Followers

Tuesday, October 09, 2012

Kelakar Mahathir tidak menjadi!

Maka dengan lidah berbelit dan begitu susah payah, Mahathir cuba juga berkelakah sambil madah kunun satu undi diberi kepada pembangkang (Pakatan Rakyat lah tu) bermakna memberi undi kepada Soros untuk penjajahan semula berlaku ke atas negara ini. KAH!!!

Apa yang aku tahu pulak, kalau rakyat terus mengundi Umno/Bn dan Umno/Bn menang terang-terang bermakna:

1. Bidang pendidikan akan menjadi industri berbayar yang mahal dan  jangan harap rakyat akan mengecapi pendidikan percuma!

2. Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan melanyak rakyat semahunya sebaik selepas Umno/Bn memang!

3. Saman Trafik 1Malaysia (ST1M) akan terus menyedut kering wang belanja rakyat di setiap jalan dan lebuh raya demi proses "mengambil kembali apa yang diberikan" kepada rakyat dalam Bajet 2013 yang lalu. 

4. Harga Petroleum akan terus naik tanpa tahu makna turun.

5. PTPTN akan terus mengejar rakyat terutama para pelajar dan generasi muda di mana-mana sahaja dengan hutang lama dan baru!

6. Harga rumah akan terus melambung tinggi hingga tak mampu dibeli oleh rakyat marhaen.

7. Sistem pengangkutan awam akan terus bertaraf tahun 60 dan 70 an.

8. Rakyat akan terus bermentaliti kelas ketiga atau mungkin menjadi 'no class" kerana hanya tahu menganga mulut dengan bantuan demi bantuan berbentuk one-off yang tidak membantu kelangsungan hidup mereka.

9. ISA tidak akan dihapuskan pada realitinya dan akan terus menzalimi rakyat demi politik dan kuasa tamak haloba Umno/Bn.

10. Kadar kejadian jenayah akan terus meningkat kerana kerajaan baru Umno/Bn nanti akan hanya sibuk dengan soal 'persepsi' semata-mata. Berlakulah apa juga jenayah samada rumah seorang Menteri Besar diceroboh masuk, mesin ATM dipecah, anak-anak gadis dirogol dan dibakar dan macam-macam lagi, yang penting bagi Umno/BN paksa rakyat agar 'rasa selamat'! Cheh!

11. Tanah rezab Melayu yang telah berkurangan akan terus berkurangan  kerana dijual oleh para pemimpin Umno demi keuntungan peribadi seperti yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Umno Pulau Pinang yang 'menggadai' tanah-tanah kampung orang Melayu baru-baru ini!

12. Harga barangan keperluan dan dapur akan terus meningkat dengan alasan pelbagai penyakit dan masalah. Bagi kerajaan Umno/Bn harga gula terpaksa dinaikkan kerana bimbang rakyat terkena diabetis, harga minyak masak terpaksa dinaikkan kerana bimbang rakyat mengidap kolestrol tinggi dan lemah jantung, harga minyak petrol dinaikkan kerana tidak mahu rakyat membuang masa ke sana ke mari, harga, saman ST1M dikenakan kerana tak galak rakyat marhaen beli kereta besar. Untuk rakyat marhaen sekadar beli kancil dan Viva cukup dan macam-macam alasan mengarut lagi pandir yang diberikan oleh kabinet dapur Najib Razak.

13. Felda akan terus tergadai dan peneroka akan terus menerima bahana hari demi hari!

14. Tanah-tanah rakyat marhaen di kampung-kampung akan terus dirampas dengan alasan kununnya untuk projek pembangunan yang pada hakikatnya mengayakan kroni seperti apa yang berlaku di Penggerang Johor! 

15. Belanjawan negara yang telah defisit selamat 15 tahun akan terus defisit entah berapa puluh tahun lagi selagi Umno/Bn terus memerintah!

16. Hutang negara yang telah mencecah hampir RM500 bilion mungkin akan terus meningkat untuk mempercepatkan negara ini bankrap seperti yang pernah diramal oleh Idris Jala!

17. Rosmah Mansor boleh terus ber-shopping ke seantero dunia semahunya!

Soros? Soros peduli apa Umno/Bn menang atau Pakatan Rakyat menang atau kedua-duanya kalah! Soros tetap Soros yang akan melakukan kerja-kerja yang biasa dia lakukan di mana-mana pun! Parti-parti politik di Malaysia tidak memberi apa-apa pun kepada Soros, cumanya buat masa ini Soros amat diperlukan sebagai 'jembalang' oleh Mahathir mamak khutty untuk menakutkan rakyat seperti menakutkan anak-anak kecil! HAAA...HANTU!!!!! Itu sahaja!

No comments: