Followers

Wednesday, October 17, 2012

Menteri 'otak sikit'!


Asal nak bagi percuma kepada rakyat mesti nak dikenakan cukai kembali kepada rakyat! Apa ra....tak ada idea langsung kalau untuk rakyat!

Kerajaan Belum Sedia Beri Pengajian Tinggi Percuma 



KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.

Kata menteri 'otak sikit' ini lagi:

Beliau berkata, langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.

Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.

"Oleh itu, kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN," katanya. - BERNAMA


Rakyat harus membuat pilihan antara mengekal kerajaan yang mahu mengekalkan PTPTN atau bakal kerajaan yang mahu memansuhkan PTPTN untuk melaksanakan pedidikan percuma.

No comments: