Followers

Saturday, October 27, 2012

Alahai pakar..pakar!!

Pakar sesat mana tak tahu dia ni? Tiba-tiba AES boleh kurangkan kematian jalan raya! Konon boleh kurangkan kadar kematian di jalan raya pada kadar sekurang-kurang 35 peratus!

Woi berbelanja RM800 juta untuk menyediakan kamera sebanyak 3,452 buah di 831 lokasi dengan kos senggaraan sehingga RM3.8 bilion untuk 5 tahun, boleh kurang hanya sekitar sekurang-kurang 35 peratus kemalangan maut?

Masalahnya tuan pakar, kamera AES ni pun diletakkan jugak berselirat di bukan kawasan kemalangan! Pulak tu kenapa ada kerjasama sebegitu rupa, "satu untuk aku, satu untuk engkau, dua untuk aku dua untuk engkau" dengan syarikat swasta?

Ini bukan macam pakar kemalangan maut, macam pakar buat duit je?

Taik betul!


Sabtu Oktober 27, 2012 

AES Boleh Kurangkan Kematian Jalan Raya - Pakar 

SHAH ALAM: Pakar sistem pengangkutan pintar yang mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkata, kamera kelajuan boleh mengurangkan kadar kematian di jalan raya pada kadar sekurang-kurangnya 35 peratus.

Pensyarah Jabatan Ukur Sains dan Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Khoiri Mohd Dimyati yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam pengangkutan awam dan sistem penguatkuasaan berkata, penggunaan kamera kelajuan di negara lain membuktikan berjaya mengurangkan kemalangan dengan peningkatan persepsi pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan.

Beliau berkata, kajian di negara-negara yang menggunakan AES menunjukkan bahawa sistem itu berjaya mengurangkan kemalangan dan kematian yang berkaitan sebanyak 70 peratus.

"Saya percaya AES boleh mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 30% hingga 35%. Jika AES boleh berjaya di negara-negara lain, ia juga boleh berjaya di sini juga," katanya dalam satu temu bual di sini.

Dr Khoiry berkhidmat sebagai penasihat di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi pelaksanaan AES antara 2008 dan 2011 apabila kementerian mengkaji kaedah mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian jalan raya.

Purata kadar kematian jalan raya di Malaysia adalah 17.7 kematian setiap hari.
Dr Khoiri, yang juga penasihat teknikal kepada kerajaan mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1967 berkata, masalah yang wujud di kalangan pemandu Malaysia adalah sikap 'seolah-olah tidak menghargai kehidupan'.

Selain itu Dr Khoiry berkata kekurangan penguatkuasaan juga menyumbang kepada persepsi bahawa pemandu tidak akan ditangkap kerana melanggar undang-undang.

AES mula beroperasi pada 23 September lalu dengan 14 kamera dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dan lebih banyak kamera akan dipasang di 817 kawasan di seluruh negara tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho berkata lokasi lain akan ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/27/mstar_berita/20121027105138&sec=mstar_berita

No comments: