Followers

Wednesday, October 03, 2012

Hisham Persepsi pulak dah!




Apakah Hishamuddin Hussein sedang mengalami 'kecelaruan fikiran'?

Katanya, mewujudkan ‘rasa selamat’ di kalangan masyarakat antara yang menjadi keutamaan Hishammuddin selepas ini!

Isunya:

Bagaimanakah ‘rasa selamat’ hendak wujud jika saban hari masyarakat terus melihat kejadian jenayah berlaku di hadapan mata ?

Bagaimana ‘rasa selamat’ hendak wujud jika saban hari kejadian jenayah berlaku dalam kawasan kejiranan mereka?

Bagaimana ‘rasa selamat’ hendak wujud jika rakyat sendiri merasakan tidak selamat? Rasa tidak selamat tinggalkan rumah, rasa tidak selamat berada di rumah seorang diri, rasa tidak selamat berjalan dilorong sunyi seorang diri, rasa tidak selamat tatkala hendak keluar wang di  ATM dan seumpamanya.

Bagaimana ‘rasa selamat’ hendak wujud jika mantan KPN Musa Hasan sendiri mengakui peningkatan kadar jenayah memang berlaku?

Apakah ‘rasa selamat’ itu benar-benar wujud jika selepas ini berita atau kejadian jenayah digelapkan dari laporan media utama demi melahirkan persepsi selamat?

Apakah persepsi ‘rasa selamat’ tetap hendak diwujudkan tanpa mengurangkan kadar peningkatan kejadian jenayah? Tidakkah itu sebenarnya meletakkan rakyat dalam perangkap bahaya?

Apakah persepsi ‘rasa selamat’ lebih penting daripada usaha dan kawalan serius menurunkan kadar kejadian jenayah?

Apakah ‘rasa selamat’ itu dirasakan benar-benar wujud jika PDRM lebih menumpukan kepada mengawasi ceramah-ceramah parti pembangkang daripada usaha bersungguh-sungguh membenteras jenayah?

Bagaimana hendak wujud ‘rasa selamat’ jika contohnya serangan cat merah kepada bas jelajah merdeka PKR dan lontaran objek keras ke ceramah Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dahulu berlaku 'depan mata' polis sendiri tanpa polis bertindak terhadap para samseng?

Jadi, Hishammuddin Hussein tolonglah serius sikit! Janganlah terlalu bermain politik! Sepatah kata Mat Sabu, “janganlah merapu!”

Berita tumpuan:

Hishammuddin: NKRA akan tumpu ‘rasa selamat’

2 Okt 2012.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata fasa kedua dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat dan bukannya indeks jenayah.

"Isunya bukan indeks (jenayah), itu kita cukup yakin... Isunya bukan jenayah jalanan (lagi), matlamatnya sudah berubah mengikut tuntutan semasa.

"(Kayu ukurnya adalah) persepsi, keduanya perasaan dan realiti.

"Bukan kita tidak beri perhatian (kepada indeks jenayah), tetapi peringkat pertama itu tumpuannya adalah kes-kes jenayah jalanan," katanya dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia pagi ini.

Dalam fasa kedua, tumpuan juga diberikan kepada usaha mengurangkan jenayah pecah rumah dan jenayah di pusat membeli-belah, katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.


No comments: