Followers

Wednesday, September 19, 2012

Yayasan Guru cari sakit?



Baru-baru ini katanya Yayasan Guru telah mengedar risalah bagaimana kenal pasti golongan LGBT?  Baguslah kalau begitu!

Tidak kiralah, apa juga niat Yayasan Guru berkenaan, sama ada ada niat atau tidak ada niat sebaliknya, tetapi apa yang dilakukan oleh Yayasan Guru itu tidak dapat dinafikan menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena, yang selama ini mungkin terhasil daripada sistem pendidikan negara!

Semua orang tahu bahawa Yayasan Guru adalah golongan guru. Apabila guru resah dengan sesuatu isu moral maka sudah tentulah ianya berada di tahap tidak terkawal! Apakah itu hakikat gambaran  yang terbit daripada tindakan Yayasan Guru itu dalam soal LGBT ini?

Mungkin Umno dan kuncu-kuncunya gembira dan cuba mengaitkan LGBT dengan Anwar Ibrahim musuh politik mereka yang sekarang sedang bergerak ke seluruh pelusok negara bagaikan tsunami yang mampu melanda dan menenggelamkan kapal Umno/Bn dalam PRU 13 nanti!

Di sebalik usaha-usaha Umno/Bn yang dengan seronok dan gembiranya, cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan LGBT, Anwar telahpun melalui satu proses pembersihan sama ada dari segi perundangan dan moral apatah lagi secara syari’e bahawa beliau tidak mampu dikaitkan secara langsung mahupun tidak langsung dengan LGBT,  melainkan media-media arus perdana para pencacai Umno siang dan malam mengunakan budi bicara sendiri sambil menabur fitnah  menghukum  Anwar Ibrahim sebagai bersalah mengalahkan mahkamah tertinggi negara dan mahkamah syariah!

Kembali kepada apa yang Yayasan Guru lakukan. Apabila guru-guru mula bising tidakkah itu bermakna ada yang sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan yang mana guru-guru adalah pelaksananya? Sehubungan itu apakah ini memberi makna bahawa system pendidikan yang digubal oleh kerajaan Umno/Bn selama 55 tahun memerintah, semakin gagal melahirkan rakyat yang berakhlak, bermoral dan beragama?

Nampaknya usaha Yayasan Guru mengedar risalah LGBT ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan bagaikan  mahu memberitahu khalayak akan  kegagalan sistem pendidikan kerajaan Umno/Bn selama mereka memerintah. Kerajaan Umno/Bn terbukti gagal dalam menegakkan, mengukuh apatah lagi memperbaiki akhlak dan moral rakyat terutama para pelajar melainkan sibuk bermain politik murahan dengan memberi promosi mewah secara tidak bermoral kepada apa yang dipanggil LBGT yang kini cuba dipublisitikan pula oleh Yayasan Guru!

Barang dingat, memberi publisiti dan mempromosi sesuatu akhlak buruk ‘secara mewah’ adalah jauh berbeza malah tidak sama dengan langkah memoralkan dan mengislamisasikan sistem pendidikan bagi memantapkan akhlak, moral dan amalan agama!

Oleh yang demikian, apa juga niat Yayasan Guru tidak perlulah diselidiki, biarkanlah Yayasan Guru yang rajin dan tak ada kerja itu menyediakan risalah LGBT kerana selepas ini kita harapkan juga  Yayasan Guru sebagai golongan yang prihatin, mencetak dan mengedar pula risalah bagaimana mahu mengenali pemimpin dan isteri yang pemboros, ciri-ciri perogol gadis bawah umur, ciri-ciri penzina, ciri-ciri samseng jalanan dan samseng cat merah, ciri-ciri pelaku rasuah, ciri-ciri pelaku pecah amanah, ciri-ciri orang makan komisyen dan ciri-ciri janji pembohong kerana semua itu adalah juga masalah moral dan akhlak yang tenat, yang sedang  melanda negara!

Pada penulis apa yang dilakukan oleh Yayasan Guru jika sekiranya (jika sekiranya...) ada niat mahu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim demi tuan Umno (semoga tidak), sebenarnya ianya lebih merosakkan kerajaan Umno/Bn sendiri. Anwar telah melepasi segala ujian getir fitnah terhadapnya selama ini dan kini dalam setiap perhimpunan yang Anwar Ibrahim hadiri beliau dikerumuni oleh rakyat pelbagai kaum yang tidak puas-puas mendengar amanat, misi dan visi politik untuk rakyat.

Manakala melalui peranan Yayasan Guru itu pula, telah berjaya membukti bahawa kerajaan Umno/Bn pada hakikatnya telah gagal dalam pendidikan moral dan akhlak apatah lagi dalam pendidikan agama secara menyeluruh untuk rakyat, kerana tidak menekankan dan tidak kisah soal akhlak dan moral rakyat, para pemimpin, anak-anak para pemimpin, pekerja dan generasi pelajar dalam negara selama mereka memerintah.

Bayangkan setelah 55 tahun memerintah tidak ada roh agama dalam sitem pendidikan negara yang mengakibatkan saban hari semakin buruk akhlak rakyat, para pemimpin, para remaja dan pelajar. Yang kerajaan Umno tahu hari ini ialah bermain politik murahan, tidak bermoral dan penuh ugutan dan dengan menggunakan apa sahaja, serta apa cara, selagi boleh untuk mengaitkan apa sahaja dengan Anwar Ibrahim demi mempertahankan kuasa rakus mereka.

Kesimpulannya, walaupun Yayasan Guru cuba menafikan mempunyai apa-apa niat buruk dalam menyebar risalah LGBT, apakah tidak mungkin sebenarnya Yayasan Guru juga telah terjerumus ke dalam usaha menambah bilangan golongan pemfitnah dan pancacai Umno/Bn yang kian pandai mengampu? Hati-hati Yayasan Guru!

Berita dipetik:

Selasa September 18, 2012

Yayasan Guru Tegas Tiada Niat Buruk Bila Edar Risalah Bagaimana Kenal Pasti Golongan LGBT 

KUALA LUMPUR: Yayasan Guru (M) Bhd menegaskan, mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk apabila mengeluarkan risalah yang didakwa sebagai 'garis panduan' dalam satu seminar mengenai bagaimana hendak mengenalpasti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di kalangan kanak-kanak.

Kordinator seminar berkenaan, Hasnul Hadi Abdullah Sani berkata, risalah itu dikeluarkan hanyalah sebagai satu bentuk kesedaran buat ibu bapa dan juga guru berhubung isu LGBT.

"Kami tidak bermaksud tidak baik atau ingin mencetuskan apa-apa sebaliknya niat kami adalah untuk kebaikan bersama, masyarakat dan juga negara," ujarnya ketika dihubungi oleh akhbar The Star.

Hasnul menafikan risalah itu merupakan satu bentuk garis panduan sebagaimana yang didakwa oleh beberapa portal berita sebelum ini.

Katanya, apa yang mereka keluarkan itu hanyalah sebagai rujukan dalam bagaimana hendak mengenalpasti golongan LGBT dan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Risalah berkenaan dikatakan disebarkan dalam satu seminar anjuran yayasan berkenaan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ia mencetuskan kontroversi apabila beberapa portal berita mendedahkannya.

No comments: