Followers

Sunday, October 14, 2012

Akibat dari keras kepala seorang mamak dan kepandiran Umno, inilah padahnya!

Pelajar ketinggalan 3 tahun akibat PPSMI

Oleh SIDIQIN OMAR

AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) punca pelajar gagal melepasi tahap minima dalam subjek itu.

Katanya, pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah dan tahun  tiga di sekolah rendah ketinggalan tiga tahun ke belakang akibat pelaksanaan dasar tersebut.

Beliau merujuk empat laporan Panel Ulasan Bebas Malaysia dan Antarabangsa yang dikeluarkan Unesco pada 2012 dan Bank Dunia bagi suku pertama 2012.

"Laporan 'Trend International Mathematics and Science Study' menyatakan, 18 peratus pelajar Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum bidang Matematik dan 20 peratus gagal dalam bidang Sains pada 2007.

"Dalam 'Program for International Student Assessment 2009', Malaysia dalam kedudukan sepertiga terbawah daripada 74 negara yang menyertai program tersebut, jauh lebih rendah dari purata antarabangsa," kata Izzah dalam perbahasan Belanjawan 2013.

"Malangnya, kerajaan (Umno/Bn) masih enggan mendedahkan kandungan laporan tersebut yang amat kita perlukan untuk memberi maklum balas," tegas Izzah.

Sumber: SK86

No comments: