Followers

Wednesday, November 14, 2012

1BestariNet bakal mengulangi SchoolNet ?

Peluang untuk 1BestariNet bakal mengulangi permasalahan kritikal yang dicetuskan dari projek SchoolNet begitu cerah sekali. Projek 1BestariNet yang kedengaran gah akan menjadikan para guru terus terkapar dalam arahan kerja membabitkan ICT yang mereka kena lakukan.

Betullah apa yang akan berlaku nanti sudah dapat dijangka, 1BestariNet bakal menjadi seperti projek makmal komputer dan SchoolNet. Guru-guru terus dituntut untuk membayar balik konon insentif dan ganjaran yang begitu banyak dan melimpah-ruah dikurniakan kepada mereka walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan 1001 arahan dari pelbagai lapisan pentadbiran di KPM!

Tahniah para sahabat ku guru! Sabar....

Berita yang diulas:
 
1BestariNet: Kroni untung masalah meruncing

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan menganugerahkan projek 1BestariNet kepada YTL Communications Sdn Bhd untuk menyediakan akses internet dan pembelajaran maya.

Bercakap di Dewan Rakyat 6 November lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, 1BestariNet ini membabitkan kontrak bernilai di antara RM4.5 bilion hingga RM6 bilion.

Namun terdapat masalah besar penggunaannya seperti yang dirunguti golongan pendidik dan pelajar, katanya.

Namun katanya ia belum mencapai tahap yang memuaskan.

"Kajian kementerian pada tahun 2010 mendapati lebih kurang 80 peratus guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu.

"Satu pertiga murid menyatakan guru mereka menggunakan ICT secara tetap lalu kerajaan bercadang meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013," katanya semasa berucap dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat 7 November lalu.

"Kementerian mengumumkan tetapi beberapa jam selepas itu dipadamkan dan ini beberapa soalan yang saya bangkit kerana tender khidmat 1BestariNet dianugerahkan kepada YTL Comunications, disahkan sendiri Pengarah Eksekutifnya Tan Sri Francis Yeoh," katanya.

"Memang di Malaysia ini, kalau tidak Tan Sri Syed Mokhtar, YTL, memang beberapa syarikat terpilih sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain itu duduk cakap hidup Melayulah," katanya.

Beliau berkata semasa tender 1BestariNet ditutup pada 31 Mei 2011, 19 syarikat telah mengemukakan bidaan dan enam pembida disenaraikan.

Dakwanya senarai pendek yang diketepikan termasuk Celcom Axiata, Jaring Comunications, Maxis Multimedia, Synergy Group, Telekom yang mengemukakan tender bersama TIMEdotCom.

Menurut Anwar lagi sepanjang dekat yang lalu kerajaan membelanjakan lebih dari RM6 bilion untuk teknologi maklumat.

Sumber: Harakah 1791

No comments: