Followers

Monday, November 05, 2012

Dua industri baru bakal mengalahkan hasil Sawit dan barangan eletronik sebagai sumber pendapatan utama negara 1Malaysia!

Industri tersebut adalah:

1. Saman Postal (Notis Pol 170A) oleh PDRM dan

2. Saman AES  oleh JPJ!

Dua Industri baru tersebut antara bukti  ‘kecekapan’ ransangan ekonomi kepimpinan Umno/Bn!

Industri-industri ini mampu 'merancakkan' pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 5 peratus setiap tahun walaupun bajet negara kekal defisit selama 15 tahun berrturut-turut dan hutang negara hampir mencecah RM500 bilion!!!!

'Kerancakan' dua industri baru yang sedang beroperasi ini dan keadaan bajet deficit serta peningkatan ‘menggalakkan’ hutang negara demi kroni,  sudah pasti mampu MENINGKATKAN kadar kebimbangan rakyat (silap-silap gaya mampu juga meningkatkan kadar kematian rakyat yang tertekan kehidupan harian) bahawa selagi pemerintahan Umno/Bn tidak diubah, maka ianya akan mempercepatkan lagi negara ini bankrap,  lebih awal daripada yang dijangkakan oleh Idris Jala!

'Tahniah' kepada sesiapa yang masih berhasrat mengundi Umno/Bn dalam PRU 13 nanti dengan ucapan: Alangkah ‘BODDO’nya kamu!

Berita yang diulas:

Saman PDRM tetap berjalan walaupun ada AES

Hazayani Zakaria 05 Nov 2012.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kepada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pada sesi soal jawab lisan pagi ini.

"Berapa jumlah respon daripada pesalah yang menerima saman postal kemudian menjawab semula notis yang dikeluarkan PDRM.

"Apa jenis kamera yang digunakan PDRM, adakah sama dengan AES dan adakah menteri bercadang memansuhkan sistem ini setelah AES yang lebih kejam dan zalim dilaksanakan?" soal beliau.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, sebanyak 180,062 saman postal dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 saman dapat diselesaikan.

Firdaus dalam soalan asalanya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Sementara itu, Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, rakyat kini terbeban dengan dua saman yang dikeluarkan iaitu daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaiman ia beroperasi, bukan terus saman," katanya.

Sumber:harakahdaily



No comments: