Followers

Saturday, October 13, 2012

Hantu Soros kejar Najib!



Kerana permainan busuk pencacai-pencacainya, Najib Razak pulak yang terkantoi! 

Najib kata  “tak salah dia jumpa Soros” tapi dua tahun perjumpaan Najib-Soros disenyapkan! Nasib baik ada orang PKR dedahkan, kalau tidak... sampai sekarang orang tak tahu, terus menjadi rahasia! KAH!

Sebuah perjumpaan yang tak salah, yang konon tak ada apa-apanya, tapi ‘dirahsiakan’! Kelakar jugak!

Dan bagi Najib Razak lagi, panduannya dalam hal Soros ialah tok gurunya Mahathir! Kalau Mahathir boleh jumpa maknanya tak salah kalau dia juga ikut sama jumpa macam Mahathir jumpa!

Begitulah ilmu 'sesat' yang diamal oleh puak-puak pencacai Umno ialah, asal Najib, Mahathir dan NGOnya buat, tak salah! Kalau NGO yang sealiran Pakatan Rakyat buat,  salah!

Orang yang dah busuk ni, dia sentiasa terhidu bau busuk dan kadang-kadang dia terlupa, busuk yang dikatakan berpunca dari orang lain itu sebenarnya adalah busuk dirinya sendiri! Itulah pencacai Umno!

PM: Tiada salahnya saya jumpa Soros

Abdul Rahim Sabri Okt 13 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jutawan George Soros di New York dua tahun lalu.

Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Tun Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihat Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Tun Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

No comments: