Followers

Tuesday, November 27, 2012

Biasanya pil Panadol untuk kebahkan demam tapi untuk Umno, pil Persepsi!

Pil demam berjenama 'persepsi' muncul sekali lagi bagi mengubat demam Umno/Bn yang tidak pandai nak kebah dalam menghadapi isu rasuah, pecah amanah dan penyelewengan yang mempalit tubuh badannya! Kali ini pil antibiotik yang diistilah 'persepsi berkaitan rasuah yang "melampau"' didatangkan khas dari apa yang dipanggil IDEAS.

Pil itu konon memberi maksud bahawa rasuah di Malaysia tak seserius mana, pada kadar biasa-biasa sahaja! Agaknya begitulah maksudnya!  Dan yang kata rasuah di Malaysia ini masalah yang memberi kesan kepada ekonomi negara, hanya persepsi sahaja rasuah itu 'melampau'!

Maka itu agaknya apa yang hendak dikatakan pemerintahan Najib/ UMno/Bn rasuahnya tak lah keterlaluan! Ada, tapi tak lah melampau! Kahkahkahkahkah...!!!

Kat Malaysia ini banyak persepsi! Kes stadium di Kuala Trengganu runtuh, hanya persepsi! Kes bumbung hospital gugur, persepsi! Kes lembu kondo, persepsi! Kes komisyen kapal selam, persepsi! Kes RM 40 juta untuk Umno di Sabah, persepsi! Kes taukeh MAS tak bayar hutang, pun persepsi! Kes jalanraya di Sabah yang tak sampai 1km kos mencecah RM15 juta, jugak persepsi! Kes Menteri yang urus peruntukan PPRT dahulu tu, persepsi! 

Oleh kerana semua isu-isu itu hanya persepsi maka rasuah di Malaysia hanya persepsi keterlaluan! 

Banyak cantik engkau IDEAS!

Bagi Pakatan Rakyat perintah Malaysia tengok, untuk bebaskan proses pendakwaan dan pengadilan, kita tengok persepsi keterlaluan atau hakikat yang mampu membankrapkan negara! Cheh..persepsi!!!


Felo: Persepsi keterlauan rasuah di Malaysia  27 Nov 2012.

Bernama

Persepsi berkaitan rasuah yang "melampau" tidak mencerminkan realiti Malaysia yang terus berkembang mantap di bidang sosial dan ekonomi, kata  Felo kanan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Anis Yusal Yusoff.

Menurutnya, Malaysia mencatat prestasi baik dari segi penerimaan pelaburan asing dan daripada usahawan tempatan, yang seterusnya menghasilkan pertumbuhan kukuh ekonomi dan kadar pembangunan yang tinggi.
  
Katanya walaupun Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia mencatat mata 4.3 dalam Laporan Transparency International 2011, kadar pertumbuhan negara ini sentiasa cergas sejak 12 tahun lepas, dengan purata pertumbuhan 4.8 peratus dari tahun ke tahun.
  
"Kaji selidik ringkas kami mendapati Malaysia tidak akan mencapai kadar pelaburan, kadar pertumbuhan dan kadar pembangunan insan yang dinikmatinya sekarang sekiranya negara ini begitu teruk dari segi rasuah seperti yang digambarkan," katanya dalam kertas kerja bertajuk "Membanteras Rasuah: Memahami Inisiatif Pencegahan Rasuah di Malaysia".
   
- Bernama



No comments: