itu diiktiraf oleh kita atau tidak," katanya.

Beliau seterusnya memberikan komitmen kerajaan untuk terus berkempen agar Palestin diterima dalam PBB.

"Bagi kita yang penting ialah substance iaitu kita bagi dukungan dan sokongan kepada Palestin untuk menjadi bukan sahaja satu entiti tetapi akhirnya menjadi sebuah negara pemerhati dan seterusnya akan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Isu berkenaan pada akhir tahun lalu dibangkitkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mempersoal pendirian kerajaan Malaysia kerana "selalu bercakap membela Palestin tetapi masih enggan mengiktiraf Hamas".

Beliau menggesa agar Malaysia berhenti mengikut telunjuk Amerika dan mengorak langkah mengubah nasib malang rakyat Palestin.

Sumber: malaysiakini

No comments: