Followers

Monday, October 08, 2012

Mahathir: Soros...Soros....Soros!!

Biasanya bila seorang itu semakin meningkat usia menjadi semakin tua, semakin banyak dia meratib dan sudah tentulah zikir yang paling baik ialah" Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah!".  

Tapi ada seorang orang tua di Malaysia ini lain pula halnya, semakin meningkat usia menjadi semakin tua semakin kerap pula dia menyebut, "Soros...Soros....Soros!". Kacau betul!

Tak ada ke yang kesihan kan dia? 

Rasanya Dr Maza yang baik dengan orang tua ini boleh bantu, pergilah jeguk-jenguk dan nasihat kan orang tua ni, dah-dahlah 'meratib' Soros tu, tak ada faedah langsung....tak relevan dah dengan keadaannya! 

Kesian dia! Iya!!!

Berita tumpuan:


Boleh percaya ke Mahathir benci Soros?
Abdul Aziz Mustafa 7 Okt 20112.
KUALA LUMPUR: Jenis yang hari ini maki hamun dan esok dengan mudah cakap lain pula tidak boleh dipercayai dakwaannya. 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menolak apa yang disifatkannya sebagai 'histeria' terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Presiden Umno itu hari ini dilaporkan mendakwa, undi kepada Pakatan Rakyat (PR) sama seperti mengundi George Soros dan penjajahan semula.


"Tak boleh pakai, tak boleh percaya cakap dia. Dulu masa krisis kewangan 1997/1998, garang sungguh dia maki hamun Soros. Penyangaklah, macam-macam dia kata dan pada masa itu ramailah yang percaya.


"Tetapi pada tahun 2006, portal berita berkaitan MCA sendiri yang laporkan Dr Mahathir kata dia terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan itu.


"Saya ulangi, portal berita berkaitan MCA dan bukan Malaysiakini yang Dr Mahathir tuduh dibiayai Soros," kata Mohamad sambil menyindir.


Beliau berkata, memang itu sifat lumrah Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya.
 

No comments: