Followers

Sunday, October 07, 2012

Zahid hamidi senak perut !

Kalau dah disahkan pembelian Scorpene itu ikut prosedur, takut apa! Maka itu Zahid Hamidi tak payahlah gelabah dan senak perut dek kerana peguam Perancis itu nak datang. Bukankah Zahid sudah ada bukti-bukti pembelian yang ikut prosedur? Bawa sahaja semua bukti itu nanti ke mahkamah! Mahkamah manalah yang bodoh mahu menolak bukti-bukti pembelian yang sah dan ikut prosedur lagi ! Kan?

Payah-payah bawa sekali Ketua Audit Negara itu sebagai saksi!

Selama ini hebuh kapal selam tidak boleh menyelam tapi cuba tengok tu, agaknya dengan 'beban' yang ada tu kapal selam pun dah boleh tenggelam dan menyelam dah...!!! Orait ah....

Berita tumpuan:


Ahad Oktober 7, 2012

Ketua Audit Negara Sahkan Pembelian Scorpene Ikut Prosedur - Zahid 

BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak.

Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada.

Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan.

Zahid memberitahu pemberita selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah, Kampung Tanah Lalang di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat.

Ditanya mengenai perkara lain iaitu permintaan elaun RM500 setiap bulan oleh veteran tentera zaman darurat, beliau terserah kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menunaikannya sekiranya kerajaan berkemampuan melakukan demikian.

"Permintaan elaun tetap RM500 sebulan adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh kerajaan. Kita harus bersyukur dengan pemberian saguhati RM1,000 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2013 sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan veteran tentera yang bertugas semasa darurat," katanya. BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Penjelasan oleh odit negara bukan hendak dipertikaikan akan tetapi kita sedia maklumlah,sebagai seorang menjawat awam yang berkhidmat dibawah naungan politik yang mencengkam, beranikah dia mrnyanggah arus dengan kebenaran, sebaliknya seluruh dunia dan rakyat dinegara sendiri pertikai keadaan situasi yang sengaja disembunyikan, walhal segala rahsia yang sepatutnya menjadi rahsia sudah tidak dirahsiakan lagi. Beranikanlah diri kerana benar, bukanya lari dari kebenaran kerana takut hilang kuasa.