Followers

Monday, October 15, 2012

AES alat Kerajaan Umno/Bn ST1M-kan pemandu

Perangai para pemimpin Umno/Bn memang macam tu. Asal buat sahaja sesuatu projek, tanpa berlengah dan mengkaji panjang lebar, terus keluar kenyataankonon terbukti berjaya dan efektif! 

Dulu dua tiga bulan selepas projek PPSMI pun mendakwa program itu sangat berjaya dan efektif. Padahal diakhirnya mereka sendiri yang mendakwa bahawa PPSMI gagal meningkatkan mutu dan kualiti Bahasa Inggeris setelah pada masa yang sama Bahasa Melayu turut berjaya dihancurkan!

Kini Mr Kong Choo Ha pulak mendakwa AES konon berjaya bantu kurangkan kemalangan jalanraya dan sistem yang efektif! Konon....heh tengoklah sikit masa lagi, menteri ini jugaklah nanti akan umumkan AES banyak kelemahan dan perlu dibatalkan!

Bagi BR1M kepada rakyat untuk dipungut kembali oleh 'ST1M' (Saman Trafik 1Malaysia)!  Sapa yang menerima padah? Rakyat marhaen! Sapa yang untung? KKrrronii!!! Bijak...bijak!!!

Dalam kepala hotak kerajaan Umno/Bn cara untuk mendidik rakyat untuk kurangkan kemalangan dijalan raya bukan dengan menambah anggota polis trafik tetapi hanya melalui AES kerana di sana ada WANG wal FULUS! Tu lah yang AES terbukti efektif tu!!


Isnin Oktober 15, 2012

AES Bantu Kurangkan Kemalangan, Sistem Terbukti Efektif – Kong
IVAN LOH
SITIAWAN: Keselamatan pengguna jalan raya tidak harus dikompromi apabila kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dibuktikan untuk mengurangkan kemalangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

“Semuanya mengenai menyelamatkan nyawa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga menggesa kerajaan untuk memasang kamera tanpa berlengah-lengah lagi,” katanya.

“Mereka merasakan bahawa kamera itu adalah penting dan rakyat juga perlu dididik untuk mematuhi undang-undang lalu lintas,” katanya selepas menyampaikan cermin mata percuma kepada 239 orang miskin di ibu pejabat MCA Lumut di sini, Ahad.

Dilaporkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menolak cadangan untuk pemasangan kamera AES, yang mendakwa ia tidak direka berdasarkan pelan trafik.

Majlis Perbandaran Seberang Prai juga nampaknya tidak memihak terhadap keperluan itu.

Bagaimanapun, Kong berkata, beliau masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada dua majlis perbandaran yang menolak pemasaran kamera tersebut.

Beliau berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan mendapatkan maklum balas daripada kedua-dua majlis berhubung perkara itu.

Lim berkata, Kerajaan Pulau Pinang memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji sistem berkenaan sebelum membuat keputusan.

Kong turut menjelaskan perkara sebenar mengenai pandangan bahawa kamera itu boleh merakamkan imej pengguna jalan raya yang melanggar lampu kuning.
“Semua imej boleh dirakamkan dengan jelas yang menunjukkan pemandu yang melanggar lampu merah,” katanya.

Mengenai cadangan supaya diadakan kiraan waktu berhampiran lampu isyarat untuk memberi amaran kepada pemandu, Kong berkata, ia tidak perlu.
Beliau berkata, kira-kira 90 negara telah menggunakan AES tanpa penentu masa.

“Namun, mereka membuktikan telah mengurangkan kemalangan jalan raya dengan ketara,” katanya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/15/mstar_berita/20121015113724&sec=mstar_berita

No comments: