Followers

Sunday, October 28, 2012

Dekat nak pilihanraya baru nak terhegeh-hegeh tunjuk cakna!

Para Pelajar merana, ibubapa kecewa, kroni Umno/Bn jugak yang buat untung. Habis kursus, menganggur, lepas itu senang-senag kerajaan Umno/Bn kata mereka tidak berpengalaman dan tiada pendedahan klinikal!



Kepala tengkorak betul! Sebenarnya perkara ini berlaku di hadapan mata Kementerian Kesihatan tapi kenapa dibiarkan terus pelajar-pelajar mengikuti kursus berkenaan di IPTS dengan pinjaman PTPTN! Tak ada pemantauankah  kepada standard kualiti kursus agar menepati prosedur latihan yang dikehendaki?

Kalau dah tahu tak ada pengalaman dan tiada pendedahan klinikal kenapa tak diberhentikan pengambilan? Setiap[ tahun mesti ada pengambilan baru! 

Kenapa dianiayakan pelajar-pelajar luar bandar dengan kursus-kursus yang tidak berkualiti yang akhirnya para graduan terpaksa membayar hutang PTPTN sedangkan sijil mereka tak laku untuk diambil menjadi jururawat?

Memang haram jadah punya cari duit! Dekat nak pilihanraya baru nak terhegeh-hegeh cuba selesaikan masalah konon! Tu pulak kena masuk Skim Latihan 1Malaysia-lah! Taik kucing!

Kepada 8,000 lulusan kejururawatan sedarlah anda telah dipermainkan dalam menentukan masa depan anda. Cukuplah...sudah-sudahlah memberi  sokongan anda kepada Umno/Bn, mereka tidak ikhlas membela nasib anda! Begitu juga dengan para penganggur dalam bidang-bidang lain, katakan cukup buat Umno/Bn!

Berita tumpuan:

8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur

28 Okt 2012.

Kementerian Kesihatan sedang dalam peringkat akhir perbincangan dan kajian mengenai usaha bagi memastikan jururawat lulusan kolej swasta yang masih menganggur mendapat pekerjaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perdana Menteri supaya graduan jururawat kolej swasta yang menganggur dapat diserapkan dalam Skim Latihan 1Malaysia agar kemahiran mereka dapat ditingkatkan di samping memberi pendedahan yang lebih luas kepada mereka.

"Saya nak tekankan semua jururawat perlu menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat di mana kualitinya dijamin. Apabila mereka lulus maka mereka memenuhi kualiti.

"Masalahnya mereka tidak berpengalaman dan tiada pendedahan klinikal yang mencukupi," katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat Cina di Tringkap di Cameron Highlands semalam.

Oleh yang demikian katanya, peranan hospital swasta turut diperlukan untuk memberi pendedahan dan peluang serta mengambil mereka bekerja.

Beliau berkata selain itu kajian mengenai cadangan pemberian insentif kepada mana-mana hospital swasta yang menggaji graduan jururawat swasta yang telah lulus dalam peperiksaan Lembaga Jururawat turut dijalankan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas masalah pengangguran di kalangan jururawat lulusan kolej swasta dan keengganan hospital swasta mengambil mereka bekerja kerana dikatakan tidak menepati standard.

Pada 8 Oktober lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur.

Sehubungan itu, katanya kementeriannya dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan yang ada.

Liow berkata perkhidmatan jururawat sememangnya sangat diperlukan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, bagaimanapun hospital swasta tidak mahu mengambil graduan jururawat swasta kerana dikatakan mereka tidak berpengalaman dan ia kini turut menjadi satu masalah.

Beliau berkata jururawat di negara ini mempunyai standard yang berkualiti dan diterima pakai di seluruh dunia di mana banyak jururawat dari Malaysia berkhidmat di Singapura dan Timur Tengah.

Katanya negara masih kekurangan jururawat sama ada di perkhidmatan kerajaan mahupun swasta.

- Bernama

No comments: