Followers

Wednesday, October 17, 2012

Apakah rompakan di jalan jaya akan berterusan?

Inilah gambaran dan tabiat buruk sebuah kerajaan yang di saat-saat nak ghuyup pun masih nak menyusahkan rakyat! Dalam kepala hotak Umno/Bn sekarang sudah kering idea lain untuk mendidik rakyat melainkan mereka nampak duit sahaja! Saman, cukai, kurangkan subsidi, naikkan tarif, pinjaman dan macam-macam!

Biarkan rakyat menggelupur asalkan bapak menteri, timbalan menteri, para anak bini dan kroni semua dapat free dan makan free lagi! 

Rakyat? Ahhh....biarkan menggelupur!! Bayar saman! Bayar cukai! Bayar bil mahal! Tahun depan GST pulak!! Naik harga barang jangan merungut...BERSYUUKUUURRRR TAU!!!! 

Kamera AES dipasang di 831 lokasi.
Dipasang di kawasan kampung yang had laju 30km-70km!
Pesalah trafik pergi ke JPJ bayar saman!
Saman minima RM300!
Papan tanda jarak penguatkuasaan AES mengelirukan antara 500 meter - 2 km!
Kos pemasangan satu kamera dianggarkan antara RM722,000 hingga RM962,000.(?)
Syarikat konsesi AES jugak yang kaut RM700 juta setahun!! Para pemimpin Umno/Bn yang tersenyum..hehehehehe!

Berita tumpuan:

AES: 'Rompakan berlesen' di jalan raya

Oleh SIDIQIN OMAR

SISTEM Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan cara terbaik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sebalinya hanya helah kerajaan Umno/Bn mengaut duit rakyat.

Ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian mempersoalkan penguatkuasaan sistem tersebut ketika rakyat menghadapi kemelut kenaikan kos hidup.

"Kalau nak kurangkan kemalangan jalan raya bukan dengan AES. Kerajaan gunakan dua syarikat yang rapat dengan Umno dan MCA untuk kutipan saman," kata Hee di lobi Parlimen, 9 Oktober lalu.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri yang berkata semua imej yang dirakam kamera AES sedang dalam proses semakan dan pengesahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan.

"Syarikat yang kutip saman boleh buat 'untung'. Jika saman kurang 5 juta syarikat dapat RM16 bagi setiap saman.

"Kalau saman lebih 5 juta, syarikat akan berkongsi 50:50 antara keduanya dengan jumlah maksimum RM270 juta. Dari jumlah RM270 juta, dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus dari keseluruhan kutipan saman.

"Pesalah trafik pula dipaksa menjelaskan saman dalam tempoh lima hari, jelasnya.

Sistem AES dikendalikan oleh dua syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Manakala saman dikeluarkan oleh JPJ.

Sunber: SK87

No comments: