Followers

Monday, October 15, 2012

Haji Najib kupas ciri-ciri orang munafik!





Di Kudat Sabah, Najib bersyarah agama; terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati! Aey wah...aey waahhh!!!

Kita nak tanya Najib Hantuya, bersyarah, bersyarah jugak, tapi nasib Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak mendapat peruntukan dalam Bajet 2013 kerajaan Umno/Bn amacam? 

Takkan lah hanya kerana tidak mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dengan Kementerian Pelajaran maka SAR terus diperesokkan ke lubang dalam! SAR tu kan sekolah agama Islam, agama anutan Najib! Tidakkah itu namanya, Najib diberi amanah agama tapi amanah dikhianati?
 
Hai Hj. Najib, kena batang hidung sendiri nampak!!!

Jom kita baca petikan dari Utusex :-

KUDAT 14 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pembangkang boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan munafik kerana tidak menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat.

Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.

Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memungkiri janji, sebab itulah ungkapan Janji Ditepati digunakan secara meluas oleh parti itu.

"Pepatah Melayu ada menyebut, binatang dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. Janji dan jaminan BN dibuat berdasarkan pada kemampuan kita.

"Janji yang dibuat tetapi tidak ditepati bukan sahaja akan dilaknat oleh Tuhan tetapi turut akan dihukum oleh rakyat," katanya pada majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.

1 comment:

anakrajabugis said...

CIRI2 TU MEMANG ADA KAT PEMIMPIN UMNO TERUTAMA PM NAJIB, KAN SENANG KALAU BAGI TAHU KAT ORG SABAH MACAM NI, "CIRI CIRI ORG MUNAFIK TU SAMA MACAM APA YANG SAYA BUAT".