Followers

Friday, November 30, 2012

Alah, malunyer...apalah Tan Sri Khalid ni!



Jika Pusat tiada wang, Selangor sedia dahulukan




Lizawati Madfa Selangorku  28 Nov 2012.

SHAH ALAM: Selangor sedia mendahulukan wang rizab negeri bagi penyelenggaraan infrastruktur demi memberi keselesaan kepada rakyat sekiranya Kerajaan Pusat mengeluarkan jaminan surat hitam putih untuk membayar semula wang berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesa Kerajaan Pusat menunaikan tanggungjawab kerana ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Bagi melicinkan gerak kerja ini Kerajaan Negeri akan menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada Menteri Besar, Pegawai Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pasukan khas ini akan membentangkan kepada Kerajaan Pusat mana-mana projek atau infrastruktur yang sepatutnya dibangunkan Kerajaan Pusat di negeri ini.

“Jika Kerajaan Pusat memberi kelulusan secara surat hitam putih kepada sesuatu projek menggunakan duit rizab negeri dan bersedia bayar kembali duit, Kerajaan Negeri sedia mendahulukan wang negeri,” jelas beliau.

Abdul Khalid yang juga Adun Ijok berkata demikian ketika mengulas peruntukan pembangunan bagi tahun 2013 yang diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebanyak RM59.6 juta.

Beliau turut mempertahankan sistem tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri dalam pemberian kontrak sesuatu projek sejak mengambil alih pemerintahan negeri ini.

Tambahnya, amalan ini terbukti menjimatkan wang peruntukan JKR kira-kira 20 peratus.

Setiap kontraktor jelasnya, hanya dibenarkan untuk memperolehi untung sekitar lapan hingga sepuluh peratus sahaja bagi mengelakkan mereka mengagihkan projek kepada sub-kontraktor.

“Pernah seorang kenalan memberitahu yang beliau memenangi kontrak bernilai RM2 juta namun tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana projek dijalankan.

“Ini kerana menurutnya, beliau mendapat tender kerana kenal Menteri Besar (pada waktu itu) dan sekadar membahagikan kerja kepada sub-kontraktor.

“Amalan ini yang kita akan ubah,” tegas Abdul Khalid.